Tuesday, August 19, 2008

Semakin Keliru dan Celaru

Sebenarnya "tindakan itu" bukannya semakin memudahkan.

Kita sebenarnya semakin keliru dan celaru. Ulama-ulama besar pun boleh bertelagah. Ada yang kata ok. Ada yang kata tak ok. Ada yang kata ikut peraturan. Ada yang kata tidak ikut peraturan. Ada yang kata tak perlu pegang Al-Quran. Ada yang kata tak perlu dalam masjid dan sebagainya. Jadi mana satu yang betul?

Yang buat kenyataan itu semuanya bertaraf ulama dan mufti. Ada yang menjadi ulama Kerajaan (dilantik) dan ada yang menjadi ulama politik.

Selepas itu di tambah pula oleh orang-orang politik. Ada orang politik kanan dan ada orang politik kiri. Mereka ini pun sama juga. Ada yang kata ok. Ada yang kata tak ok.

Kalau ulama, mufti dan pemimpin politik sendiri pun berbalah tentang boleh atau tidak bersumpah, cara yang betul untuk bersumpah dan sebagainya lagi, bayangkan bagaimana rakyat hendak memberi reaksi? Rakyat sebenarnya semakin keliru. Nak dengar cakap siapa? Nak dengar cakap budak hingusan itu atau nak dengar cakap ulama/mufti? Masalahnya ulama/mufti pun tidak sepakat dan berbalah?!?

Kepada pemimpin (ulama, mufti, pegawai Kerajaan dan ahli politik), ingatlah dunia ini bukan selama-lamanya. Masih ada akhirat untuk semua. Dan bersepakatlah dalam hal-hal yang memberi kesan kepada semua. Janganlah menimbul kekeliruan dan kecelaruan di dalam hal-hal yang berkaitan dengan agama.

Soalnya sekarang cakap ulama yang mana yang hendak ikut?

2 comments:

Anonymous said...

Problem yg ketara bukan SAIFUL atau ANWAR. Problems nya adalah kita. Disebabkan minda kebanyakan kita mudah menerima persetujuan kepada dua perkara ini ( Halal/Haram, Betul / Salah dan sebagai nya. ). Perlawanan berbedaan ini bergantung sejauh mana peranan medium (akhbar / internet) menarik keyakinan pembaca, maka medium ini berlumba mempengaruhi pembaca dgn pendapat pendapat mereka yg diakui ketokohan nya.

Bayangkan andaian kita tidak mempunyai medium ini. Apa pendapat kita pula ? Teringat semasa kecik bila ditangkap mencuri sekupang duit mak. Dailog nya lebih kurang begini.

Mak : Baik kau mengaku ambik duit mak..
Anak : Tak laaaa..
Mak : Betul ??
Anak : SUMPAH…………
Mak : Berani junjung Quran ?
Anak : ………….(diam terus..)

Logik watak menunjukan ‘Yg Menuduh’ meminta pengakuan bersumpah kepada ‘Yg Kena Tuduh’. Yg Kena Tuduh pula perlu membuktikan bahawa dia tidak bersalah.

Asing kan persoalan antara MEREKA INI DGN TUHAN. Sebagai manusia menghuraikan logic dalam mencari keadilan , adakah sepatut nya begitu apabila YG MENUDUH beria BERSUMPAH..???
Jadi, Tak perlu la kita ada Mahkamah menghujah bukti sebb keadilan yg dituntut disalah gunakan.
Bayang kan :
BOTAK CHIN
ISMAIL KERBAU
BENTONG KALI

..membuat pengakuan bersumpah dan semua org percaya. Apa perlu lagi ada Mahkamah utk keadilan.

Sebab itu lah SEMUA JADI KELIRU..-- JantanGiler

Gagak di Rimba said...

Salam,

Agaknya ulama pun ada pertimbangan politik: nak sokong kerajaan atau tak sokong kerajaan?

Kalau nak sokong kerajaan, kenalah kata apa yang dibuat oleh Saiful itu betul.

Kalau kata begitu, kerajaan senang hati; ulama pun mungkin dapat pingat atau bintang.

Begitulah ulama dunia!