Edisi Yang Dikemaskini:
Setelah berhempas pulas cuba untuk mengatasi masalah ekonomi secara bersendirian dan mengenepikan saranan untuk menubuhkan sebuah badan khas bagi menasihatkan Kerajaan tentang ekonomi, akhirnya Perdana Menteri bersetuju untuk menubuhkan sebuah badan yang dinamakan MAJLIS EKONOMI bagi menangani masalah inflasi dan kelembapan ekonomi negara kesan daripada kelembapan ekonomi global.
Tindakan ini sepatutnya telah lama diambil. C-bOk pernah membangkitkan cadangan untuk mengaktifkan semula MTEN. Begitu juga ramai tokoh-tokoh lain. Namun Kerajaan pada masa itu buat tak tahu sahaja. Malahan membuat keputusan-keputusan ekonomi yang "membimbangkan" serta mengundang polemik seperti menaikkan harga minyak, mengumumkan perbelanjaan berbillion ringgit yang "tidak pasti" dan sebagainya. Keputusan-keputusan berkaitan dengan ekonomi sebelum ini dilihat tidak menggambarkan kefahaman yang mendalam terhadap pergerakan ekonomi dunia serta kepentingan untuk membuat keputusan yang di luar kotak (out of the box) bagi menjamin kesinambungan ekonomi negara supaya lebih tahan dengan serangan kelembapan ekonomi global khususnya selepas kes sub-prima di Amerika Syarikat.
Dalam beberapa keadaan ada pemimpin yang cuba menjadi juara ekonomi dengan mengakui idea perlaksanaan datang daripada mereka tetapi senyap apabila mula dipersoalkan kewajarannya dari sudut ekonomi global. Namun perkara ini sudah dijangkakan kerana di dalam kabinet Malaysia tidak ramai yang mempunyai kemahiran ekonomi (Kecuali Tan Sri Amir Sham, Tan Sri Nor Mohammad dan Datuk Mustapha Mohammad). Rata-rata menganggotai kabinet kerana hiraki mereka di dalam kepimpinan parti masing-masing.
Perkara yang sudah berlaku tidak mungkin diubah. C-bOk berharap, Majlis Ekonomi yang ditubuhkan ini akan memainkan peranan penting untuk menganalisakan perkembangan ekonomi semasa dan menyediakan dasar dan strategi yang sesuai untuk negara mengatasi sebarang masalah ekonomi yang timbul.
Harapan C-bOk, sekiranya tidak lebih baik daripada MTEN, sekurang-kurangnya Majlis Ekonomi ini mampu berperanan sebaik MTEN dengan keanggotaan yang mencakupi keseluruhan struktur ekonomi negara.
Selamat bertugas kepada ahli Majlis Ekonomi. Jauhkan sebarang pertembungan politik di dalam membuat apa juga keputusan demi kelangsungan ekonomi negara.
Wednesday, August 06, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
salam bro
Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.
Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan.
Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan.
Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan.
Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan.
Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati.
Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti.
Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan.
Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.
cacoon
Bukak lah walau 10 jenis perbagai majlis ekonomi, keadaan tetap tidak berubah kerana bersifat politik utk meraih trust account dari rakyat.Sifat kerajaan dalam falsafah ekonomi adalah sebagai pembuat policy utk mengalakan aktiviti ekonomi.Perkara yg paling perlu diperbetulkan adalah RASUAH. Apabila sesuatu cadangan perniagaan dimana perlu 'lesen/kebenaran kementerian', maka suara suara ni akan mintak share atas angin 40% utk kelulusan lesen. Kalau approval dah bagi tapi tak dapat apa apa , jgn terkejut kalau ditarik balik. Perniagaan masih diperingkat 'infant'dan akan berdepan saingan yg mana belum ditentukan untung rugi. Suara ini pula akan berkata ' segala kerugian, loan atau sebagai nya 'gua tak mau tanggung'. Bayangkan betapa susah nya berniaga di Malaysia. Melayu hanya layak bukak gerai mara jer. - JantanGiler
MAKA KITA TERINGAT AKAM SEJARAH LAMA: MAKA SULTAN MELAKA TERLALU DUKACITA AKAN PERBUATAN HANG JEBAT YANG MENCONTENG ARANG KEMUKA, MAKA BAGINDA PUN BERTITAH; " JIKA LAKSMANA TUN TUAH MASIH HIDUP....."
MAKA KITA AKAN BERKATA: JIKA TUN MAHATHIR MASIH BERKUASA, TENTU INI TAK AKAN DIBIARKAN BERLAKU, TENTU HINDRAF TAK MAMPU TUNJUK KUKU.
RENUING2 DAN FIKIR2KAN.
Post a Comment