Thursday, October 09, 2008

Memilih Pemimpin

Pemimpin yang berwibawa selalunya nampak karismanya. Ianya terserlah tanpa perlu menyatakan bahawa dia adalah "pemimpin yang dicari".

Ketika membuat keputusan beliau biasanya tidak terburu-buru. Suasana semasa dan persekitaran diambil kira sebelum satu-satu keputusan dibuat.

Setelah keputusan dibuat, dia tidak akan berganjak (mengubah keputusan) atas alasan apa sekali pun. Contohnya sekiranya sudah membuat pengumuman untuk bertanding jawatan A, tidak bertukar fikiran untuk bertanding jawatan B pula selepas beberapa hari. Pemimpin yang berubah-ubah fikirannya tidak layak menjadi pemimpin kerana tidak mempunyai prinsip yang jelas dan tegas.

Dia berdiri di atas kaki sendiri dan tidak bergantung kepada mana-mana tokoh lain. Pemimpin yang bersandar kepada tokoh lain, anak, menantu atau isteri bukanlah tokoh yang berwibawa.

Tidak takut kepada siapa jua - tidak kepada pengundi, tidak kepada rakyat, tidak kepada anak, tidak kepada menantu, tidak kepada isteri. (Pengundi mengundi calun untuk menjadi pemimpin mereka. Pengundi tidak mengundi isteri, anak atau menantu).

Kepada semua yang terlibat, buatlah keputusan bijak dalam memilih pemimpin anda.

3 comments:

mantra-indeeptots said...

Kalau sayangkan UMNO... pastikan Khairy menang!

Fikir2lah sendiri...

Sutera Timur said...

AI.. saudara mantra,

Kenapa sayg umno kena pilih KhairI?.Pilihlah pemimpin yg BETUL- BETUL INGIN BERJUANG untk melayu dan rakyat malaysia.Hati-hati bila memilih sekali tersilap bangsa akan menangis dan dikutuk ramai hingga keanak cucu sepertimana tlh berlaku kpd sesetengah pemimpin. Jangan memilih tukang lawak atau tukg karut atau clown. Maruah negara kena jaga.Pilih yg dah terbukti benar-benar berkhidmat dan berjuang atas nama bangsa dan negara ,bukan yg hanya pandai bersandiwara dan berkepentingan.
...Saudara Mukriz telah terlihat keikhlasannya......jadi pastikan ...MUKRIZ....MENANG......

. said...

Bagaimanapun, pemimpin juga perlu anjal dan peka kepada kehendak akar umbi .. hehehe