Tangents: Restless Musings Of A Malay Mind: Global Economy Going Kaput! Die! Die! Die!
C-bOk ingin berkongsi pandangan Akramshah Sanusi tentang ekonomi negara dan pilihan yang kita ada. Masalah ekonomi kini adalah masalah global. Namun ianya bukanlah sesuatu yang tidak boleh di atasi.
Kita mempunyai kepakaran dan alternatif untuk mengatasi masalah ini. Tun Dr. Mahathir dan Tun Daim telah membuktikan keupayaan mereka sebelum ini khususnya di penghujung tahun 90-an ketika negara-negara Asia diserang oleh spekulator matawang asing. Masalahnya, kepimpinan sekarang begitu fobia untuk merujuk kepada kepakaran kedua-dua Tun berkenaan. Begitu juga dengan kepimpinan alternatif (Anwar Ibrahim) sekiranya beliau benar-benar mengambil alih Kerajaan. Pak Lah dan Anwar Ibrahim mempunyai keegoan yang tinggi untuk merujuk kepada kedua-dua Tun berkenaan dan ekonomi negara menjadi pertaruhannya.
Harapan kita sebenarnya terletak di tangan akar umbi yang menentukan kepimpinan negara. Masalahnya adakah mereka benar-benar faham "masalah sebenar" kita?
Thursday, September 18, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Makna perkataan 'Kegawatan ekonomi' adalah kurang Kuasa Membeli(KM). Apabila tiada KM maka tiada kecairan.Inventory menjadi tinggi sedangkan permintaan berkurangan.Jika kerajaan sincere utk menyelesaikan masaalah ini, perkara pertama adalah insulatekan ekonomi dan memberi tumpuan peningkatan kuasa membeli.Ada berbagai cara utk memcipta ekonomi bagi mengalakan KM seperti cth kegawatan yg berlaku pertengahan 1980an dimana pembelian tanah dari Utara hingga Selatan bagi membuat lebuhraya. Pembelian ini secara tidak langsung meningkatnya KM.Hanya monetory policy kerajaan yg dapat menyelesaikan kegawatan ekonomi Melaysia. Keadaan Malaysia kini dimana 40% mengangur dan 60% menerima gaji rendah. Kegawatan kita kini berada diperingkat pertama dimana penguna masih mampu membeli barang keperluan harian tetapi telah mulai gagal membayar pinjaman bank. Keadaan mula berlarutan apabila kereta/rumah dirampas dan ramai yg menjadi muflis. Akhir sekali Bank sendiri akan bankrap seperti terjadi pada Lehman Bros dan Merrill Lynch.
Post a Comment