Wednesday, May 14, 2008

Ucapan Sulong YB Dato' Mukhriz Mahathir di Dewan Rakyat

C-bOk melihat YB Dato' Mukhriz Mahathir sebagai seorang ahli politik yang mempunyai "X" factor. Berikut adalah ucapan sulong beliau di Dewan Rakyat sebagai Ahli Parlimen yang mewakili kawasan Jerlun, Kedah.
Terima kasih Tan Sri Yang DiPertua kerana memberi saya julung2 kalinya peluang untuk saya membahaskan Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong di Persidangan Penggal Pertama Parlimen Keduabelas.

Negara Perindustrian

Tan Sri Yang DiPertua, seperti yang kita sedari, di era serba mencabar dalam ekonomi dunia, negara mesti menarik minat pelabur langsung asing (FDI) untuk membuka kilang, mewujudkan industri-industri dan syarikat- syarikat yang mengeluarkan produk dan perkhidmatan untuk pasaran global. Kita lihat kebelakangan ini, Malaysia tidak dilihat sebagai destinasi pelaburan utama bagi setiap pelabur yang meninjau rantau ini dalam usaha mencari lokasi untuk membuka bisnesnya.

Buat masa ini bukan sahaja negeri penduduk ramai seperti China, India dan Indonesia yang dapat menawarkan harga buruh yang murah, tapi kita lihat kemunculan Vietnam, Cambodia dan juga Laos mendapat FDI - yang lama kelamaan akan melebihi FDI yang datang ke Malaysia.
Malah, sekarang ini China dan India sudah menarik perhatian pelabur-pelabur yang memberi penekanan kepada keupayaan teknologi, dan bukan hanya kos buruh yang murah. Bagi Malaysia yang berhubung rapat dengan dunia perdagangan dan perniagaan, sudah tentu kadar kemasukan FDI menjadi petanda survivabiliti negara.

Pada waktu yang sama, dalam usaha kita untuk menjadi negara maju pada tahun 2020, sudah tentu kita perlu memberi penekanan kepada usaha untuk meningkatkan bilangan industri industri besar dan juga IKS yang menjadi tulang belakang negara perindustrian. Soalnya, adakah industri-industri besar dan juga IKS Malaysia boleh diiktiraf sebagai bertaraf dunia? Untuk menjadi negara perindustrian sudah tentu kita perlu wujudkan syarikat syarikat perindustrian ala Sony, Hyundai, Acer dan sebagainya. Sudah tentu kita juga perlu lahirkan “industrialists” seperti Akio Morita, Chung Ju-Yung dan Stan Shih untuk menerajui syarikat syarikat ini. Soalnya, syarikat Malaysia yang manakah yang boleh kita bangga sebagai syarikat teknologi tinggi yang diri dan duduknya sama tinggi sama rendah dengan syarikat syarikat ternama didunia, dan siapakah industrialist Malaysia yang akan memacu negara kearah menjadi negara perindustrian?

Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan takziah kepada balu dan keluarga Allahyarham Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin, pengasas Naza Motors yang telah meninggal dunia baru baru ini. Sebelum ini juga, Allahyarham Tan Sri Yahaya Ahmad, pengasas DRB Hicom - juga seorang tokoh yang dilihat sebagai industrialist negara - telah meninggal dunia sebelum sempat membantu dalam usaha mengindustrikan negara.

Saya berharap Kerajaan akan terus dengan pendekatan Pensyarikatan Malaysia atau Malaysia Incorporated supaya jenama jenama Malaysia industri besar dapat menerokai pasaran dunia untuk produk dan perkhidmatan hasil usaha Malaysia - sekaligus merealisasikan aspirasi negara menjadi negara maju berindustri.

Kita mahu lihat GLC memainkan peranan yang lebih bermakna dalam usaha memacu negara kearah menjadi negara industri. Pada waktu yang sama, kita harap ruang dan peluang akan diberikan kepada mana mana usahawan pihak swasta untuk mengusahakan industri besar. Dalam penglibatan GLC dalam industri besar, biarlah ianya tidak bersaing dengan syarikat swasta yang mencebur diri dalam sektor industri yang sama. Ini adalah kerana perbelanjaan dan pelaburan yang diperlukan untuk industri besar ini punyai kos dan risiko yang tinggi. Sudah tentu merugikan negara sekiranya syarikat syarikat swasta ini berhadapan dengan saingan daripada GLC dalam sektor industri yang sama.

Kewujudan industri intensif buruh sudah tentu akan menyediakan banyak peluang kerja untuk anak-anak muda kita. Industri intensif kapital pula memerlukan tenaga kerja yang mampu menguasai teknologi tercanggih.

China dan India makin hari makin berkemampuan untuk melahirkan tenaga kerja yang berdaya kreatif dan inovatif. Banyak produk dari negara maju yang dulunya direka bentuk di Barat dikeluarkan di kilang-kilang di India dan China. Kini kita lihat kerja kerja rekabentuk juga dilakukan oleh syarikat design di kedua India dan China. Nilai tambah yang disumbangkan oleh kedua negara ini mampu mengurangkan kos untuk syarikat induk di negara maju, sambil itu membuktikan bahawa syarikat India dan China juga mampu menyaingi Barat dalam fungsi mereka bentuk.

Dimana Malaysia dalam soal ini? Walaupun India dan China sudah kurang dilihat sebagai negara pengeluaran kos rendah, tetapi negara membangun yang lain telah mengambil alih tempat kedua negara tersebut. Indonesia, Vietnam dan Cambodia pula dilihat sebagai destinasi pelaburan terbaru yang menarik.

Mahu tak mahu, Malaysia tidak dapat elak daripada menarik pelabur yang lebih mementingkan kualiti produk dan tahap penguasaan teknologi tinggi daripada kos buruh yang rendah. Adakah tenaga kerja Malaysia bersedia untuk menerima kehadiran pelabur-pelabur seperti ini? Sudah tentu Dasar Pendidikan Negara memainkan peranan yang amat penting untuk merealisasikan matlamat ini.

Pendidikan

Tan Sri Yang Di Pertua, sambil kita membina modal insan seperti yang kerap kali diuar-uarkan oleh Kerajaan, kita juga perlu memastikan peluang kerja yang mencukupi untuk anak-anak muda kita termasuk graduan IPT tempatan dan juga yang menuntut di luar negara. Malangnya kita lihat kadar pengangguran yang masih membimbangkan. Atas sebab sebab tertentu, ramai juga graduan kita yang tidak berpeluang untuk mencari kerja yang menepati kelulusan mereka, dan ada juga yang masih menganggur.

Ramai graduan diluar negara pula mencari kerja dinegara tersebut. Ada juga bakat terbaik diantara anak muda kita yang diambil kerja diluar negara - ramai juga ke Singapura. Ada diantara mereka yang berpendapat bahawa gaji yang ditawar di Malaysia untuk kerja mengikut kelulusan mereka tidak memenuhi keperluan mereka, maka itulah sebabnya mereka berhijrah keluarnegara untuk cari nafkah.

Ini bermakna bahawa belanja yang banyak yang dikeluarkan oleh Kerajaan untuk memberikan pendidikan kepada anak-anak kita tidak membawa hasil seperti yang diharapkan kerana peluang kerja yang tidak mencukupi. Lebih merugikan lagi apabila bakat bakat terbaik antara mereka bekerja di luar negara, menetap di sana dan membayar cukai pendapatan di sana juga.
Kalau trend ini tidak dibendung, negara akan mengalami kerugian yang amat besar dan kesannya akan berpanjangan.

PPSMI

Tan Sri Yang Di Pertua, kita sering diberitahu bahawa ada diantara guru-guru di sekolah tidak mempunyai penguasaan Bahasa Inggeris yang secukupnya untuk mereka menjayakan program Pengajaran, Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Apabila guru-guru ini dikehendaki menjalani Peperiksaan Tahap Profisiensi (atau PTP), kerap kali peperiksaan ini dilakukan pada waktu yang tidak sesuai dan ianya menjadi satu bebanan kepada guru-guru. Oleh itu, guru guru ini tidak mempunyai tempoh waktu yang mencukupi untuk membuat persediaan bagi menghadapi peperiksaan ini. Supaya mendapat gambaran yang sebenarnya mengenai tahap penguasaan Bahasa Inggeris, saya cadangkan agar PTP ini diadakan sewaktu cuti penggal sekolah atau apabila guru-guru menghadiri kursus.Sekiranya diberi masa yang mencukupi,saya yakin tahap pencapaian guru-guru yang menduduki PTP ini akan lebih memuaskan.

Saya ingin ucapkan tahniah kepada Kementerian Pelajaran kerana mewujudkan program Pedagogy Enhancement & Reinforcement of Learning Strategy atau PEARLS dimana guru guru Sains dan Matematik berkumpul dan berbincang mengenai pendekatan pendekatan yang terbukti membawa hasil yang diingini dalam menjayakan PPSMI. Program ini diterima baik oleh guru-guru tersebut, dan nampaknya memberangsangkan mereka untuk terus berusaha ke arah matlamat yang ditetapkan.

Membantu usahawan muda

Kebelakangan ini kita lihat begitu ramai belia yang memerlukan bantuan kewangan dalam bentuk modal untuk memulakan perniagaan kecil kecilan. Mereka tidak memerlukan wang yang banyak. Sekadar RM10,000 hingga RM20,000 pun memadai untuk perniagaan mereka. Tetapi kerana tidak dianggap “credit worthy”, mungkin kerana punyai hutang-hutang lain yang belum diselesaikan, atau kerana tidak ada aset yang boleh dicagarkan untuk pinjaman tersebut, maka bakal bakal usahawan muda ini tidak dapat membuat pinjaman dari institusi institusi kewangan atau dari agensi-agensi peminjam Kerajaan.

Olehitu, saya ingin mengucapkan syabas kepada Kementerian Belia dan Sukan kerana memansuhkan beberapa syarat untuk pinjaman dibawah Skim Tabung Ekonomi Belia (STEB). Ini membolehkan lebih ramai belia menyertai bidang keusahawanan, sekaligus membantu mengurangkan kadar pengangguran dikalangan belia.

Untuk memastikan bahawa jumlah dana STEB sebanyak RM40 juta itu digunakan sepenuhnya bagi tujuan ini, saya cadangkan supaya pegawai Kementerian Belia & Sukan turun mencari usahawan usahawan kecil yang sudah berniaga seperti mereka yang mempunyai gerai makanan yang popular untuk ditawarkan pinjaman supaya dapat membantu meluaskan perniagaan yang mereka usahakan.

Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri?

Tan Sri Yang Di Pertua, saya ingin menyentuh sedikit mengenai apa yang telah dikatakan oleh YB dari Gombak yang telah menyatakan bahawa Dato Seri Anwar Ibrahim adalah insan yang bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia. Saya tertanya-tanya mengenai tiga perkara yang telah dilaporkan dalam media asing tetapi tidak diberi liputan oleh media tempatan. Yang pertama mengenai artikel dalam majalah TIME dalam edisinya bertajuk “The 2008 TIME 100”. Laporan mengenai Dato Seri Anwar ditulis oleh rakan karibnya, Paul Wolfowitz - bekas Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat merangkap ketua strategist Perang Iraq untuk George W. Bush. Mengapa harus Dato Seri Anwar bersekongkol dengan pembunuh lebih 1 juta rakyat Iraq ini?

