Nota: Catatan ini dipetik oleh ruangan "Dari Blog ke Blog" akhbar Sinar Harian, 14 Ogos 2008 (m.s: N8)
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mencadangkan agar UiTM di buka kepada bukan Bumiputra atas alasan untuk menggalakkan persaingan di kalangan pelajar.
Bagi C-bOk Tan Sri Khalid telah memalukan orang Melayu secara tidak langsung dengan mengatakan bahawa orang Melayu hanya akan bersaing apabila adanya orang bukan Melayu, ataupun orang Melayu hanya akan menjadi kuat apabila ada bangsa lain mencabar mereka?
Apa punya pandangan dan prinsip yang dipakai oleh Tan Sri Khalid? Selama ini lulusan UiTM tidak bagus? Tidak gah? Tidak berwibawa? Hanya kerana kami belajar di kalangan orang Melayu - Bumiputra? Sengkek sangat ke kami yang berbangsa Melayu ini. Kami yang sebangsa dengan Tan Sri?
Tolonglah Tan Sri Khalid! Janganlah berpolitik di dalam hal ini. Tindakan Tan Sri mempolitikkan perkara ini akan membawa orang-orang lain yang juga akan mempolitikkan perkara ini juga. Yang "senyap-sunyi" pastinya mereka yang memperjuangkan perkara ini iaitu orang bukan Melayu kerana kini ada "barua" Melayu yang tolong bercakap bagi pihak mereka.
Kalau Tan Sri benar-benar ikhlas dengan apa yang Tan Sri suarakan, Tan Sri kena beritahu kawan-kawan Tan Sri untuk memansuhkan sekolah aliran lain dan kita tumpukan kepada satu aliran kebangsaan sahaja. Selepas itu barulah kita buka semua universiti kepada semua bangsa tanpa sekatan. Kalau tidak...., janganlah politikkan hal ini untuk kesinambungan karier politik Tan Sri sahaja.
C-bOk adalah graduan UiTM 1986-89 Kajian Komunikasi Massa dan membantah apa juga usaha untuk mengubah status quo UiTM.
Wednesday, August 13, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
Salam Bro
Kemungkinan setengah party saja ingin "politicise" the whole issue.Kita denga macamana Pm respon dan tetiba je "hero-hero dr mana thah muncul.
Memang hairan la negara kita kalau boleh semua benda nak dipolitikkan...apa2 benda ada je nak dipolitikkan....
Lagi satu..
sikit2 demonstrasi...sikit2
demonstrasi.......demo..demo..demo
Saya Cadangkan di semua institut, IPT,IPTA..etc patut adakan satu kursus baru..."CARA-CARA HENDAK DEMONSTRASI DAN MENDEMONSTRASIKAN DIRI ANDA'.....A DUMMY GUIDE TO DEMONSTRATE
CARCOON
Khalid Ibrahim tu macam Melayu dulu-dulu, terlalu baik dengan bukan Melayu, tidak sedar bahawa bukan Melayu akan sentiasa mengikis hak melayu, tapi bila mereka dah dapat, mereka tak akan lepaskan, dan mereka tak akan melepaskan apa yang mereka dah ada. Khalid Ibrahim memang PENGKHIANAT Melayu. Dengan ini aku ludah bontotnya.
CUBALAH... KALAU NAK BUAT UITM JADI IPTA UTK SEMUA KAUM. ALAMAT TERBAKARLAH
BANGUNAN KERAJAAN NEGERI NANTI.
hahaha...DEMO untuk menyuarakan pendirian..bukan nya buat demo yg merosakkan reta benda..
itu baru khalid bukak mulut tau..Naib canselor sendiri xnak gadaikan UiTM inikan pulak Khalid yang mudah dimanipulasi utk kepentingan sendiri kaum lain tu?
Dia hanyalah alat yang tidak waras pikiran nya..
aku cuma menyuarakan pandangan..
aku cukup pantang dgn musang berbulu ayam ni..
dari pejuang umno..
terlalu dangkal sebahagian peljar uitm dan u.m kerana masih mahu
diperalatkan phk tertentu.
Tan sri khalid telah mengatakan perkara lain, berita yg d keluarkan lain pula.
prof uitm gunakanlah sikit otak.. jangan terlalu bodoh dan senteng.
Saya adalah pengajar uitm, betapa sedih saya lihat pelajar2 kita. Kalau Prof nak berpolitik, silakan masuk gelanggang, kita berdua lawan.
Prof sepatutnya tidak campur tangan dalam hal ini, dan sebaiknya mengarahkan pelajar utk menumpukan pelajaran.
Post a Comment