Saturday, February 14, 2009

Kenyataan Mudah Menyalahkan UMNO [Melayu] Untuk Kepentingan Politik DAP [Pakatan Rakyat?]

Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang menyalahkan UMNO apabila ditanya tentang tindakan Pakatan Rakyat, khususnya Karpal Singh untuk menyaman Sultan Perak. Dari kenyataan LGE ini, C-bOk membuat rumusan berikut:

[i] Mana-mana NGO yang menolak Pakatan Rakyat dan idealoginya adalah sahabat UMNO (walaupun UMNO betul, ianya menjadi salah hanya kerana semata-mata menyokong UMNO?);

[ii] Dengan terjemahan yang sama, mana-mana NGO yang menolak BN adalah sahabat Pakatan Rakyat (Walaupun Pakatan Rakyat itu salah? Mungkinkah ada NGO yang adakalanya memihak kepada UMNO ketika UMNO betul dan kemudian memihak kepada Pakatan Rakyat apabila Pakatan Rakyat betul?);

[iii] Tindakan menyaman Sultan adalah salah UMNO kerana meminda Perlembagaan yang membenarkan ianya dilakukan. (UMNO yang pinda tetapi Pakatan Rakyat yang menyaman!).

Kenyataan LGE boleh dipercayai kalau kita langsung tidak membaca, tidak memahami isu dengan mendalam dan langsung tidak mempunyai fikiran kita sendiri. Kenyataan ini berbau politik yang begitu mendalam dan berniat untuk memesongkan kenyataan dan menanamkan rasa benci yang amat sangat kepada parti aliran Melayu khususnya UMNO.

Kita sedia maklum (melainkan kita sengaja tidak mahu memahami) mengapa pindaan Perlembagaan yang menghadkan kuasa Raja-Raja di laksanakan semasa mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri. Malahan cadangan tersebut di terima oleh Raja-Raja sendiri memandangkan intipati kepada pindaan itu adalah untuk meletakkan Raja-Raja di bawah satu undang-undang khusus untuk mereka dan mereka boleh dirujuk ke Mahkamah Khas ini dengan persetujuan Peguam Negara untuk dibicarakan. Raja-Raja juga sedia maklum bahawa mereka adalah manusia biasa dan bukannya maksum.

Memang UMNO yang menjadi juara di dalam hal ini dan sebenarnya di sokong secara senyap oleh pembangkang sendiri seperti DAP, PAS dan PKR kerana ianya jelas dilaksanakan demi kepentingan rakyat dan keharmonian undang-undang di negara ini. Pindaan tersebut membolehkan Raja-Raja di rujuk ke Mahkamah Khas apabila berlaku satu-satu perkara yang melibatkan jenayah seperti bunuh, rogol, mencuri dan sebagainya. Namun, kuasa Raja-Raja juga jelas di dalam Perlembagaan berkaitan dengan pentadbiran negeri, agama dan tanah.

Sehubungan dengan ini, kenyataan LGE berkaitan dengan tindakan Pakatan Rakyat hendak menyaman Sultan Perak adalah bertujuan untuk memesongkan persepsi rakyat terhadap kuasa di dalam Perlembagaan dan meletakkan kesalahan di pihak orang lain. Ini adalah orang yang sama dari parti yang sama dan dari Pakatan yang sama semasa PRU ke 12 yang lepas menyatakan di dalam menifesto mereka untuk "mengembalikan kuasa raja-raja". Jelas, bagi LGE dan kuncu-kuncunya, Raja-Raja Melayu hanya berguna kepada mereka apabila Raja-Raja boleh dipergunakan untuk kepentingan politik sempit mereka sahaja.

Malangnya, ideologi ini diterima oleh sebahagian orang Melayu. Yang jelasnya mereka yang menjerit-jerit dan berguling-guling di jalanraya (manakala mastermind mereka duduk sahaja di belakang) adalah orang-orang Melayu yang berkopiah, berbaju Melayu dan berjanggut alim. C-bOk kadang-kadang tertanya-tanya apakah mereka ini tahu apa yang mereka perjuangkan?

Kenyataan LGE adalah seperti salinan di bawah ini.


NGOs Against PR Are Merely Umno's Allies
PENANG, Feb 13 (Bernama) --

Penang Chief Minister Lim Guan Eng labelled the Non-Governmental Organisations (NGO) that spoke out against Pakatan Rakyat (PR) with regard to the Perak political crisis, as Umno's allies.The DAP secretary general also accused Umno of raising racial sentiments for their own party's political benefit

"Why should we react to Umno's allies?," asked Lim referring to claims by Malay NGOs that opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim had turned a blind eye towards what was happening in the Perak political scene

The report also urged Anwar to apologise to the Sultan of Perak, Sultan Azlan Shah and the people of Perak because he was the mastermind behind the move to oppose the ruler. Lim who refused to elaborate further said only Anwar would be able to answer such accusations."Since the NGOs had raised the issue against Anwar, it would only be right for him to speak of the issue," he said.

Asked whether DAP President Karpal Singh's criticism on Anwar would affect the support of Malays towards Pakatan Rakyat, Lim said if anybody was angry, it was Umno because PR or Karpal are not at fault. Lim said the issue of Karpal summoning the Sultan of Perak does not arise as Karpal, as a lawyer, had merely stated the provision in the law that was actually instituted by Umno

"If anybody was at fault, it was Umno, blame Umno for allowing such a law in the first place. We had only raised what was provided for in the law. Karpal did not summon the Sultan, did he? he asked. He added that PR's decision was to summon the new Perak Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir to court.

1 comment:

Anonymous said...

hmmmmmmmm....ah eng..ah eng..you are not that lever after all...