Yang keduanya mengenai artikel dalam akhbar Israel, iaitu Jerusalem Post, yang menggambarkan Dato Seri Anwar sebagai “Malaysia’s Future Prime Minister” seperti yang telah disebut oleh YB dari Gombak dalam dewan yang mulia ini. Adakah ini bukti bahawa Israel juga setuju Dato Seri Anwar menjadi perdana menteri Malaysia? Dan kalau setuju, mengapa?
Yang ketiganya ialah mengenai sebuah badan bukan kerajaan atau NGO yang bernama Foundation of the Future. NGO ini menerima dana sebanyak US$35juta dari Jabatan Negara atau State Department, kerajaan Amerika Syarikat, US$10 juta dari Bahrain dan US$11 juta dari lain lain sumber yang tidak diketahui. Pengerusi Foundation of the Future ialah tak lain tak bukan Dato Seri Anwar Ibrahim, insan yang dikatakan bakal Perdana Menteri Malaysia. Di NGO ini jugalah, Dato Seri Anwar mengambil kerja Shaha Riza, teman wanita Paul Wolfowitz yang telah mencetuskan kontroversi di Bank Dunia tempohari.

Soalnya, adakah Dato Seri Anwar Ibrahim yang terlibat secara langsung dalam organisasi yang diragui latarbelakangnya, dan berkawan rapat dengan pengikut fahaman Neo Conservative yang membunuh rakyat Islam di Iraq, Paul Wolfowitz, hendak kita benarkan mengambil alih kepimpinan negara tercinta ini?

Sudah tentu tidak! Selagi nyawa dikandung badan, UMNO tetap akan mempertahankan kedaulatan negara kita.

“Tsunami Politik”

Tan Sri Yang Di Pertua, apa yang berlaku didalam pilihanraya yang lepas sebenarnya memberikan hikmah dan pengajaran yang besar kepada UMNO. UMNO sudah mendengar dan memahami isihati rakyat, dan akan membuka satu lebaran yang baru. Sejarah UMNO telah membuktikan setiap kali ia jatuh ia akan bangun dengan lebih gagah dan perkasa. UMNO tidak akan berpeluk tubuh berdiam diri dan membuang masa.

Percayalah kami akan menunaikan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan oleh rakyat. Setiap apa yang kami lakukan dan bakal lakukan pembangkang harus gusar dan gentar kerana perubahan dan kebangkitan semula UMNO sudah bermula. Ia akan mendatangkan seribu satu impak positif kepada semua pihak. Pihak pembangkang tidak perlu masuk campur atau menjaga tepi kain UMNO, kerana kami tahu bagaimana untuk mengurus dan menjaga parti yang kami cintai ini. Dan sesungguhnya tsunami politik akan berlaku di dalam pilihanraya yang akan datang - cumanya,pasa ketika itu pihak pembangkang pulalah yang akan dilanda badai tersebut.

Oleh itu, diatas dasar perjuangan agama, bangsa dan tanahair, saya ingin mengajak Ahli2 Yg Berhormat dari pihak pembangkang kembali ke pangkal jalan dan menyertai kami.
Tan Sri Yang DiPertua, oleh itu saya mohon menyokong.
Sekian, terima kasih.

Friday, May 09, 2008

C-bOk di MIHAS 2008

Sorry kerana lama tak update blog ini. C-bOk benar-benar sibuk sejak beberapa hari ini. Mesyuarat, perbincangan, menerima kunjungan/lawatan di pejabat dan terkini pula MIHAS 2008 di MATRADE Exhibition and Convention Centre (MEEC) di Jalan Duta, Kuala Lumpur.
Semasa MIHAS 2008, C-bOk sempat berbincang dengan Dato' Noh Omar, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD) berkaitan dengan projek bersama (Herbal Plaza)yang sedang dilaksanakan diantara pejabat C-bOk dengan MeCD.

Monday, May 05, 2008

Pengasas Kumpulan NAZA Selamat Di Semadikan

Allahyarham Tan Sri Dato' Seri Utama S.M. Nasimuddin, pengasas Kumpulan NAZA telah selamat dikebumikan di Batu 9, Hulu Langat semalam (Ahad, jam 4.00 petang).

C-bOk sempat bersama-sama di Masjid Wilayah Persekutuan dan seterusnya di Hulu Langat untuk memberikan penghormatan terakhir.

Sepanjang hayatnya, allahyarham sememangnya seorang yang disukai ramai. Lebih 6,000 orang yang terdiri daripada pemimpin politik, ahli perniagaan, pekerja dan orang ramai yang terdiri daripada pelbagai bangsa hadir untuk memberikan penghormatan terakhir.

C-bOk kehilangan seorang kawan yang begitu humble. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.

Friday, May 02, 2008

Siaran Langsung Sidang Parlimen: Boleh ke Tak Boleh?

Update:
Kabinet yang bermesyuarat pada hari Jumaat, 2 Mei 2008 memutuskan untuk meneruskan siaran langsung sidang Parlimen di RTM.

Catatan Asal:
Ketika catatan ini ditulis, mungkin Menteri Penerangan Dato' Shabery Chik sedang membentangkan cadangan untuk membatalkan siaran langsung sidang Parlimen berikutan dengan perangai beberapa orang Ahli Parlimen yang menjadikan sidang berkenaan macam pasar beberapa hari lepas.

Perdana Menteri juga mempunyai pandangan dan anggapan yang sama iaitu siaran langsung berkenaan patut dihentikan kerana perangai jelik ahli-ahli Parlimen tersebut.

C-bOk berpendapat sebaliknya. Siaran tersebut sepatutnya diteruskan. Malahan, RTM sewajarnya menyediakan satu rangkaian khas untuk sidang Parlimen dan menyiarkan persidangan tersebut secara terus menerus setiap hari selagi sidang Parlimen berlangsung. Di samping siaran terus menerus berkenaan, perbincangan panel dan juga pandangan orang ramai boleh disiarkan terhadap isu-isu yang menyentuh hal ehwal masyarakat.

Apa perlunya Perdana Menteri dan Menteri Penerangan merasa risau dengan sikap ahli-ahli Parlimen (MP) berkenaan? Sekiranya MP-MP tersebut merasakan tindakan mereka menjerit, mencarut dan berperangai seperti monyet imej yang mereka hendak tontolkan kepada pengundi yang mengundi mereka, maka biarkanlah. Masyarakat sebagai pengundi berhak untuk tahu bagaimana prestasi MP mereka. Selama ini, masyarakat hanya nampak yang baik-baik sahaja terhadap imej MP mereka. Kalau balik kampong pijak semut pun tak mati.

Kini masyarakat berpeluang untuk menilai sendiri prestasi mereka baik MP Kerajaan mahupun pembangkang. C-bOK rasa masyarakat bukan bodoh. Masyarakat lebih bijak untuk membuat penilaian. Perdana Menteri dan Menteri Penerangan tidak perlu menjadi "moral guardian" dengan menentukan apa yang boleh dilihat dan tidak boleh dilihat.

C-bOk berpendapat dengan adanya siaran langsung, kita dapat melihat MP berkenaan boleh bercakap atau tidak, boleh berhujah atau tidak, hujah yang logik atau sekadar merapu, lembik atau tidak, tegas atau lemah, berperangai elok atau tidak, makan gaji buta atau menjalankan tugas sebagai MP dengan wajar dan sebagainya lagi.

Sehubungan dengan ini, C-bOk menyeru Kabinet untuk tidak memperkecil-kecilkan daya pemikiran rakyat dan cuba "menyelamatkan" rakan-rakan MP mereka daripada penilaian masyarakat terhadap prestasi mereka.



Al-Fatihah: Tan Sri S.M. Nasimudin Meninggal Dunia

C-bOk dimaklumkan oleh seorang rakan melalui SMS, Tan Sri S.M. Nasimuddin, pengasas kumpulan NAZA telah meninggal dunia di US. Jenazah beliau akan dibawa pulang ke Malaysia untuk dikebumikan.

C-bOk mengenali beliau semasa bertugas sebagai Pesuruhjaya Perdagangan di Los Angeles dari 1997 - 2002. Beliau seorang yang peramah, mudah didekati, kuat bekerja, berdedikasi dan tidak sombong. Pemergian beliau adalah satu kehilangan yang besar kepada industri automotif negara. Sebagai menyokong usaha-usaha beliau, C-bOk memiliki dua kereta jenama NAZA (Ria dan Sorento) untuk kegunaan harian.

Walaupun beliau telah tiada, legasi beliau akan berterusan dengan pengukuhan jenama NAZA di pasaran tempatan dan antarabangsa. C-bOk harap kepimpinan Kumpulan NAZA akan terus memastikan kejayaan jenama NAZA di masa-masa hadapan.

Semoga roh beliau dicucuri rahmat hendaknya. Al-Fatihah.

Tun Dr. Mahathir - Kini Seorang Blogger


Tun Dr. Mahathir kini seorang blogger. Blog beliau boleh di akses di http://www.chedet.com.
Welcome to the club Tun.

Thursday, April 24, 2008

Perlakuan Aib Bekas Menteri (3)

Akhbar Utusan Malaysia hari ini (24 April 2008) menyatakan bahawa laporan polis yang dibuat sebelum ini oleh wanita yang berkenaan adalah satu kes "salah faham". Peguam terkenal, Datuk Muhammad Shafee Abdullah membuat kenyataan kepada media berkaitan dengan perkara ini dan memaklumkan bahawa beliau telah dilantik untuk mewakili wanita tersebut.

Sebagai peguam terkenal dan berpengalaman, C-bOk yakin beliau tahu dengan apa yang beliau lakukan. Beliau juga mengatakan bahawa berita yang tersebar di internet adalah "mengarut".

Betul ke Datuk?

Wednesday, April 23, 2008

Perlakuan Aib Bekas Menteri (2)

Akhbar hari ini (23 April 2008) menerbitkan berita berkaitan dengan laporan polis yang dibuat terhadap perlakuan aib bekas Menteri beberapa hari lalu. Berita tersebut ditulis dalam ruangan yang "kecil" kat "mukasurat dalam" dan di "bahagian bawah". Bukannya di ruangan yang penting dan mudah untuk dibaca. Tiada nama dicatatkan di dalam laporan akhbar berkenaan.

Editor-editor akhbar mainstream di Malaysia berpendapat bahawa ini bukanlah satu berita penting. Selama ini pun, berita yang seumpamanya hanya diberikan perhatian kelas ketiga (corot) melainkan, tokoh berkenaan melawan "taukeh". Atau dengan kata lain, berdasarkan pengalaman masa lalu, berita macam ni selalunya tak keluar pun......

Dalam masa yang sama, Bar Council menerbitkan berita yang sama di dalam lamanwebnya. Untuk membaca laporan di dalam laman web tersebut sila klik di sini.

Chelsea Ke Malaysia Dengan Warga Israel

Setahu C-bOk kita tidak mempunyai apa-apa hubungan diplomatik dengan Israel. Kita melihat Israel sebagai sebuah negara pemusnah dan musuh ummat Islam seluruh dunia. Tetapi kini, dua orang warga Israel iaitu Avram Grant dan Tal Ben Haim dari pasukan Chelsea akan menjejakkan kaki mereka di negara ini.

Masalahnya ada pemimpin dan pentadbir kita yang berhujah mengatakan politik tidak wajar di campur adukkan dengan sukan. Sememangnya hujah itu logik. Namun kita bercakap berkaitan dengan sebuah negara yang menjadi musuh kita. Negara yang menjalankan program penghapusan ummat Islam secara terancang.

Soalnya juga kita melihat negara lain seperti Amerika Syarikat menolak kehadiran Mehdi Ahmadi, seorang jurutera perlumbaan kepada pasukan pasukan BMW Sauber semasa perlumbaan GP Indianapolis 2007 atas alasan beliau seorang warganegara Iran. Mehdi Ahmadi hanyalah seorang jurutera, tetapi beliau dinafikan haknya kerana beliau dilahirkan di Iran yang menjadi musuh Amerika Syarikat.

Namun kita lain pula. Kita boleh bercakap berapi-api tentang keburukan Israel, namun kita lemah hanya kerana bola.

Sekarang mana lebih penting?

Bola atau kedaulatan negara kita?

C-bOk memilih kedaulatan negara.

Tuesday, April 22, 2008

Perlakuan Aib Bekas Menteri

Berdasarkan kepada catatan di dalam beberapa blog.

