Friday, August 08, 2008

Tak Sedar Diri

Tiga perkara yang membuatkan C-bOk sakit hati hari ini:

Pertamanya Majlis Peguam yang berkeras untuk meneruskan Forum Memeluk Islam walaupun di bantah oleh semua tokoh-tokoh besar negara termasuklah yang Hadhari dan yang tak Hadhari. Kenapa sibuk sangat Majlis Peguam hendak menganjurkan forum ini? Walaupun mendapat tentangan dan bantahan daripada semua pihak, mereka masih berkeras untuk meneruskan forum ini bagi membincangkan satu perkara yang amat sensitif.

Keduanya tentang tokoh-tokoh besar yang membuat kenyataan bombastik tentang Forum Memeluk Islam ini. Sebelum ini tokoh-tokoh yang sama pernah membuat kenyataan serupa semasa Majlis Peguam menganjurkan satu seminar berkaitan dengan Ketuanan Melayu. Suara bantahan itu hanya setakat bantahan sahaja. Tiada apa-apa tindakan. Kenapa? Sebab mereka Majlis Peguam? Kalau macai-macai macam C-bOk ni, baru silap tulis sikit dah kena dakwa di bawah Akta Hasutan. Tak percaya? Tengok apa dah jadi dengan "bakaq".

Ketiganya tentang Amerika Syarikat yang memanggil Kuasa Usaha Malaysia di Washington untuk menyuarakan keraguan mereka terhadap kes Anwar Ibrahim. Apa yang mereka sibuk sangat ni? Memanglah ramai yang meragui kes ini. Tetapi tak payahlah AS ni nak campur tangan. Bagus sangat ke AS tu? Kita tak perlulah mereka nak ajar kita. Kalau kita sibuk reformasi negara tergadai pun tak guna.

Bak kata Patrick Teoh - NIAMAH!

2 comments:

Anonymous said...

Emm...macam2 Malaysia ni.Ini adalah soal kedangkalan barisan pemimpin UMNO yang tidak memperkayakan program insaniah serta rohaniah mengikut lunas Islam serta bercakap bodoh2 tentang Islam di media - makanya, beginilah kesannya. Balik2 soal Melayu - jadi macam ni lah ...

Anonymous said...

Semua ini terjadi kerana kepimpinan yg lemah. Meminjam kata kata Karam Singh Walia ' Bila kucing tak der gigi, tikus menari nari..' -JantanGiler