Friday, September 12, 2008

Abdullah Terkejut?

Berita ini sudah berlegar-legar di dalam blog sejak semalam. Ramai yang membuat ulasan. Hari ini ianya jadi tajuk utama Utusan Malaysia. Abdullah Terkejut.

Terkejul betul ke terkejut beruk?

Bagi C-bOk beliau tidak sepatutnya terkejut. Segala tanda tentang apa yang di suarakan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin itu telah lama di perkatakan oleh orang ramai termasuk ahli-ahli UMNO. Ianya dibincangkan di dalam blog. Ianya di perkatakan oleh Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohammad secara terbuka dan juga catatan di dalam blog beliau. Setiap catatan beliau dibaca oleh berjuta mata dan didebatkan dengan aktif (kadang-kadang agresif) di alam maya. Ianya juga diperdebatkan di mesyuarat-mesyuarat cawangan UMNO.

Parti pembangkang juga turut sama mengulas tentang isu peralihan kuasa ini yang rata-rata memberikan gambaran bahawa cadangan itu tidak etikal dan juga terlalu lama. Semuanya berminat memberi pandangan kerana negara yang jadi taruhannya.

Sepatutnya Pak Lah tidak terkejut. Melainkan beliau tidak peka dengan apa yang berlaku di sekeliling beliau. Dengan kata lain, beliau tidak mendengar dan membaca apa yang diperkatakan tentang beliau dan juga kedudukan beliau sebagai pemimpin UMNO dan juga Kerajaan.

Pandangan Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah pandangan akar umbi. Pandangan sebahagian besar rakyat negara ini. Sekiranya Pak Lah terkejut maka betullah yang beliau tidak peka. Mungkin pekak.

3 comments:

Anonymous said...

Pak Lah tak terkejut pun tapi itu adalah hint kepada kroni2 beliau dan juga MT UMNO utk menghukum dan mendera Tan Sri Muhyidin secara saraf melalui media. MT UMNO akan immediately membantu dan menyokong Pak Lah dan suara akar umbi akan terus tenggelam dan ditidak ertikan.

Editor Sukan Bola said...

lawan tetap lawan. jangan lupa dengar lagu dan main bola je.

ysnizam said...

Apasal la pak lah tak sedar2..??