Seorang bekas Menteri telah dilaporkan kepada polis kerana perlakuannya yang mengaibkan. Beliau yang dalam keadaan mabuk dikatakan meraba ponggong seorang pelayan di Kelab Havana, Hotel Meridien, KL Sentral. Laporan berkaitan dengan kejadian ini di catatkan di sini, di sini, di sini dan di sini.

C-bOk harap blog yang melaporkan kejadian ini mempunyai bukti yang kukuh kerana tanpa bukti, kejadian ini adalah khabar angin yang boleh menggugat kredibiliti bekas Menteri yang dimaksudkan dan juga blogger.

Wallahu' alam.

Selamat Hari Bumi



Selamat menyambut hari Bumi. Hari ini - 22 April 2008. Jalankan kewajipan anda untuk menjaga bumi yang kita cintai ini.

Thursday, April 17, 2008

Harga Roti Gardenia NAIK!

Gardenia Barkeries (KL) Sdn. Bhd. mengumumkan harga roti, kek snek, ban dan rol jenama Gardenia naik di antara 10 sen ke 40 sen berkuatkuasa hari ini. Pengumuman dibuat oleh Kok Chin Huat, Pengurus Besarnya.

Apa lagi yang akan naik selepas ini?

Wednesday, April 16, 2008

Tauke Babi Kena Faham Kenapa Babi Haram di Makan

C-bOk mengambil catatan ini daripada blog ANEROID 09 (You Are Being Watched!!). Ada banyak maklumat yang ramai mungkin tidak tahu. C-bOk copy balik 100% untuk tatapan pembaca/pembahas semua. Kalau rajin, silalah ke blog ANEROID 09 di sini.

Alasan utama umat Islam tidak boleh makan BABI adalah kerana itu larangan memakan babi adalah daripada ALLAH. Apabila sesuatu itu dilarang oleh ALLAH, umat Islam WAJIB meninggalkannya. Dan ALLAH tidak mengharamkan sesuatu melainkan ada sebab-sebabnya . Berikut adalah sedikit sebanyak fakta mengenai babi.

Semua bangsa di seluruh dunia dari dahulu hinggalah sekarang menganggap babi/ khinzir sebagai BINATANG YANG PALING HINA lagi menjijikkan. Buktinya, apabila seorang lelaki di Eropah berasa amat marah atau benci kepada seseorang, DIA AKAN MEMAKI “Babi!”. Seorang ibu di negara China dengan niat menghina atau memburuk-burukkan seseorang, dia akan memaki ‘Babi!”. Begitu juga seorang anak kecil di India yang menaruh dendam dan sehabis benci dengan orang lain akan memaki ‘Babi!”. Mengapa tidak dikatakan saja kuda, unta, tikus, arnab dan lain-lain?

Maksudnya di sini, telah ada satu kepercayaan turun-temurun di seluruh dunia yang babi adalah binatang paling hina lagi menjijikkan. Islam adalah satu-satunya agama yang benar dan mulia di sisi Allah. Dengan sebab itu jugalah ORANG-ORANG YANG MULIA TIDAK akan MEMAKAN binatang atau DAGING YANG paling HINA lagi menjijikkan.

Babi juga merupakan BINATANG YANG PALING KOTOR dan menjadi AGEN KEPADA BANYAK JENIS KUMAN DAN PENYAKIT. Babilah pembawa CACING PITA yang BOLEH MENGAKIBATKAN MAUT itu. Dr. Yoshihiro Kawaoka menjadi pemimpin sekumpulan 12 orang saintis dari Universiti Wisconsin telah menjalankan penyelidikan terhadap babi. Dan hasilnya, terdapat satu sistem di KERONGKONG BABI yang membolehkan PELBAGAI VIRUS BERKUMPUL di dalamnya, dan ia amat berbahaya kepada manusia. Mereka mengisytiharkan babi sebagai “mixing vessel” atau pun “BAHTERA TAKUNGAN KUMAN-KUMAN” sebagaimana yang dinyatakan dalam ‘Journal of Virology 1997’.

Babi TIDAK ADA LEHER untuk disembelih sebagaimana haiwan lain. Apabila sesuatu binatang itu tidak disembelih, darah dan kuman di dalam badannya tidak dapat dikeluarkan. Bagi Islam, darah adalah najis. Mungkin ini jugalah yang menyebabkan berkumpulnya virus di leher babi sebagaimana pendapat para saintis.

Babi dipercayai berkait rapat dengan Iblis. Ini merupakan kepercayaan kuno yang tidak mustahil ada kebenarannya. Kita ambillah kisahnya sebagai menambah pengetahuan saja. Sewaktu seluruh dunia di tenggelami banjir, Iblis turut berada dalam bahtera Nabi Nuh tersebut. Oleh kerana terlalu lama di atas bahtera, segala kotoran haiwan, manusia dan sampah sarap bersepah di sana-sini. Nabi Nuh minta pertolongan Tuhan untuk membersihkannya lalu Tuhan menyuruh dia mengusap kepala gajah dan terciptalah tikus yang memakan semua kotoran tersebut. Iblis turut berbuat demikian lalu terciptalah pula babi. Maka babi TERCIPTA HASIL KERJA TANGAN IBLIS.

Jika kita membaca BIBLE The New Testament- kitab suci orang Kristian, kita akan dapati peristiwa di mana Jesus (Nabi Isa) telah mengusir roh-roh jahat dari dalam tubuh manusia lalu dimasukkan ke dalam tubuh babi-babi. Ini secara simboliknya bertujuan menunjukkan pengharaman babi.

Daniel S. Shapiro, M.D., Pengarah Clinical Microbiology Laboratories, Boston Medical Center, Massachusetts yang juga seorang Penolong Profesor Perubatan di Pathology and Laboratory Medicine, Boston University School of Medicine, Massachusetts, merumuskan bahawa terdapat PELBAGAI JENIS PENYAKIT yang boleh di jangkiti daripada babi seperti:

• Anthrax
• Ascaris suum
• Botulism
• Brucella suis
• Cryptosporidiosis
• Entamoeba polecki
• Erysipelothrix shusiopathiae
• Flavobacterium group IIb-like bacteria
• Influenza
• Leptospirosis
• Pasteurella aerogenes
• Pasteurella multocida
• Pigbel
• Rabies
• Salmonella cholerae-suis
• Salmonellosis
• Sarcosporidiosis
• Scabies
• Streptococcus dysgalactiae (group L)
• Streptococcus milleri
• Streptococcus suis type 2 (group R)
• Swine vesicular disease
• Taenia solium
• Trichinella spiralis
• Yersinia enterocolitica
• Yersinia pseudotuberculosis

Kajian oleh Alix Fano (M.A.), Murry J. Cohen (M.D.), Marjorie Cramer (M.D.,F.A.C.S.), Ray Greek (M.D.), dan Stephen R. Kaufman (M.D.) mendapati antara PENYAKIT-PENYAKIT ini ada yang BOLEH MEMBAWA MAUT, contohnya leptospirosis. Ia boleh menyebabkan kerosakan hati dan buah pinggang.

TOKOH-TOKOH PERUBATAN CHINA juga tidak kurang mengatakan bahayanya babi. Yan Show Tan adalah satu jurnal kesihatan Cina yang terkenal suatu masa dahulu mengatakan: “Semua daging adalah berkahsiat MELAINKAN DAGING BABI.”

Sun See Mao ialah seorang TABIB TERKENAL DINASTI TANG menulis dalam bukunya Sheh Shen Lu (Catatan-catatan Kesihatan) mengatakan: “Daging babi MERANGSANG PENYAKIT-PENYAKIT LAMA, menyebabkan KEMANDULAN, PENYAKIT TULANG dan ASMA.” Lee Shih Ch’en pula seorang TABIB TERKENAL DINASTI MING yang mengarang lebih kurang 50 jilid buku-buku perubatan. Pendapatnya tentang daging babi adalah: “Ia boleh MENDATANGKAN KESAN BAHAYA.” Kesimpulannya, tabib-tabib termasyhur dari negara China juga mempunyai pendapat yang sama dengan Islam.

Antara 20 KE 40 JUTA MANUSIA seluruh dunia MAUT akibat jangkitan virus INFLUENZA pada awal kurun ke-20. Kajian menunjukkan virus baru ini
BERPUNCA DARIPADA BABI-BABI DI AMERIKA. Ia telah menjangkiti askar-askar Amerika dalam Perang Dunia 1 dan kemudiannya dibawa bersama mereka ke negara-negara lain.


Antara VIRUS BARU berpunca daripada babi yang ditemui sejak tahun 1997 ialah kuman Porcine Torovirus, Porcine Rotavirus (Variant 4F), PRRS (Porcine Reproductive and Respiratory Syndrome Virus), H3N2 Swine Flu Virus dan virus menangle. Alangkah berbahayanya babi kepada umat manusia. Spanish flu 1918, Asian flu 1957, Hong Kong flu 1968 dan Russian flu 1997 yang mengorbankan banyak jiwa adalah berpunca daripada babi.

Yang hebatnya, VIRUS DARIPADA BABI agak CANGGIH. Ia SENTIASA BERUBAH BENTUK dan menyerang dalam bentuk yang baru. Sistem pertahanan badan manusia tidak dapat melawan serangan virus-virus yang cerdik ini. Ada juga virus daripada keluarga HIV pada babi. Virus ini dibawa oleh DNAnya dan tidak boleh dipisahkan. Profesor Robin Weiss, pakar virologi Institut Kajian Kanser London mengatakan, " Babi mempunyai banyak kuman virus. Salah satu masalah yang perlu kita hadapi ialah babi memiliki kuman retrovirus yang boleh menjangkiti manusia. Ia tidak dapat dibuang daripada babi kerana ia dibawa oleh benih DNAnya. Retrovirus ini adalah dari keluarga yang sama dengan kuman HIV."

Satu cara selain daripada membina pusat penternakan Babi ini adalah memberikan pemahaman kepada tauke-tauke dan penternak babi mengenai
bahaya Babi kepada kesihatan manusia. Sediakan kursus-kursus intensif kepada
tauke-tauke babi serta pelapis-pelapis mereka supaya mereka sangat peka kepada persekitaran, sensitiviti dan kesihatan manusia sekeliling mereka, bukan hanya mahu keuntungan semata-mata. Kesedaran-kesedaran secara intensif dan perlahan-lahan mengenai bahaya babi kepada manusia akan insyaALLAH mengurangkan minat para pemakan babi untuk terus memakan babi. Seterusnya akan berkuranglah permintaan babi. Dan kerajaan wajib mengharamkan penggunaan babi dalam bahan makanan, perisa makanan dan sebagainya. Biar pemakan babi hanya makan daging babi sahaja, tidak mengubah kepada produk-produk yang boleh mengelirukan umat Islam.


Ringkasan kenapa kami umat Islam diharamkan memakan babi:

Sebab utama adalah ia adalah dilarang oleh Tuhan kami. Kami wajib mematuhi perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya. Kami yakin setiap ketetapan yang Allah tetapkan pasti ada kebaikan untuk kami.

'Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi, (daging hewan) yang disembelih atas nama selain Allah, yang tercekik, yang dipukul, yang jatuh, yang ditanduk, dan yang diterkam binatang buas, kecuali yang sempat kamu menyembelihnya, dan (diharamkan bagimu) yang disembelih untuk berhala. Dan (diharamkan juga) mengundi nasib dengan anak panah, (mengundi nasib dengan anak panah itu ) adalah kefasikan. [QS:5:3]

Kami juga tidak memakan babi kerana sebab-sebab kemuliaan, agama dan kesihatan.

Buat Keputusan Kerana Anak/Menantu?

C-bOk terbaca catatan ini di dalam blog Cuit Sikit. Kalau betul, maka susah lah kita. C-bOk pun nak kahwin dengan anak Perdana Menteri jugaklah. Tapi dia dah tak ada anak perempuan. Camno...?

