Walaupun Majlis Peguam membatalkan program ini selepas dinasihatkan oleh polis, nyata "nasi sudah menjadi bubur". Majlis Peguam telah menunjukkan belangnya sebagai anti Islam dan juga anti Kerajaan (?). Peguam telah menunjukkan kedegilan serta usaha mereka untuk menafikan segala apa yang telah dipersetujui oleh nenek moyang kita ketika penubuhan sebuah negara berbilang kaum dan agama yang bernama "Malaysia".
Isu yang hendak dibahaskan adalah berbentuk berat sebelah dan dirangka untuk menunjukkan Islam itu tidak bagus. Islam itu tidak baik. Kalau tidak mengapa wakil-wakil yang dipanggil termasuk dari luar negara menggunakan forum ini untuk menunjukkan bahawa Islam telah menjadikan kehidupan mereka porak peranda. Bagi mereka Islam tidak bagus. Kenapa tidak dipanggil mereka yang telah memeluk Islam dan kini berbahagia dengan pilihan mereka? Contohnya isteri Perdana Menteri, Jean Abdullah. Begitu juga dengan bekas Menteri Luar, Datuk Dr. Michael Leo Toyad?
Malangnya Majlis Peguam ini juga turut dianggotai oleh peguam-peguam beragama Islam. Adakah peguam-peguam Islam ini juga bersetuju dengan forum yang dianjurkan itu?
Bagi C-bOk ada dua cara sahaj untuk mengatasi masalah Majlis Peguam yang menjolok sarang tebuan ini:
- Kepimpinan Majlis Peguam perlu ditukar kepada peguam beragama Islam atau mana-mana peguam lain yang tidak "memihak" kepada isu-isu sensitif;
- Peguam-Peguam yang beragama Islam perlu segera meninggalkan Majlis Peguam dan bersatu di bawah satu persatuan peguam lain yang lebih bertanggungjawab. Mungkin Majlis Peguam Islam?
Apa-apa pun, sebagai rakyat negara ini C-bOk tidak bersetuju langsung dengan ketidakprihatinan Majlis Peguam dengan tindakan mereka. Tindakan mereka menunjukkan bahawa mereka ni tak boleh disentuh langsung. Seolah-olah undang-undang tu di bawah mereka.
4 comments:
Saya percaya, Majlis Peguam akan terus 'menjolok' dari semasa ke semasa, untuk mengiji kekentalan orang Islam di Malaysia, selagi mereka masih memegang galah untuk diguna menjolok.
Salam bro Zainal of Communards 7781.. understand your concerns... ada sedikit nukilan berkaitan dengan saranan saudara untuk peguam tinggalkan Majlis Peguam, rujuk http://lawyer-kampung.blogspot.com/2008/08/baiki-rumah-sendiri-dahulu.html
Good write up bro. Go Koleq!
Sarisffuddin Xantheus Commune 8589
Semua ini adalah nak melihat sejauh mana kekuatan org melayu buat masa kini. Nampaknya, Menteri pun macam tak ambil pusing. Cakap je, tapi tiada tindakan. Tak ada siapa pun yg untuk bercadang buka kertas siasatan. Seeloknya...masa inilah kita gunakan ISA. Sebab banyak sel yg masih lagi kosong kat Kamunting lagi.
kkum. sebenarnya peguam penganut islam seperti aku tak perlu meninggalkan majlis peguaman untuk tujuan camni. majlis tersebut tak berbuat salah, sekiranya anda nak tau, anda dipersilakan belajar perundangan sendiri, anda akan faham akhirnya.
Post a Comment