Friday, February 27, 2009

Kaji Semula

Selepas heboh dengan kenaikan, Pak Lah jadi hero mengarahkan Kabinet mengkaji semula cadangan kenaikan tol. Jadi hero...? [ he he he ]

Soalnya, Kabinet yang meluluskan cadangan kenaikan awal itu tak membuat kajian ke? Kabinet tak baca paper ke? Kabinet tak tahu ke ekonomi sedang merosot? Tahu tak dia orang yang kemerosotan itu berlaku di seluruh dunia? Dia orang tahu tak Menteri Sumber Manusia kata 80,000 orang dijangka kehilangan pekerjaan dalam masa yang terdekat ini? Kabinet tu siapa? Pak Lah tak duduk dalam kabinet ke?

Sepatutnya pengumuman itu tidak dibuat langsung. Kalau nak buat pun dan nak nampak jadi hero - umumkan awal-awal bahawa kenaikan itu ditangguhkan. Baru lah nampak macam hero hindustan.

Apa-apa pun, C-bOk rasa Kabinet tidak faham beban yang kini ditanggung oleh rakyat. Menteri yang berkenaan tidak peka. Jauh sekali memahami perkataan "beban" serta tidak belajar daripada sejarah. Jauh sekali memahami "strategi". Adakah pengumuman itu bertepatan dengan strategi untuk berhadapan dengan pemilihan UMNO bulan March nanti? Adakah ianya strategi terbaik bagi BN untuk menyertai pilihanraya kecil di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai dengan pengumuman kurang bijak ini?

Kabinet dan Menteri mestilah sentiasa berfikir. Berfikir dengan bijak! We put you there to think! Not to dream!

2 comments:

Anonymous said...

Pak lah masih tido dan bermimpi...hero hindustan..

Anonymous said...

Sangat setuju dengan komen tuan tu... Itulah sebabnya kekalutan yang berlaku sekarang. Rakyat dok merayu dan terpekek terlolong minta tarik balik PPSMI pun menteri buek dak jer..... Kekalahan teruk dalam PRU 12 pun menteri tak kisah sangat... Inilah tahap pemikiran menteri kabinet kita... Hentam saja laa, ada apa-apa perkara berbangkit kaji semula... hahahaaa...