Monday, April 14, 2008

Pak Lah Mahu Kekal!

Berita Harian/Berita Mutakhir (14 April 2008)
Saya akan pertahan jawatan Presiden Umno: Abdullah

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata beliau akan mempertahankan jawatan Presiden Umno pada pemilihan parti, Disember ini. Presiden Umno itu juga berkata, tiada sebab beliau tidak mempertahankan jawatannya sebagai Presiden parti Disember ini. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas perjumpaan khas dengan semua wakil rakyat Barisan Nasional (BN), di PWTC, di sini, petang ini.

Katanya, pada masa sama beliau dan timbalannya, Datuk Seri Najib Razak akan merangka langkah peralihan kuasa yang licin. "Peralihan kuasa ini nanti akan dilakukan apabila Umno kembali kukuh," katanya sambil enggan mendedahkan tempoh masa khusus diberi untuk proses peralihan itu.

Apa pandangan pembaca/pembahas blog semua?
...C-bOk.

NST Guna Pembangkang Untuk Belasah Tun Dr. Mahathir?

Update 15 April 2008:

Utusan Malaysia bertarikh 15 April 2008 menyiarkan laporan Bernama yang memetik kenyataan Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Al Habshee yang membidas sebuah akhbar tempatan berbahasa Inggeris kerana menyiarkan laporan anggota parti pembangkang memperlekehkan bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad.

C-bOk yakin, Datuk Syed Ali Al-Habshee merujuk kepada akhbar New Straits Times.

Cuba baca akhbar New Straits Times hari ini (Isnin, 14 April 2008). Cuba tengok mukasurat depan dan juga mukasurat 6.

Jarang sekali tokoh-tokoh pembangkang mendapat liputan di mukasurat depan dan liputan yang agak komprehensif. Kalau ada pun selalunya di mukasurat dalam dan dengan lapuran yang berbentuk "summary". Walaubagaimanapun, NST memberi liputan yang agak menyeluruh kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Karpal Singh dan anaknya Gobind Sing Deo.

Intipati kepada laporan itu ialah ulasan serta tuduhan mereka yang mengatakan Tun Dr. Mahathir adalah seorang "joker" (pelawak). Kenyataan yang sama tidak diterbitkan di dalam mana-mana akhbar yang lain kecuali NST. C-bOk kurang senang dengan penerbitan artikel ini memandangkan Tun Dr. Mahathir adalah negarawan ulung yang pernah mempimpin negara selama 22 tahun. Membelasah Tun Dr. Mahathir dengan "menggunakan" tokoh parti pembangkang sungguh tidak "gentleman".

Apakah motif NST dengan menyiarkan kenyataan ini?

Wednesday, April 09, 2008

Kandang Babi Di Sepang (2)

Semalam C-bOk ada membangkitkan tentang projek kandang babi bernilai RM100 juta yang diumumkan (dengan bangganya) oleh Y.B Teresa Kok melalui blog beliau dan seterusnya menjadi polemik serta cakap-cakap politik seluruh negara. Tulisan C-bOk mengundang beberapa komen. Alam blogger juga bergegar dengan isu ini.

Dari pemerhatian C-bOk:

i. Mulanya kerajaan baru Selangor seolah-olah cuba menjadi jaguh projek ini dengan mengakui bahawa ianya dibincang dan diluluskan oleh mesyuarat Exco Kerajaan negeri pertamanya. YB Teresa kemudian mencatatkan kelulusan ini di dalam blognya menunjukkan betapa "open minded" Kerajaan baru ini;

ii. Kepimpinan PAS pula melalui kenyataan ADUN-ADUN Selangor menyatakan tidak ada salahnya untuk meneruskan projek ini kerana di Selangor sudah ada kilang arak terbesar di Asia dan ianya untuk orang-orang bukan Islam (menghalalkan cara..?);

iii. Menyedari wujud bangkangan dan rasa tidak senang di kalangan orang-orang Melayu/Islam Selangor dan juga bukan Melayu, pejabat MB mengeluarkan kenyataan bahawa projek ini diluluskan oleh Kerajaan terdahulu. Kenyataan ini meletakkan kesalahan itu di tangan Kerajaan Barisan Nasional sebelum PRU12.

Kenyataan ini pun dikeluarkan selepas keluar beberapa kenyataan yang bercanggah di antara kepimpinan negeri. Ada yang kata dah lulus, ada yang kata belum lulus, ada yang kata nak kaji dan sebagainya.

C-bOk cuma berharap Kerajaan baru dan penyokong-penyokongnya segera membuat ketetapan dan selaras dengan prinsip mereka khususnya PAS. Dulu bukan main lagi hentam kilang arak di Shah Alam. Kini bila sudah berkuasa, kilang arak itu dijadikan alasan untuk menghalalkan pembukaan ladang babi di Sepang pula.

Kalau sensitif dengan perkara ini, apa salahnya setidak-tidaknya Kerajaan baru ini tangguhkan projek ini dan buat kajian dahulu? ....atau takut dengan .......???

Tuesday, April 08, 2008

Kandang Babi di Sepang: Hadiah Untuk Rakyat Selangor?

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan Perindustrian dan Perladangan Selangor, Y.B. Teresa Kok di dalam blognya menyatakan bahawa Kerajaan negeri Selangor telah meluluskan projek untuk mendirikan ladang babi bernilai RM100 juta. Menurut beliau, keputusan tersebut dibuat di dalam mesyuarat exco Kerajaan negeri Selangor pada hari Rabu (2 April 2008) yang lalu. Perkara ini dilapurkan di dalam akhbar Utusan Malaysia bertarikh 7 April 2008 (mukasurat 15).

Kemudian keluar pula kenyataan daripada Y.B. Yaakob Sapari, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan yang menyatakan rancangan ini sebenarnya masih dalam peringkat penelitian Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) dan belum diluluskan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Kenyataan beliau dipetik daripada akhbar Sinar Harian bertarikh 8 April, 2008. Ianya dilapurkan di muka depan akhbar berkenaan.

Kedua-dua kenyataan ini menunjukkan percanggahan. Bagaimana dua orang exco yang duduk di dalam mesyuarat exco yang sama boleh bercanggah pendapat? Tidak ada persefahaman?

C-bOk kurang senang dengan pendekatan kerajaan baru Selangor yang (sekiranya betul telah diluluskan) tidak sensitif dengan agama Islam sebagai agama rasmi negara dan negeri. Kalau ya pun hendak meluluskan projek, tidak bolehkah mereka mengutamakan hal-hal lain dahulu? Kenapa projek babi ini pula yang diberikan keutamaan seolah-olah inilah projek penting pertama yang dibincang dan diluluskan oleh kerajaan baru pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim? Walaupun apa pun alasan mereka, Kerajaan negeri seolah-olah menggambarkan isu kandang babi ini menjadi keutamaan dan meluluskan projek ini seolah-olah hadiah kepada rakyat negeri Selangor selepas meletakkan mereka sebagai kerajaan baru negeri.

Monday, April 07, 2008

Sabotaj?

Satu taklimat khas diadakan kepada 1,000 orang ketua penerangan UMNO di PWTC. Amanat khas Presiden ini diadakan pada hari Ahad, 6hb. April 2008.

Berdasarkan kepada laporan akhbar (Main stream Media), semuanya melaporkan kenyataan Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri bahawa kemerosotan sokongan/kekalahan UMNO dan Barisan Nasional adalah kerana perbuatan sabotaj! Ini adalah satu tuduhan yang berat. Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri perlu membuktikan tuduhan itu dan seterusnya mengambil tindakan terhadap mereka yang mensabotaj parti.


Seterusnya kita perlu juga melihat kenapa mereka mengambil tindakan untuk mensabotaj parti. C-bOk ada jawapannya. Ramai kawan-kawan yang beralih arah kerana mempunyai persepsi tertentu terhadap kepimpinan yang nampak arrogant, tidak bermaya, yes-man, takut, tidak ada wawasan, rasuah, menganiaya dan sebagainya.


Namun, C-bOk sungguh terkejut kerana berdasarkan kepada laporan MSM - semuanya orang lain yang salah. Yang tidak salah adalah....... (malas nak cakap la)

Friday, April 04, 2008

Mana Jean Abdullah?


Kemaskini/Updated: 7 April 2008 (9.28 am)

Teka teki sudah terjawab. Datin Sri Jean Abdullah sakit kaki. Kena buat pembedahan kecil di tumitnya dan oleh kerana itu tidak boleh hadir ke majlis-majlis rasmi yang diadakan. Beliau juga tidak mengandung.

C-bOk berpendapat alangkah eloknya sekiranya maklumat ini dimaklumkan terlebih dahulu melalui siaran media untuk mengelakkan sebarang khabar angin.

Ke mana menghilangnya isteri Perdana Menteri, Jean Abdullah? Sudah lama tidak kelihatan di khalayak ramai?

Segmen Khas Blogger di RTM

Kementerian Penerangan akan mewujudkan satu segmen khas berita setiap hari Ahad bagi membolehkan penulis-penulis blog memberikan pendapat berkaitan dengan pelbagai isu. Program ini akan bermula pada 20 April 2008 dan disiarkan secara langsung menerusi RTM 1 sebagai salah satu segmen dalam Warta Perdana.

C-bOk tabik dengan Menteri Penerangan yang baru, YB Datuk Ahmad Shabery Chik kerana berani membuat keputusan ini. Menteri terdahulu mengistiharkan perang terhadap blogger dengan memanggil blogger sebagai "goblok" dan sebagainya. Langkah ini pasti akan membuka ruang kepada media alternatif untuk terus bercambah dan menyumbang kepada pembangunan negara.

Namun C-bOk harap, hanya blogger tulin yang akan dipanggil untuk menjadi tetamu di segmen ini. Takut nanti ada pula "goblok-goblok politikus gagal" yang melihat ini satu peluang untuk menonjolkan diri dan membuat "blog segera" untuk mendapat ruang di segmen ini. Manalah tahu.., tiba-tiba Datuk Zam Mydin buat blog pulak....

Thursday, April 03, 2008

Boikot Produk Dari Belanda

Ramai sudah tahu dengan tindakan seorang ahli Parlimen Belanda, Geert Wilders yang menerbitkan filem menghina Al-Quran dan Islam. Perlakuan "sadist" ini mengundang pelbagai reaksi dari seluruh dunia. Ada yang buat tunjuk perasaan, hantar memorandum,bakar bendera dan sebagainya. Namun C-bOk rasa tindakan yang paling memberi kesan ialah dengan memboikot semua produk-produk/jenama dari Belanda sehinggalah Geert Wilders dan negara berkenaan memohon maaf secara terbuka kepada seluruh masyarakat Islam sedunia. Antara produk/jenama dari Belanda yang ada dipasaran adalah:

* Breeze * Dutch Lady * Dove * ING * Kjeldsens * Lipton * Lux * Phillips * Planta * Rexona * Shell * Sunlight * Sunsilk * Wall's

Kalau kita perhatikan produk dan jenama di atas, bukannya kita tidak ada jenama produk kita sendiri. Contohnya minyak kereta kita ada Petronas, teh kita ada Teh Boh, sabun kita ada jenama Fab. Kita tidak miskin dengan produk dan sebenarnya produk kita lebih bermutu dan harganya pun murah.

Oleh itu, C-bOk rasa tidak ada ruginya kita memboikot produk-produk ini dan menggunakan produk keluaran negara kita sendiri. Sewajarnya kita mengajar sedikit mat salih sadist ini bahawa kita bukanlah manusia kelas murahan yang boleh dilabelkan sebagai pengganas semata-mata kerana kita Islam.

