Saturday, September 13, 2008

Amboi Zaid??

Zaid Ibrahim, "yang dipilih oleh Perdana Menteri" dan dilantik Senator untuk menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri mencadangkan (mendesak?) Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang "dipilih oleh ahli-ahli UMNO" untuk menjadi salah seorang Naib Presiden dan juga "dipilih oleh rakyat" untuk menjadi Ahli Parlimen dalam PRU 12 supaya di pecat daripada kabinet.

Amboi-amboi..., kini seorang pemimpin yang dipilih sudah tidak boleh bersuara mewakili suara-suara akar umbi yang diwakilinya? Pemimpin, khususnya kabinet hanya perlu menyokong sahaja dan tidak boleh menyuarakan pandangan membina yang sepatutnya menyumbang kepada pembinaan kekuatan parti serta mengekalkan kuasa kepimpinan?

Kini seorang yang dilantik boleh menafikan seorang yang dipilih?

9 comments:

terubuk jantan said...

Muhyiddinlah pendekar umno dan beberapa mneteri lain spt rais yatim.Zaid ni jaga boss je lebih....

Anonymous said...

biasa la dah jadi mentri..
tak sedar diri
sirih naik junjung orang kata..

apisfires said...

zaid oooo zaid...
ramainye benci ko, nasib ko dah macam dolah...

Anonymous said...

dia kena tunjukkan kesetiaan pada Pak Lah kerana lantik dia jadi menteri

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) said...

BERILAH DIA KEBEBASAN BERSUARA JUGA

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) said...

UMNO HANYA UNTUK AHLI 3 JUTA. MENTERI UNTUK RAKYAT 27 SUARA DEK

Anonymous said...

Saudara,

YB Senator Dato' Zaid Ibrahim pun kata dia juga nak berhenti kerana Pak Lah gunakan ISA.

Siapa berhenti dulu? Zaid atau Muhyiddin?

Zainal A. Kasim said...

Sdra. Nobisha,

Kalau benar beliau berniat begitu.., saya terkejut. Sebab sepatutnya beliau kena sokong (secara babi buta) apa sahaja tindakan PM.

Anonymous said...

Entah apa yang dia orang perjuangkan, negara, pemimpin, parti, rakyat atau diri sendiri. Eloklah ikut pemimpin kita terdahulu ketika mula-mula UMNO ditubuhkan. Perjuangan yg 'genuine' tanpa ada agenda yang terselindung. Rasanya dia orang ni kena pergi muzium, arkib negara, balai kemerdekaan dan memorial pemimpin negara yang banyak terdapat di KL. Buat home worklah sikit, sebab rata-rata pemimpin muda sekarang lahir selepas merdeka atau kalau ada masa kemerdekaan negara tu pun masih lagi budak-budak. Cakap ikut sedap jer tanpa memikirkan apa akan terjadi pada Islam,bangsa melayu dan negara. FIKIRKANLAH...