Friday, February 27, 2009

Kenaikan Tol Di Tangguhkan

Ha! Boleh pun. Bukannya susah sangat nak tangguhkan. Kerajaan ada kuasa untuk menangguhkan kenaikan kadar tol di semua konsesi lebuhraya. Takkan pemegang konsesi tak ada hati perut langsung. Dia orang pun bukannya malaikat. Dia orang pun tahu keadaan ekonomi semasa. Rakyat tidak mampu untuk menanggung "beban" tambahan, termasukkan tokey-tokey Lebuh raya itu.

Sepatutnya Kabinet membuat keputusan ini lebih awal dan mengumumkan penangguhan dan bukannya mengumumkan kenaikan dan selepas itu buat u-turn. Dalam suasana ekonomi semasa dan politik semasa, yang nampak teruk ialah Kerajaan sendiri. Kalau ada yang bercita-cita nak menggunakan naik turun tol ini dalam suasana semasa sebenarnya sengaja nak cari nahas. Entah mengapa C-bOk rasa Kabinet macam hendak menggunakan tol ini untuk tunjuk hero, tapi tak berapa nak menjadi!

Lain kali fikir dahulu sebelum buka mulut! Kalau tidak Gelap Masa Depan.

4 comments:

Unknown said...

Nampaknya Malaysiakini tidak memaparkan lagi Blog yang dirujuk dengan perkataan 'Malaysiakini' di bawah ruangan Malaysiakini in Blog.

Oleh itu sama-samalah kita memaparkan blog-blog bloggers tanahair di dalam blog-blog kita sendiri untuk mengetahui posting terkini dari sahabat bloggers.

Anonymous said...

Salam Tuan

Saya cadangkan kerajaan buat pengumunan naikkan harga gula, susu, tepong atau naikkan cukai ni, cukai tu kemudian apabila rakyat marah tanggohkan atau batalkan saja. Baru nampak kerajaan perihatin... Ada klas... Cantik kan.

Kalau nak tambahkan lagi perisa, penyodok-penyodok pimimpin terus buat kenyataan sokong langkah kerajaan ini, kerajaan perihatin, kerajaan berjiwa rakyat, dll.... Baru nampak kerajaan world class punya... Hahahaa.. wawaaaaaaaaaaa

Zainal A. Kasim said...

Ibnu Zaim

Itu lah. Saya rasa pengumuman kenaikan tol ni macam di rancang sahaja. Diumumkan untuk di tarik balik supaya ada yang nampak mcam jadi hero.

Tetapi taktik itu kurang menjadi. Orang dah marah.

Kalau umum tangguh awal-awal baru nampak macam hero betul.

Anonymous said...

Hero Tamil...