Wednesday, April 02, 2008

Kenyataan Yang Wajar Difikirkan Bersama

Berikut adalah beberapa kenyataan yang wajar difikirkan bersama oleh orang-orang Melayu, khususnya ahli-ahli UMNO. Hanya dengan kesediaan untuk muhasabah diri barulah kita mampu untuk membina semula kekuatan ketuanan Melayu di tanah air tercinta ini:

“Golongan muda, terutama yang berpendidikan kini menjadi tersisih dan menjauhi UMNO”. Datuk Mukhriz Tun Mahathir, Ahli Parlimen, Jerlun

Mukhriz juga mengulas apa yang terjadi kepada UMNO hari ini ialah akibat pemimpin UMNO ada ‘Budaya Takut’; “Takut hilang jawatan, takut hilang kontrak, takut tidak mendapat sokongan Kepimpinan”. Datuk Mukhriz Tun Mahathir, Ahli Parlimen Jerlun

“UMNO dipimpin oleh ramai yang suka ‘mengangguk”. Dr. Haji Mohd. Fuad Zarkashi, Ahli Parlimen, Batu Pahat

C-bOk pada dasarnya melihat ada kredibiliti kepada kenyataan-kenyataan di atas. Sebagai seorang pemerhati dan tidak aktif di dalam politik, C-bOk berpendapat, suara orang ramai/rakyat tidak diambil berat oleh pihak-pihak yang berkuasa. Ini bukan sahaja di peringkat kepimpinan tertinggi, tetapi berlaku juga di peringkat kepimpinan kecil (kawasan dan bahagian).

C-bOk berharap semua ahli UMNO dan orang Melayu segera mencari satu titik penyelesaian ke atas kemelut umpama "api dalam sekam" yang berlaku sekarang ini.

Tuesday, April 01, 2008

Zam Mydin!

"Zam: Dr. M to blame, too"

Datuk Seri Zainudin Mydin mengatakan bahawa Tun Dr. Mahathir juga bertanggungjawab terhadap prestasi buruk UMNO dan BN dalam PRU ke 12 baru-baru ini. Pendapat itu adalah berdasarkan "His credibility influenced people to believeing what he said". (statement dalam bahasa Inggeris ini di terjemahkan oleh penulis akhbar The Star edisi 31 March. Kalau Datuk Zam bercakap dalam bahasa Inggeris, kenyataannya mungkin tidak sebagus ini dari segi grammarnya)

Soalnya, sudah tahu yang Tun Dr. Mahathir mempunyai "kreadibiliti", kenapa yang hang pergi asak dia sampai ke dinding? Bukan hang saja, kuncu-kuncu hang, pak pencacai hang, tukang kipas hang, dari atas sampai ke bawah. Semuanya pakat pi belasah TDM. Yang ada ciri-ciri nak sokong pandangan TDM semuanya kena cantas.

Sepatutnya, sudah tahu yang TDM tu ada kredibiliti, gunakanlah kelebihan beliau untuk memastikan sokongan berterusan kepada UMNO/BN. Bukannya dengan cara meletakkan TDM setaraf dengan "pariah politik". Pandangan beliau tidak semestinya kritikan membuat tuli. Sebagai orang lama UMNO/BN banyak pandangannya yang bagi pandangan orang ramai/rakyat, masih relevan dan evergreen. Dengan menolak sama sekali pandangan TDM, maka Zam dan orang-orang yang seangkatan dengannya menidakkan tahap pemikiran dan IQ rakyat yang lebih tinggi daripada dia/mereka.

Itu pun tak faham...

Saturday, March 29, 2008

Air Percuma Untuk Rakyat Selangor

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam satu kenyataan mengumumkan bahawa rakyat negeri Selangor akan mendapat 20 meter padu air percuma mulai 1 Jun 2008 ini. (Cadangan asal pada 1 April 2008).

C-bOk duduk di Selangor dan ternanti-nanti perkara ini menjadi realiti. Namun, secara objektifnya, kita janganlah dibuai oleh mimpi-mimpi indah hanya kerana semata-mata dapat 20 meter padu air percuma. Kalau kerana air free ini kita sudah alpa, maka jiwa kita boleh dibeli dengan harga yang murah. Banyak lagi yang perlu dibuat dan direalisasikan oleh Kerajaan baru ini.

Sebagai rakyat dan "raja sebenar" yang menentukan siapa yang akan bekerja untuk kita, pastikan sesiapa sahaja, tidak kira dari parti mana, bahawa mereka ada di kerusi ADUN atau MP sebagai tiket sementara untuk mereka berkhidmat kepada kita - bukan nak berlagak sebagai raja sehingga lupa daratan sebagaimana yang berlaku sebelum ini sehingga mampu untuk mengeluarkan kata-kata bongkak memperkecil-kecilkan segolongan manusia (seorang Menteri pernah mengeluarkan kenyataan menghina bloggers).

Pemilihan UMNO 2008

Keputusan untuk tidak menangguhkan pemilihan kepimpinan UMNO sebagaimana yang diharapkan oleh beberapa pihak sebelum ini merupakan satu keputusan bijak yang dibuat oleh Majlis Tertinggi UMNO di dalam mesyuarat mereka pada hari Khamis yang lalu.

Keputusan tersebut membayangkan bahawa adanya kesedaran bahawa itulah yang diinginkan oleh penyokong-penyokong parti. Malahan beberapa tokoh seperti Menteri Besar Negeri Sembilan dan Ketua Puteri menyatakan secara terang bahawa pemilihan perlu diteruskan dalam tahun ini juga.

Walaubagaimanapun, keputusan in perlulah diterjemahkan kepada semangat demokrasi yang tinggi di dalam kepimpinan UMNO itu sendiri. Usaha untuk membina semula kepimpinan perlu dilakukan dengan jelas dan tersusun, umpama "menarik benang di dalam tepung". Memang ada ramai tokoh yang tidak relevan, yang tidak menunjukkan prestasi yang diharapkan, yang "yes man" yang pondan dan yang "blur". Eloklah mereka ini meletakkan jawatan dan memberi peluang kepada orang-orang lain yang lebih layak untuk memimpin UMNO dan seterusnya memacu semula kepimpinan negara di Tanah Melayu tercinta ini.

Wednesday, March 26, 2008

Jangan Tangguh Pemilihan Kepimpinan UMNO

Datuk Mukhriz menggesa/merayu agar pemilihan kepimpinan UMNO yang dijadualkan pada pertengahan tahun ini tidak ditangguhkan. Sebaliknya ianya perlu dilaksanakan mengikut jadual.

Manakala pemimpin-pemimpin lain pula menggesa agar pemilihan itu ditangguhkan. Ramai juga yang tidak bersuara. Senyap dan kelu lidah untuk berkata.

Cadangan Datuk Mukhriz itu wajar dipertimbangkan. Namun seperti biasa, hanya beliau yang mampu bersuara menyuarakan apa yang sepatutnya dilakukan oleh UMNO, manakala yang lain langsung tidak berminat untuk menentukan "arah yang betul" untuk UMNO dan orang melayu. Mereka ini samada takut, tak minat atau langsung tak ambil peduli dengan survival orang melayu di negara ini.

Rata-rata, khususnya yang memegang jawatan parti marasakan inilah masanya untuk mendapat "lifeline" untuk beberapa bulan lagi dengan alasan untuk membina semula UMNO. C-bOk rasa, kalau nak bina semula UMNO tidak semestinya dengan membatalkan pemilihan. Proses pemiliham itu juga adalah salah satu proses pembinaan semula UMNO. Kalau ahli rasa kepimpinan sekarang perlu kekal, maka kekallah mereka sebagai pemimpin. Namun kalau ahli mahu menukar, maka pemimpin terimalah kenyataan.

Dengan menangguhkan pemilihan, rasa-rasanya gelodak hati ahli akan semakin membara. Takut nanti ada pula yang jatuh macam "nangka masak" - (sekadar memetik perumpamaan Datuk Sri Dr. Rais Yatim - ahli Parlimen Jelebu/kawasan C-bOk)

Memastikan Kepimpinan Melayu/UMNO Terus Relevan

Bagaimana hendak memastikan kepimpinan Melayu/UMNO terus relevan?

  1. Pemimpin mesti bersedia dan mampu untuk menyuarakan kebenaran;
  2. Prinsip kipas/bodek perlu dikikis dari kepimpinan Melayu;
  3. Kepimpinan "pondan" tidak perlu dipilih untuk menjadi pemimpin;
  4. Libatkan profesional dan Melayu berpendidikan di setiap aktiviti (bukan 5 tahun sekali apabila hendak mengundi - seperti di Kelantan);
  5. Pilih pemimpin yang layak, bukan yang popular;
  6. Tolak pemimpin yang rasuah;
  7. Utamakan ketuanan Melayu keseluruhannya, bukan individu;
  8. Melayu perlu muhasabah diri!!

Dan yang paling penting: Jangan Derhaka!!

Monday, March 24, 2008

Kurang Ajar?

C-bOk rasa kurang senang dengan perkembangan terkini yang melibatkan istana, UMNO dan pemimpin berkaitan. Di manakah pemisahan kuasa di antara istana, eksekutif dan kehakiman di dalam hal ini?

Adakah orang yang melawan arahan istana bersikap kurang ajar dan menderhaka kepada raja? Bagaimana dengan kedudukan institusi kehakiman di dalam membuat interpretasi terhadap Perlembagaan yang berkaitan? Memihak kepada siapa? Keadaan nampak sungguh kusut!!

Saturday, March 22, 2008

Proton Waja Baru?


Penat dah cerita pasal politik. Rehat sikit. Ini gambar Proton Waja MC3 yang "mungkin" sedang dibangunkan oleh Proton. Model ini adalah model upgrade dari model sedia ada. Maklumat lanjut boleh diperolehi di sini.

Friday, March 21, 2008

Rafidah Aziz Tidak Puas Hati? (2)

Sidang akhbar Datuk Sri Rafidah Aziz telah pun berlalu. Menurut laporan akhbar, kehadiran pemberita yang membuat liputan sidang akhbar berkenaan lebih ramai daripada biasa. Tentu ramai yang menjangkakan Datuk Sri Rafidah akan meletakkan jawatan.

Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya. Beliau bukan sahaja tidak meletakkan jawatan tetapi menerima dengan "hati terbuka" senarai kabinet baru yang tidak menyenaraikan beliau dan juga mana-mana kepimpinan tertinggi wanita UMNO. Beliau juga berhasrat untuk terus kekal mengetaui wanita UMNO selagi diperlukan.

C-bOk pernah berkerja dengan Datuk Seri Rafidah Aziz. Gaya percakapan dan "body language"nya menunjukkan yang beliau "marah".

P/S:
Beliau juga mengesahkan yang beliau ada menulis surat kepada Perdana Menteri selepas PRU ke 12 baru-baru ini. Walaubagaimana pun beliau tidak mengumumkan isi surat tersebut. Pasti ramai yang berminat untuk mengetahui inti pati surat tersebut.

Wednesday, March 19, 2008

Rafidah Aziz Tidak Puas Hati?

Pengumuman Kabinet oleh Perdana Menteri semalam tidak menamakan mana-mana wakil kepimpinan tertinggi Wanita UMNO di dalam Kabinet. Tidak ada seorang pun. Azalina Othman yang dikekalkan bukan wakil Wanita UMNO. Beliau tidak duduk di dalam exco pergerakan Wanita UMNO. Shahrizat pula dilantik sebagai penasihat bertaraf Menteri kepada PM berkaitan dengan hal ehwal wanita. Tetapi lantikan itu dibuat pada sebelah petang selepas timbul rasa "tidak puas hati" di kalangan Wanita UMNO.

Situasi ini nampak janggal kerana selama ini, wanitalah yang menjadi tunggak kepada kejayaan UMNO. Merekalah yang bergerak dari rumah ke rumah untuk memastikan sokongan orang Melayu kepada UMNO dan Barisan Nasional.

