Kita telah melihat betapa huru haranya negeri Perak akibat daripada politik lompat parti. Sebelah pihak bergembira, manakala sebelah pihak bersedih apabila kes lompat parti berlaku.
Dalam kes di Perak, kedua-dua belah pihak pernah merasa gembira dan kemudian sedih dalam masa dua minggu sahaja. Mula-mula YB dari BN melompat ke Pakatan Rakyat. Riuh sakan kegembiraan Pakatan Rakyat dengan melompatnya Datuk Nasarudin ke Pakatan Rakyat.
Kemudian 3 YB Pakatan Rakyat melompat ke BN dan Datuk Nasarudin melompat semula ke parti asalnya. BN pula bergembira dan Pakatan Rakyat pula bersedih. Lompatan kali ini melihat jatuhnya sebuah Kerajaan dan terbukanya tembelang sebahagian pencacai politik negara. Baru kita tahu ada ahli politik yang tidak setia dengan parti, tidak jelas dengan perjuangan mereka, kepimpinan yang mengadu domba, anti Kesultanan, derhaka, biadap, kehilangan identiti, tamak, tiada jiwa dan sebagainya. Kesemua ini tidak baik kepada masa depan politik dan juga negara ini.
Idea untuk melompat parti ini di popularkan (dan di halalkan) oleh Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sepanjang tahun lepas, sebaik sahaja kita menamatkan Pilihanraya Umum ke 12, beliaulah yang mencanangkan kemungkinan 30 orang YB BN yang akan melompat menyertai Pakatan Rakyat untuk membentuk Kerajaan Persekutuan. Kemungkinan itu dijaja ke seluruh negara, malahan ke negara jiran sehingga menimbulkan suasana kelam kabut serta tidak stabil di dalam negara. Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya apabila YB dari Pakatan Rakyat pula yang melompat meninggalkan kepimpinannya terus di dalam angan-angan Mat Jenin mereka.
Kemungkinan YB-YB lain daripada kedua-dua belah pihak untuk melompat dalam masa yang terdekat ini tidak dapat di ketepikan. Agen kedua-dua belah pihak pastinya sedang rancak mengaturkan kemungkinan-kemungkinan ini. Soalnya sekarang ialah kejadian lompat-melompat ini menimbulkan suasana yang tidak aman di dalam negara. Apabila negara tidak aman, ianya memberi kesan kepada ekonomi negara. Apabila perjalanan ekonomi negara kita terganggu, pastilah ianya akan memberi kesan kepada rakyat negara ini.
C-bOk tidak kisah sekiranya ahli-ahli politik ini hendak bercakaran sesama mereka. Tetapi percakaran mereka memberi kesan kepada kestabilan negara yang dahulu kita bangga-banggakan. Mereka ahli-ahli politik tidak pernah memikirkan masalah kita kerana kini menjadi ahli politik adalah satu kerjaya, bukan lagi kerana hendak berkhidmat [politician, you must prove it to me if you think otherwise!]
Sehubungan dengan ini, C-bOk menyokong kempen "Rakyat Malaysia Menentang Lompat Parti" dengan memaparkan logo ini di dalam blog C-bOk. Logo ini C-bOk ambil daripada blog Surat Dalam Botol yang dikendalikan oleh blogawan Hasrul Halid.
Saudara semua dijemput untuk menyertai kempen ini dengan memaparkan logo yang sama di dalam blog anda.
Tuesday, February 10, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
Saya pun tak sokong lompat parti ni, bayangkan la kalau Anwar dulu berjaya dapat 30 orang BN dulu tu, agaknya dah darurat dah malaysia ni.
Sekarang ni, apa yang dah berlaku, biarkan berlaku. Tak perlu adakan pembubaran DUN perak. Sebabnya, Sultan pun dah serabut perut tengok negeri dia kucar kacir. Kalau ada pilihanraya pun, kalau PR menang, keadaannya sama juga, kalau BN menang, keadaan pun sama juga. Ada lebih baik sultan terus melantik MB baru, tak buang masa, tak perabih duit... negeri perak pun terjamin kewangannya...
Rasanya, kalau PR amik alih malaysia dengan 30 orang BN tu, rasanya ada pembubaran parlimen tak?
Salam Tuan,
Saya juga bersetuju... dan menyokong kempen ini...
Sekian,
Hmmm interesting tapi seperti yg dijangka nanti semua org akan salahkan UMNO & BN walhal DSAI yg mulakan tradisi ini terlebih dahulu.
Mmg kita tidak boleh paksa kesetiaan tetapi hal ehwal sikatak lompat ini tidak berlaku jika ada KESETIAAN dan KEJUJURAN. SERTA KEIKHLASAN.
kalau kompas perjuangan hanya menunjuk pd fulus dan pangkat mmg makin banyak la makhluk2 spt katak ni
Org2 spt DSAI yg suka menangguk di air yg keruh la yg menyebabkan kucar kacir and mencucuk jarum kemarahan pada YB2 yg mungkin ada sedikit isu (yg sebenarnya blh diselesaikan dgn cara baik) dgn partinya dan apa bila jarum dah masuk maka lahirla katak2 jadian..
DSAI, blh tak jaga saja apa yg ada sekarang drp tearing our peace apart?? duduk diam2 saja tak boleh? nah, karpal pun dah suruh step down, kerana kamulah bangsa lain pun hilang hormat pada kita dan raja2 kita
DSAI adalah satu makhluk ciptaan tuhan, yang dimana sekalipun dia 'berpijak' pasti akan ada kehancuran. Duduk dalam UMNo - UMNO hampir lingkup, duduk dalam PAS - PAS hampir lingkup, sekarang dalam PR pulak... heheheh! makin reput ler Pakatan Reput tu!
Terima kasih kerana memberi sokongan kepada kempen ni.
Lompat melompat adalah orang munafik parti la tu jawabnya.. Penyokong bersusah-payah dok kempen dia siang malam, aleh-aleh sudah menang lompat pulok dahh.. Hayya bikin malu kompeni jerr... Tokeh melompat terkedu besar apabila lain yang dihajat lain pulok yang terjadi.. Itulah belajar belum habis dah cakap besar.. hahahaha pada muke...
Post a Comment