Friday, August 15, 2008

Lee Chong Wei ke Final (Olimpik 2008 - Beijing)

Satu pingat sudah dalam genggaman.

Cuma kita tidak tahu emas ke perak? yang pastinya ini adalah berita paling gembira hari ini dan mungkin juga tahun ini. Lee Chong Wei menempah tempat ke final perseorangan badminton di Olimpik 2008, Beijing, China selepas mengalahkan Lee Hyun II dari Korea.

Marilah kita sama-sama memberikan sokongan semangat kepada Lee Chong Wei di dalam perlawanan akhir nanti. Kalau kita sanggup bersengkang mata melihat perlawanan siaran langsung Euro 2008 tempoh hari, pasti lebih berbaloi kita menyokong Lee Chong Wei di dalam perlawanan akhir itu.

Tahniah Lee Chong Wei.

2 comments:

apisfires said...

game yang sengit tadi...
tapi aku kecewa game set ke dua td...
yang lain ok terutama set ke 3...
ole 5x
malaysia boleh 3x
ole 2x

R@duan said...

Lebih baik kita berdemostrasi diUiTM. Chong Wei tu kan Cina?!...Alang-alang berjuang untuk Melayu, teruskan berjuang...
Berdemostrasilah kamu wahai budak-budak UiTM. Ikutkanlah mainan politik gila sekarang ini nescaya hancurlah kamu.