Ada cerita-cerita khususnya di dalam blog yang Rafidah tidak puas hati dengan perkara ini. Ada juga cerita mengatakan beliau digugurkan kerana memberi 17 sebab kenapa BN ditolak rakyat dalam PRU ke 12 baru-baru ini. Adakah ini sebabnya beliau dan kepimpinan tertinggi wanita dipinggirkan?

Untuk rekod, Rafidah adalah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang paling lama berkhidmat didunia.

Terkini:
Datuk Seri Rafidah akan membuat kenyataan rasmi/sidang akhbar berkaitan dengan perkara ini hari ini (19.3.2008) jam 2.30 petang di pejabat beliau (MITI, Jalan Duta).

3.45 pm:
Datuk Seri Rafidah dalam sidang akhbarnya menyatakan bahawa beliau akan kekal menerajui Pergerakan Wanita UMNO. Beliau berhasrat untuk menyusun dan memperkuatkan pergerakan berkenaan.

Monday, March 17, 2008

Pas' proposal for Islamic govt irks DAP veteran

NST: 17 March 2008
Pas' proposal for Islamic govt irks DAP veteran

Berita ini dipetik daripada akhbar NST. Nampaknya PAS dan DAP adalah masalah besar daripada segi persefahaman berkaitan dengan agama Islam. C-bOk berharap rakyat berhati-hati di dalam hal-hal yang berkaitan dengan kedaulatan agama Islam di negara ini.

GEORGE TOWN: The DAP has expressed shock and anger over Pas' proposal to form an Islamic federal government.

DAP life adviser Dr Chen Man Hin said the party would not agree or co-operate with Pas should they insist on forming an Islamic government at the federal level."This is not part of our understanding. It will be no-go for the DAP if they do that. We will surely not accept it."Their proposal has left a big question mark over our future co-operation," a visibly upset Dr Chen said while angrily pushing aside a newspaper article on the Pas proposal.Dr Chen, who was at the day-long DAP national leadership convention, said the party decided to co-operate with Pas because of its intention to convert Malaysia into a welfare state.

"But look at what they are saying now," he said when asked to comment on Pas vice-president Datuk Husam Musa's statement that Pas was confident it could soon set up an Islamic form of government at the federal level.Husam had said there was growing support among the Chinese and Indians for the party's political struggle.

Dr Chen said the DAP would be discussing the matter soon."While I would like to leave this matter alone at this moment, I think the party will need to seek clarification on this."Right now, we do not know whether it is Husam's personal view or the party's."Parti Keadilan Rakyat vice-president Sivarasa Rasia also expressed surprise at Husam's statement."I have looked at the latest manifesto of Pas and there is nothing stated about an Islamic government."

Friday, March 14, 2008

Kurang Ajar

DAP bersikap biadap dan kurang ajar apabila menyentuh hal-hal yang berkaitan dengan Kedaulatan Raja-Raja, Ketuanan Melayu dan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Jangan keterlaluan di dalam membawa perubahan kepimpinan dan polisi. Orang Melayu jangan jadi barua kepada usaha terancang untuk menafikan hak pribumi ke atas tanah air ini!

Thursday, March 13, 2008

Jangan Lantik Menteri Kalah

C-bOk rasa kenyataan naib Presiden UMNO semalam berkaitan dengan pembentukan kabinet baru yang dijangkakan dalam masa yang terdekat ini wajar diberi perhatian oleh YAB Perdana Menteri dengan serious. Menteri-Menteri yang kalah janganlah dilantik semula, hatta dilantik melalui jalan pintu belakang (senator). C-bOk juga berharap PM segera mengatasi masalah persepsi terhadap beberapa tokoh yang jika tidak diatasi segera dan dilantik pula ke dalam kabinet akan membawa masalah kepada parti dan Kerajaan.

PUTRAJAYA 12 Mac – Menteri-menteri yang kalah dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 tidak seharusnya dilantik semula menganggotai Kabinet, kata Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau berkata, langkah itu perlu diambil bagi mengelakkan timbul tanggapan negatif daripada rakyat bahawa Kabinet kerajaan Barisan Nasional (BN) kelak dibarisi ‘Jemaah Menteri yang kalah’.

Muhyiddin menegaskan, menteri-menteri yang kalah hendaklah akur dengan suara rakyat yang menolak mereka secara demokrasi dalam pilihan raya umum baru-baru ini. ‘‘Tidak payahlah dilantik semula. Nanti akan timbul persepsi rakyat macam tidak ada orang lain. ‘‘Saya bukan bercakap sebab mentang-mentanglah saya menang, tetapi kerana parti perlu ada imej yang kuat. ‘‘Biarlah (Datuk Seri) Shahrizat (Abdul Jalil) tidak puas hati, hari ini saya baca laporan ada NGO India mahu Datuk Seri S. Samy Vellu dilantik Senator. “Ini bukan soal Kementerian Kerja Raya. Ini sebenarnya soal pilihan raya, hak rakyat tolak Samy Vellu,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Muhyiddin berkata, kesediaan menteri-menteri yang kalah menerima hakikat itu dapat mengurangkan tekanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mahu membentuk Kabinet yang bertekad mendapatkan semula keyakinan rakyat selepas pencapaian buruk BN dalam pilihan raya 8 Mac lalu.

Sementara itu, bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Mohamed Rahmat berkata, calon-calon kalah perlu menghormati keputusan rakyat yang menolak mereka. ‘‘Saya fikir tidak perlu bawa calon kalah ke dalam Kabinet. Jangan buat perkara yang boleh menyakitkan hati rakyat,’’ katanya. Veteran UMNO, Tan Sri Aishah Ghani pula berkata, calon-calon BN kalah yang mengeruhkan lagi keadaan dan sepatutnya perlu berundur.

‘‘Keadaan telah berubah banyak, kemenangan BN tidak sampai pun dua pertiga majoriti, kita perlu bermuhasabah diri,’’ tegasnya. Seorang lagi veteran UMNO, Tan Sri Sabaruddin Chik menasihatkan bekas anggota Kabinet yang kalah supaya berehat sebelum memikirkan semula untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

Wednesday, March 12, 2008

Orang Melayu!!

Ya! Rakyat sudah bersuara. C-bOk yakin message yang hendak disampaikan oleh rakyat sudah sampai kepada kepimpinan negara. Suka atau tidak kepimpinan perlu menerima hakikat tentang perkara-perkara yang rakyat suka atau tidak.

Pak Lah telah pun mengangkat sumpah jawatan PM. Samada kita suka atau tidak, beliau telah pun sah sebagai Perdana Menteri kita. Sekarang adalah masanya untuk kita melihat kepada realiti. Orang-orang Melayu perlu segera bermuhasabah diri. Fikirkan realiti terkini. Kepimpinan negara diperintah dengan majoroti 140 kerusi Parlimen. Bakinya di tangan pembangkang.

Ya! Sesiapa sahaja boleh memerintah. Namun sekiranya berlaku sesuatu perkara dan beralih kepimpinan negara ke tangan pembangkang, siapakah yang akan menjadi Perdana Menteri kita? Memang kita marah dan ramai yang menterjemahkan kemarahan itu kepada undi semasa PRU 12 dahulu. Namun, C-bOk harap kita tidak jadi orang Melayu yang "menang sorak kampung tergadai".

Fikirkan realiti semasa dan segera rapatkan barisan.

Tuesday, March 11, 2008

Pak Lah Angkat Sumpah PM

Pak Lah sudah mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kelima untuk penggal yang kedua di hadapan DYMM Seri Paduka baginda Yang Di Pertuan Agong di Istana Negara.

Memang beliau layak untuk memegang jawatan tersebut oleh kerana BN terus kekal memerintah dengan memperolehi majoriti di Parlimen (140 kerusi) dan beliau masih lagi Presiden kepada parti UMNO yang merupakan tunggak kepada senario politik negara.

PRU ke 12 sememangnya mengejutkan. Kepimpinan Melayu tergugat dengan jatuhnya beberapa buah negeri ke tangan pembangkang. Suara-suara menyeru Pak lah untuk meletakkan jawatan kedengaran di sana sini. Tun Dr. Mahathir tidak segan silu membuat kenyataan terbuka melalui sidang akhbar di rumah beliau menyeru perletakan jawatan Pak Lah sebagai PM. Para pemerhati politik khususnya para blogger dan perayap blog turut membuat tuntutan yang sama. Ada yang secara terang-terang, namun ramai juga yang bersembunyi di sebalik nama samaran/anonymus.

Hanya Pak Lah dan kepimpinan UMNO sahaja yang berhak membuat keputusan tentang kedudukan beliau sebagai pemimpin UMNO dan juga negara. Sekiranya UMNO masih mahu beliau kekal sebagai pemimpin, maka orang luar tidak dapat berbuat apa-apa. Kini beliau sudah pun mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri dan nampaknya yakin untuk meneruskan kepimpinan beliau. Oleh itu, orang-orang Melayu perlu segera bersatu untuk memastikan kepimpinan Melayu di negara ini terus teguh.

Namun, kepimpinan Melayu di negara ini tidak setakat mengangkat sumpah jawatan sahaja. Message yang disampaikan oleh rakyat melalui PRU ke 12 perlu diterjemahkan dengan teliti dan di ambil tindakan segera. Pak Lah, UMNO dan semua kepimpinan Melayu dan Barisan Nasional perlu segera berhubung dengan rakyat "secara terus" tanpa melalui media dan melihat kegusaran mereka. Perkara-perkara pokok yang membuatkan rakyat beralih arah. Tentu tidak sukar untuk mendapatkan maklumat-maklumat ini. Dengan melayari blog-blog yang tumbuh bagai cendawan, dengan mudah kepimpinan negara boleh melihat apa yang menjadi kegusaran rakyat. Jangan dihiraukan kata-kata pujian, namun fokus kepada komen dan teguran khususnya yang membina.

Banyak isu seperti harga barang, tol, kronisme, persepsi terhadap KJ, kelembapan membuat keputusan dan sebagainya adalah isu-isu pokok yang menggusarkan pengundi/rakyat. Tentulah isu-isu ini tidak sukar untuk di atasi.

C-bOk berharap kepimpinan baru negara melihat blogger dan mereka yang memberi komen/pandangan sebagai mereka yang sayangkan parti dan bukannya mereka yang anti parti. Jangan ulangi kesilapan lalu.

Nota kaki: Gambar diambil daripada Berita Harian.

Monday, March 10, 2008

No. 13 Tak Ong?

Parlimen dibubarkan pada 13 Februari 2008.
Kempen pilihanraya dijalankan selama 13 hari (24 Feb - 7 March 2008)

Ketika pengumuman berkaitan dengan pembubaran Parlimen dan pilihanraya ramai yang telah meneka dengan tepat (too predictable) tentang kaitan nombor 13 ini dengan PM. Nombor 13 ini adalah nombor kegemaran PM.

Namun nampaknya angka 13 tidak memberi ong kepada beliau dan juga Barisan Nasional. Nombor 13 ini kalau dicampurkan 1 + 3 = 4. Angka 4 bukanlah satu angka yang disukai oleh orang-orang Cina kerana membawa maksud mati. Mungkin pakar-pakar feng-shui dalam MCA dan Gerakan perlu memberi nasihat yang sewajarnya kepada PM berkaitan dengan nombor ini.

Hmmm....

Soal Perletakan Jawatan

"Saya tidak akan meletakkan jawatan kerana tidak merasa tertekan" - Abdullah Badawi.

Pak Lah berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di Seri Perdana selepas kembali daripada mengadap DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong. Ini adalah reaksi beliau selepas "ditekan" oleh mantan Perdana Menteri. Jadi, Pak Lah tidak merasa tertekan dengan mana-mana pihak walaupun wajahnya daripada malam PRU 12 jelas nampak tertekan (tension). Jadi apakah tafsiran kita dengan kenyataan beliau itu? "State-of-denial" still?

