C-bOk orang Melayu. Pantang C-bOk jika ketuanan Melayu di perkotak-katikkan. Khususnya apabila simbol Ketuanan Melayu itu sendiri di permainkan.
Lebih-lebih lagi yang menjadi kurang ajar itu adalah orang Melayu sendiri. Lebih malang lagi perbuatannya di dalangi oleh orang lain. Atau pun Melayu dijadikan boneka untuk kepentingan politik kuasa mereka. Namun masih ramai yang tidak sedar lagi. Sultan di hina. Di hina oleh orang Melayu berkopiah yang sanggup berbaring di tengah jalan. Kononnya sanggup mati. Tanpa disedari mereka di tunggangi oleh "mereka yang tidak hadir" di perarakan dan demostrasi itu.
Masih tidak sedarkah?
Sedangkan Raja Petra Kamarudin pun boleh memberi intepretasi yang lebih berakal tentang apa yang berlaku.
Kepada mereka yang menghina institusi Kesultanan Melayu, the above finger is for you!
Lebih-lebih lagi yang menjadi kurang ajar itu adalah orang Melayu sendiri. Lebih malang lagi perbuatannya di dalangi oleh orang lain. Atau pun Melayu dijadikan boneka untuk kepentingan politik kuasa mereka. Namun masih ramai yang tidak sedar lagi. Sultan di hina. Di hina oleh orang Melayu berkopiah yang sanggup berbaring di tengah jalan. Kononnya sanggup mati. Tanpa disedari mereka di tunggangi oleh "mereka yang tidak hadir" di perarakan dan demostrasi itu.
Masih tidak sedarkah?
Sedangkan Raja Petra Kamarudin pun boleh memberi intepretasi yang lebih berakal tentang apa yang berlaku.
Kepada mereka yang menghina institusi Kesultanan Melayu, the above finger is for you!
8 comments:
C-Bok, depa ni semua deserves more than just the mid finger, mau bagi tapak kasut kat depa ni..
bila melayu kena buang kat tepi jalan baru tau.
masa orh UMNO lompat pi belah sana takpa, bila org depa lompat mai masuk UMNO tetiba ramai yg melatah, cakap pasal hak rakyat la, cakap pasal dibeli lah...
sudahla pi mampuih segala pakatan rakyat, guna nama rakyat tapi bila duduk di atas bukan ingat pasai akyat pun, semua nak jaga perut sendiri
Melayu takdak akai kalau main ikut camtu, satu2nya tunjang kekuatan Melayu, Raja kalau diderhaka mmg takdak akaila...
Seronoknya tunjuk kat org lain yg melayu kalau ada masalah je buat rally, ituje standard org melayu bila ada masalah, gi menjerit tepi jalan buat demonstrasi. caman bangsa lain nak espect?
syaitan saja yg suka menangguk ni air yg keruh.. it seems those people possess the same character..
DAULAT TUANKU !
DAULAT TUANKU !
DAULAT TUANKU !
MENJUNJONG KASIH.
changkat lobak
arjuna waspada
Salam Tuan,
Biar nampak garang... baru depa tau... dah lah melayu.. soalkan pasai raja melayu.. hmm :)
Tu yang hairan yang orang berkopiah ni. Bila cakap, soal dosa pahala,syurga neraka,halal haram tapi hakikatnya cakap x serupa bikin. La ni Nik Aziz kata lompat ke PR baik, lompat ke BN hina. Apa ni "TOK GURU"? Keyakinan terhadap golongan KOPIAH BULAN ni dah takde lansung. Ingat boleh kasi tegak Islam. Rupanya nak kasi jahanam lagi. Balaci buat demo. Siap baring atas jalan.. pegang bendera palestin lagi. Ketua Sedap makan kat Rumah MB..opps...BEKAS MB. Pe2 pun lu pikir la sendiri. Tahniah Dr. Zamry, Hidup Sultan Perak serta sultan dan raja di TANAH MELAYU ini, Daulat Tuanku.
Anon 2.34pm:
Orang melayu baring di tengah jalan pegang bendera Palestine. Mungkinkah orang India nanti baring di tengah jalan pegang bendera Tamil Nadu pula?
Apa-apa pun mereka ini menghadapi masalah krisis identiti.
Kawai,
Elok juga kalau kena tapak kasut sorang-sorang. Depa kena ingat, kalau seribu orang keluar ke jalanan, lawan mereka boleh keluar 2,000 orang pula.
Kalau mereka bagi tapak kasut kat pemimpin kita, kita juga boleh bagi tapak kasut kat pemimpin mereka.
Itu sebab bila mereka nak ajak pemimpin kita melompat, tiba2 pemimpin mereka pulak yang melompat balik.
Namun, sungguh memualkan bila orang Melayu jadi aktor utama, sedangkan yang lain jadi pengarahnya.
Sdr Zainal,
Dalam kita sibuk menghentam saudara-saudara se-Islam kita yang mungkin terpedaya dalam arus pemikiran politik, apa kata kalau kita teruskan perjuangan membertabatkan agama kita dengan membaham saudara-saudara kita yang saya anggap juga telah menghina bangsa dan paling penting agama melalui perkataan dan perbuatan seperti rasuah, jual kontrak pada bangsa asing, tidak amanah dan sebagainya. Kemungkaran yang dilakukan oleh segelintir bangsa Melayu termasuk pemimpin kita sendiri harus dikritik secara terbuka. Pendedahan perlu dilakukan bagi menyedarkan kita betapa bahayanya kedudukan orang Melayu jika kita tidak peka kepada kelemahan kita yang sebenarnya.
Saya rasa cukup hairan dan juga terkilan kerana setakat ini tidak ada satu blog UMNO yang mempersoalkan kredibiliti katak lompat dari PKR yang secara terang-terang telah mengaku berzina dengan pelacur Cina. Mungkin kita perlu renungi apakah matlamat untuk berkuasa semula menyebabkan kita menghalalkan cara. Bukankah Islam melarang bersuhabat dengan mereka yang terang-terang mengingkari perintah Allah?
Saya tidak begitu ghairah dengan kemenangan di Perak. Mungkin kita orang Melayu yang paling bersalah, kita tidak menilai secara teliti siapa yang kita lantik sebagai pemimpin. Dalam masa yang sama, kita taksub dan terpedaya dengan duit sogokan (politik wang).
Saya berharap sekiranya Sdr Zainal dapat teruskan perjuangan "This Finger is For You" tapi ditujukan kepada pengkhianat bangsa. Pengkhianat ni bukan saja terdapat di puak lawan tapi juga di dalam. Faham-faham maksud saya, ya?
TokSamadKati
TokSamadKati,
Saya faham maksud tuan. Kalau dibaca blog saya sejak tahun 2004, mungkin tuan akan nampak lebih pendirian saya.
Mid finger saya dalam blog ini adalah untuk mereka yang mempersoalkan ketuanan Melayu. Di mana orang Melayu dijadikan boneka oleh beberapa orang yang berkepentingan.
Post a Comment