Kepada pemimpin-pemimpin BN khususnya UMNO segeralah bermuhasabah diri. Penyokong itu tidak semestinya orang yang memuji-muji sahaja. Sokongan juga datang dalam bentuk kritikan dan pandangan. Mereka memberi pandangan dan kritikan kerana mereka sayang. Mereka adalah pemegang saham sebuah organisasi yang besar - UMNO/BN. Mereka berhak memberikan pandangan dan ulasan sebagai pemegang saham seperti juga dalam mana-mana organisasi besar yang lain.

Sekiranya pandangan itu baik dan bernas, seeloknya dipertimbangkan. Setidak-tidaknya beralaslah apabila berkata-kata atau mengulas pandangan/kritikan itu. Kerana 5 tahun dari sekarang orang-orang ini seperti C-bOk juga akan meletakkan tanda "X" itu lagi. Jadi bangunkan negara ini bersama-sama kami dan bukannya dengan dua tiga kerat orang yang berkata-kata manis dan memuji-muji sahaja.

Mencari Erti PRU-12

Rakyat sudah bersuara. Suara keramat melalui peti undi sebagaimana lazimnya di sebuah negara demokrasi.

Terjemahan suara keramat itu menunjukkan 50.28% rakyat mahu mengekalkan status kuo dengan memberi mandat melalui majoriti mudah kepada Barisan Nasional untuk terus memerintah negara ini. Manakala 49.71% pula meletakkan kepercayaan mereka kepada Barisan Rakyat yang didokong oleh DAP, PAS dan PKR.

Dalam menterjemahkan hasrat rakyat ini, empat (4) buah negeri iaitu Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Perak telah berpindah kepimpinan mereka kepada Barisan Rakyat (BR). Manakala Kelantan meneruskan kesinambungan kepimpinan PAS di negeri serambi Mekah tersebut. Peralihan kuasa daripada BN kepada BR ini sememangnya tidak di sangka-sangka dan memeranjatkan ramai pihak termasuk kepimpinan BR sendiri.

Melalui senario baru ini, adalah wajar BN melihat semula sokongan semua rakyat yang beralih arah. Apakah message yang cuba disampaikan oleh rakyat? Adakah ini message yang berbentuk peringatan sementara atau pun rakyat sudah bersedia untuk beralih arah kepada BR? Apa pula sebab-sebab yang menyebabkan peralihan kepercayaan rakyat ini kepada BR yang boleh dikira gabungan longgar yang langsung tidak mempunyai pengalaman untuk memimpin sebuah negeri kecuali PAS di Kelantan?

Untuk mencari jawapan kepada persoalan-persoalan ini, kepimpinan BN perlu melihat "diri mereka sendiri". Jangan sekali-kali meletakkan kesalahan kepada rakyat yang telah meletakkan undi mereka kepada kepimpinan baru. Meletakkan kesalahan kepada rakyat menunjukkan sikap ego yang keterlaluan.

Rakyat bersuara kerana "diasak". Banyak isu yang perlu diberikan penelitian secara mikro oleh kepimpinan BN. Antaranya ialah:
  1. Kos sara hidup yang meningkat melalui kenaikan harga barangan, tol, minyak, dll;
  2. Persepsi membantu kroni melalui projek mega yang begitu ketara seperti PGCC dan Monsun Cup;
  3. Program pembangunan yang nampak tidak logik (NCER, ECER, WPI, etc). Rakyat tidak faham. Terlalu mega dan ambitious;
  4. Persepsi menaikkan keluarga di dalam hiraki politik/kepimpinan melalui "jalan belakang". Kepimpinan tidak bersuara terhadap isu ini. Tanpa komen/check and balance tentang isu ini menjadikan calon yang mendaki hiraki itu nampak arrogant, rakus dan sombong;
  5. Persepsi kempen pencegahan rasuah yang "hangat-hangat taik ayam". Heboh macam nak rak, lepas tu mati begitu sahaja;
  6. Peningkatan indeks jenayah dan rasa tidak selamat rakyat daripada kejadian-kejadian jenayah. Pencolekan, rompakan dan kerakusan along seolah-olah berleluasa;
  7. "Elegant silent" - tidak responsive kepada isu-isu yang dibangkitkan oleh masyarakat;
  8. "Kacang lupakan kulit";
  9. Pandangan akar umbi tidak penting;
  10. Media terlalu banyak melakukan "spinning";
  11. Menganggap pengundi khususnya Melayu tidak boleh berfikir. Suara yang menegur dicap sebagai "pembangkang" sedangkan teguran itu untuk kebaikan;

Kalau disenaraikan, mungkin lebih banyak lagi faktor-faktor yang boleh menjadi penyebab yang menyumbang kepada peralihan kepercayaan pengundi kepada BR. Namun kebangkitan semula BN di PRU ke 13 nanti adalah tertakluk kepada keupayaan kepimpinan untuk menterjemahkan message rakyat ini kepada tindakan-tindakan yang "memperbaiki keadaan".

Namun..., setakat ini belum nampak adanya "kesedaran menyeluruh" terhadap apa yang sedang mereka hadapi di kalangan kepimpinan tertinggi UMNO/BN apabila diminta memberi komen terhadap prestasi mereka. Ujian kedua ialah apabila Pak Lah menamakan barisan kabinetnya dalam masa beberapa hari nanti. Ada beberapa nama yang pasti akan menambah kudis kepada luka sekarang sekiranya dilantik untuk turut duduk dalam kabinet negara; hatta sebagai Timbalan Menteri atau Setiausaha Parlimen sekali pun.

Semoga wujud kesedaran di dalam kepimpinan UMNO/BN tentang realiti yang sedang mereka hadapi sekarang ini. Pemikiran rakyat tidak lagi sama dengan pemikiran lapuk mereka.

Friday, March 07, 2008

Mengundi Dengan Bijak


Esok, 8 March 2008.

Bagi orang Cina, esok adalah satu tarikh yang bagus. Ada 2 angka 8 dalam tarikh ini. Angka 8 begitu bermakna kepada orang Cina kerana ada "ong". Ong bermaksud keuntungan dan kekayaan. Esok juga adalah tarikh penting Pilihanraya Umum ke-12 Malaysia. Jadi semua calon yang akan bertanding esok pastinya menganggap angka 8 akan membawa kemenangan kepada mereka. Baik calon Kerajaan mahupun calon pembangkang.

Bagi kita pengundi juga perlu memastikan angka 8 ini akan menentukan masa depan kita akan cerah atau terus cerah dengan kepimpinan negara yang berwawasan serta mempunyai perancangan untuk memajukan negara.

Kita jangan terikut-ikut dengan orang lain. Kita kena berfikir dan menentukan sendiri nasib kita. Jangan kita undi semata-mata kerana calon itu pandai bercakap - kerana cakap sahaja tidak akan membawa kita ke mana-mana. [Orang politik sememangnya pandai bercakap]. Apa yang penting ialah keupayaan calon untuk merealisasikan segala cakap-cakap mereka ataupun perancangan mereka.

Kita jangan takut dengan orang politik. Mereka berada di sana kerana adanya undi kita. Kita kena letakkan undi kita kepada mereka yang boleh bekerja dan membawa kemakmuran kepada kita. Pastikan selepas mereka berjaya mereka terus sedar yang mereka mempunyai jangka hayat 5 tahun untuk merealisasikan harapan kita terhadap mereka. Mereka bekerja untuk kita.

Oleh itu, fikirkanlah dan tentukan undi anda diberikan kepada mereka yang berhak.

Monday, February 25, 2008

BN Menang 6 Kerusi Parlimen, Dua Kerusi Negeri Tanpa Bertanding

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) — Barisan Nasional (BN) mendahului parti-parti lain pada Pilihan Raya Umum kali ini apabila memenangi enam daripada 22 kerusi Parlimen dan dua daripada 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), tanpa bertanding selepas proses penamaan calon selesai hari ini.

Pembangkang memenangi satu kerusi negeri menerusi calon PAS, Wan Ubaidah Omar bagi kerusi DUN Kijang, Kelantan, tanpa bertanding apabila pencalonan wakil BN, Mustopha Ahmed ditolak kerana beliau muflis.

Pada pilihan raya umum 2004, BN menang 17 kerusi Parlimen dan 11 kerusi DUN tanpa bertanding manakala PAS menang tanpa bertanding kerusi DUN Senggarang di Johor.
Berdasarkan perkembangan ini, Pilihan Raya Umum 8 Mac ini bakal menyaksikan pertanding di 216 kerusi Parlimen dan 502 kerusi DUN.

BN menang di kawasan Parlimen Selangau, Kapit, Kanowit dan Tanjung Manis, kesemuanya di Sarawak, dan Kalabakan di Sabah serta Pengerang di Johor.

Calon-calon berkenaan ialah Joseph Entulu Belaun (Selangau), Alexander Nanta Linggi (Kapit), Aaron Ago Dagang (Kanowit), Norah Tun Rahman (Tanjung Manis), Datuk Seri Abdul Ghafur Salleh (Kalabakan) dan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Azalina Othman Said (Pengerang), yang juga menang kerusi itu tanpa bertanding pada 2004.

Pakatan 14 parti itu menang tanpa bertanding di kerusi DUN Bugaya di Sabah (Datuk Ramli Marahaban) dan Sementa di Selangor (Datuk Abdul Rahman Palil).
– BERNAMA

Monday, February 18, 2008

7 Menteri Tidak Bertanding?

Laporan The Star menyatakan tujuh (7) orang Menteri tidak akan bertanding di dalam PRU ke 12 ini. Yang pastinya Datuk Seri Lim Keng Yaik dan Datuk Seri Effendi Norwawi telah pun menyatakan hasrat mereka untuk bersara. Siapa lagi baki lima (5) orang Menteri tersebut? Pasti ramai Menteri yang merasa gusar dengan laporan ini.

Thursday, February 14, 2008

Hari Penamaan Calun dan Mengundi

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang bermesyuarat hari ini telah mengumumkan bahawa hari-hari penting PRU ke 12 ini adalah seperti berikut:

Penamaan Calun: 24 Februari 2008 (Ahad)
Mengundi: 8 March 2008 (Sabtu)

Wednesday, February 13, 2008

PRU ke 12: Rakyat Perlu Bijak

Parlimen telah dibubarkan. Kini kita tidak lagi berteka-teki bilakah tarikh keramat berkenaan akan diumumkan. Sekiranya dahulu asalkan buka mulut sahaja kita akan bertanya tentang tarikh tersebut, kini, atau setidak-tidaknya beberapa hari yang akan datang, pasti kita akan bercerita tentang siapa yang akan jadi calon dan di mana.

Calon kepimpinan datang dan pergi, namun hanya beberapa calon yang menjadi tumpuan ramai. Salah seorang daripadanya ialah Khairy Jamaludin (KJ), menantu kepada Perdana Menteri. Soal kelayakan bukannya isu, tetapi hubungan istimewa beliau menyebabkan beliau lebih popular daripada politikus veteran. Jadi calon salah, tak jadi calon pun salah.

Apa-apa pun, yang penting sekarang ialah bukan individu. Faktor utama ialah masa hadapan kita dan anak-anak kita. Keputusan perlulah kita buat dengan bijak. Jangan memilih kerana kita sukakan calon atau parti berkenaan. Kita perlu memilih berdasarkan kepada keupayaan parti dan calon berkenaan membawa perubahan dan kesejahteraan kepada kita. Calon dan parti mestilah memandang jauh ke hadapan. Mengutamakan negara dan meletakkan kepentingan diri sendiri di tahap paling belakang.

Semoga kita akan mendapat calon dan parti impian kita di PRU ke 12 ini. Pilihlah dengan bijak.

Sebenarnya Hari Ini

Selepas berteka-teki dan mengatakan "Parlimen tidak akan dibubarkan hari ini", Pak Lah mengumumkan yang Parlimen dibubarkan dalam satu sidang akhbar yang diadakan di pejabat beliau sebentar tadi.

Kejap ya, kejap tidak.

Apa-apa pun, selamat berkempen kepada calon-calon pilihanraya dan selamat mengundi kepada semua rakyat.

Bukan Hari Ini!

_________________________________________________________________

Berita Terkini:

Perdana Menteri telah membubarkan Parlimen dalam satu sidang akhbar yang dibuat oleh beliau sebentar tadi. 13.2.2008 / 12.39 tengahari....
_________________________________________________________________

Ramalan meleset. Ramai yang meramalkan Pak Lah akan membubarkan Parlimen hari ini (13 Februari 2008) sempena dengan nombor kegemaran beliau iaitu 13. Kalau C-bOk jadi Pak Lah pun, C-bOk tidak akan membubarkan Parlimen hari ini. Too predictable!

Tetapi petunjuk begitu banyak. Cuti sekolah dah dekat. Cuti Polis dibekukan. SPR dah sedia. Poster dan bendera dah naik. Malahan ada "calon" yang sudah naik bunting dan banner. Siap dengan gambar dan juga kawasan pertandingan mereka. Pak Lah pun makin romantik. Mungkinkah Parlimen dibubarkan esok (14 Februari 2008) sempena hari Valentine's Day?

Naahh..., to predictable...

Monday, February 11, 2008

Tan Sri Koh Tsu Koon

Tan Sri Koh Tsu Koon memang berani!

Beliau adalah satu-satunya pemimpin dari Barisan Nasional setakat ini yang telah dengan jelas menyatakan hasrat untuk bertanding di kerusi Parlimen dan seterusnya berpindah ke Kuala Lumpur/Persekutuan. Kenyataan beliau itu mendahului Perdana Menteri dan juga berlawanan dengan kenyataan bekas Presiden Gerakan yang kini Penasihat parti berkenaan, Datuk Seri Dr. Lim Keng Yaik yang mahukan beliau terus menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang.

Apabila beliau menyatakan "Persekutuan" dan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri adakah secara tidak langsung beliau turut menyatakan hasrat untuk menjadi Menteri juga?

Dari segi kelayakan sememangnya beliau layak untuk menjawat jawatan Menteri memandangkan beliau adalah pemimpin salah sebuah parti gabungan di dalam pakatan Barisan Nasional. Beliau juga menunjukkan kaliber sebagai pemimpin parti dan negeri yang pelbagai kaum. Namun, keputusan akhir adalah terletak di tangan Perdana Menteri sebagai ketua pakatan berkenaan.

Cuma C-bOk rasa agak celaru dengan kenyataan Perdana Menteri yang menyatakan seolah-olah Tan Sri Koh Tsu Koon tidak pandai membuat keputusan apabila beliau membuat kenyataan berikut:

"Jangan risau, kalau dia tak boleh buat keputusan, biar saya buat keputusan"

Sunday, February 10, 2008

HTC Shift

C-bOk adalah seorang peminat gadget. Apabila ada sahaja gadget yang baru di pasarkan, selalunya C-bOk akan turut sibuk melihat produk tersebut di pasaran. Selalunya Kompleks Lau Yat di Bukit Bintanglah yang menjadi destinasi C-bOk.

Namun tak pernah C-bOk menulis di blog ini berkaitan dengan gadget-gadget tersebut. Berbeza dengan gadget terbaru yang dikeluarkan oleh sebuah syarikat elektronik terkenal dari Taiwan - HTC. Syarikat ini terkenal dengan produk-produk yang sudah popular di mlaysia seperti O2 dan juga Dopod. C-bOk sendiri menggunakan O2 Atom - sebuah PDA yang begitu berkuasa untuk menguruskan aktiviti seharian.

Kini HTC memperkenalkan sebuah lagi produk yang begitu berkuasa yang dijangka akan berada di pasaran pada bila-bila masa sahaja dalam bulan Februari ini iaitu HTC Shift. Daripada penelitian C-bOk di laman-laman web yang telah menggunapakai (test drive) produk ini, ternyata ianya adalah PDA yang begitu berkuasa. Antara kelebihannya ialah:
  • Windows Vista Business
  • Outlook email
  • 7-inch touch screen
  • 3G dengan keupayaan HSDPA
  • Bluetooh dan Wi-Fi
  • USB 2.0
  • SIM card slot

Melihat kepada keupayaan di atas, pengguna boleh mengakses email dan juga internet pada bila-bila masa di mana sahaja tanpa perlu mencari lokasi hotspot. Asalkan ada capaian kepada rangkaian telefon (GSM, GPRS, EDGE) kita sudah boleh merayau laman web. Menyemak email juga kini boleh dilakukan di mana-mana sahaja dengan kemudahan Direct Push Outlook Email. begitu juga untuk membuat kerja-kerja pejabat melalui Windows Vista business. Pastinya gadget ini akan popular di kalangan penggemar-penggemar gadget khususnya yang perlu sentiasa berada "dekat" dengan maklumat.

Maklumat lanjut berkaitan dengan HTC Shift boleh diperolehi di sini.

Wednesday, February 06, 2008

Selamat Tahun Baru Cina

C-bOk ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut tahun baru cina kepada semua rakan-rakan berbangsa cina. Semoga tahun baru ini akan membawa keamanan dan kesejahteraan kepada kita semua.

Kepada rakan-rakan lain yang akan bercuti panjang sempena dengan sambutan tahun baru cina ini, C-bOk ingin mengucapkan selamat bercuti dan memandulah dengan cermat serta sentiasa berhati-hati di jalanraya.

Friday, February 01, 2008

Selamat Menyambut Hari Wilayah 2008

Kepada semua penduduk di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan saya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Wilayah Persekutuan. Sejak kemerdekaan negara, Malaysia semakin maju. Banyak kejayaan yang telah kita capai. Salah satu daripadanya ialah kewujudan bandaraya metropolitan Kuala Lumpur dan juga kerancakan pembangunan di Putrajaya dan Labuan.

Sewajarnya kita bersyukur dengan kemajuan dan kemakmuran yang telah kita capai. Pastinya kejayaan ini adalah atas usaha kita semua sebagai warga dan tenaga penggerak kota. Pertahankan kejayaan ini.

Selamat bercuti kepada semua warga Wilayah Persekutuan dan tahniah kepada mereka yang mendapat anugerah sempena dengan sambutan ini.

Wednesday, January 30, 2008

Buku Terbaru Tun M

Tun Mahathir telah melancarkan buku terbaru beliau. Buku ini bertajuk "Dr Mahathir's Selected Letters to World Leaders" merupakan surat-surat beliau kepada pemimpin-pemimpin dunia di mana beliau menyuarakan pandangan beliau dan rakyat Malaysia terhadap isu-isu yang menyentuh kepentingan kita dan negara.

Setiap rakyat Malaysia sepatutnya memiliki buku ini untuk melihat bagaimana seorang pemimpin menyuarakan pandangan beliau terhadap isu-isu yang menyentuh kepentingan negara dan dunia. Dengan membaca surat-surat beliau kita dapat menilai pemikiran beliau dalam menangani isu-isu dunia.

Monday, January 28, 2008

Demam Pilihanraya

Sejak kebelakangan ini demam pilihanraya semakin panas. Akhbar harian memperuntukkan sebahagian besar daripada ruangan yang ada untuk bercerita tentang pilihanraya. Wajah-wajah pemimpin mula diketengahkan. Kenyataan-kenyataan berkaitan dengan "pencalonan" mula jadi topik perbincangan. Tokoh-tokoh besar dan kecil mula memalu gendang perang mereka.

Namun kita jangan lupa. Aktor utama pilihanraya ini adalah kita. KITA yang akan membuat keputusan dan mencorakkan negara kita untuk tempoh 5 tahun yang akan datang. Maka kita perlulah bersedia untuk menentukan perjalanan negara kita untuk anak dan cucu kita nanti.

Buatlah keputusan yang bijak apabila sampai masanya nanti.

Friday, January 11, 2008

Bantu Cari Sharlinie

Seorang kanak-kanak perempuan bernama SHARLINIE hilang kerana di colek di Taman Medan, Petaling Jaya pada 9 Januari 2008. Beliau mengidapi penyakit asma dan perlu diberikan ubat dari semasa ke semasa. Sesiapa yang dapat mengesan beliau, silalah berhubung terus dengan balai polis terdekat ataupun nombor-nombor berikut:

Encik Nashar (Bapa): 016 - 270 9096
Balai Polis: 03 - 7966 2222 @ 999

C-bOk juga menggesa agar mereka yang suka membuat kenakalan dengan membuat panggilan/SMS palsu supaya menghentikannya dengan segera. Anda boleh dikenakan tindakan sekiranya berbuat demikian.

Sunday, January 06, 2008

Catuan Minyak Masak

Mulai 7 Januari 2008 ini jualan minyak masak akan dicatu dengan setiap pembeli hanya boleh membeli sebanyak 5 kilo minyak masak pada setiapkali pembelian. Langkah ini mungkin langkah terbaik yang dapat difikirkan oleh Kerajaan buat masa ini untuk mengatasi masalah kekurangan bekalan yang semakin meruncing ketika ini.

C-bOk rasa kurang senang dengan perkembangan ini. Setiapkali ada kekurangan bekalan di pasaran dan apabila ianya menjadi masalah kepada rakyat, maka rakyat juga yang kena tangung masalah ini. Rakyat juga yang kena catu bekalan keperluan harian. Sebelum ini apabila kita menghadapi masalah bekalan gula, rakyat juga yang kena menanggung catuan bekalan berkenaan di pasaran. C-bOk rasa ada yang tidak kena di sini.

Malaysia adalah pengeluar terbesar minyak kelapa sawit. Kita bukan sahaja mengeluarkannya dalam jumlah yang besar, kita juga menjadi pengeskport utama produk berasaskan minyak kelapa sawit ke pasaran dunia. Jadi kenapa kita menghadapi masalah kekurangan bekalan ini? Pasti ada sebabnya. Kemungkinannya ialah ada pengeluar atau pun pengedar yang menyorokkan bekalan ini atas sebab-sebab yang mereka sendiri tahu. Kemungkinannya untuk menekan pihak berwajib supaya menaikkan harga. Ataupun kemungkinannya bekalan yang sedia ada di salurkan ke negara lain. Ada banyak kemungkinan...

Namun, apa yang C-bOk musykilkan di sini ialah kenapa usaha risikan agensi yang berwajib gagal untuk mengesan mereka yang menjadi dalang kepada masalah ini? Mereka yang menyebabkan masalah ini pastilah bukan susah sangat nak di kesan. Cuba kita kesan melalui susur galur (value-chain) industri ini daripada ladang, kilang, pemborong dan peruncit. Pasti kita dapat mengesan di mana masalahnya. Setiap tin atau botol yang keluar dari kilang perlu sampai ke tangan pemborong dan peruncit. Dengan mengira jumlah keluaran dari kilang dan jumlah yang diterima oleh pemborong/peruncit, pasti kita akan dengan mudah mengesan di mana kepincangan atau pun punca masalah ini. Adakah ianya akibat daripada kekurangan di pihak pengilang kerana tidak mengeluarkan jumlah yang mencukupi atau pun pihak pemborong/peruncit yang tidak membuat perancangan jualan yang betul?

Dengan mengenalpasti masalah ini pastilah tindakan mengatasi masalah kekurangan bekalan boleh di atasi dengan berkesan. Ini bolehlah mengelakkan suasana panik pengguna dan mengelakkan tindakan catuan.

C-bOk rasa, para pegawai di KPDN-HEP perlulah lebih banyak menjalankan kerja risikan daripada banyak bercakap sahaja. Pegawai penguatkuasa ada beribu orang tapi masalah seperti ini masih terus berlaku. Sekiranya usahawa risikan dan penguatkuasaan di jalankan dengan "betul", C-bOk amat yakin,masalah ini tidak akan berlaku.