Sunday, September 14, 2008

Ah! Zaid Lagi...

Hanya beberapa hari yang lepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Y.B. Senator Datuk Zaid Ibrahim menghentam Tan Sri Muhyiddin Yassin (TSMY) kerana menyuarakan pandangan akar umbi tentang kepimpinan Perdana Menteri dan juga jadual peralihan kuasa kepimpinan UMNO. Beliau mencadangkan TSMY meletakkan jawatan kerana tidak bersetuju dengan Perdana Menteri dan Kabinet yang telah membuat persetujuan tentang peralihan kuasa.

Pada pandangan C-bOk, suara Senator Zaid adalah suara sokongan membuat tuli yang tidak berpijak di alam nyata dan menolak realiti politik Melayu yang semakin rapuh. Bagi beliau, Perdana Menteri tidak ada cacat celanya dan wajar disokong 100%.

Namun hari ini, Senator Zaid bersuara lagi. Kali ini beliau menyuarakan rasa tidak puashati beliau terhadap tindakan menggunakan Akta I.S.A. terhadap 3 individu baru-baru ini. Tindakan terbaru beliau ini memeranjatkan kerana Perdana Menteri sudah membuat kenyataan yang menyokong tindakan berkenaan. Kenapa tiba-tiba Zaid menongkah arus dan bertentangan dengan Perdana Menteri di dalam hal ini?

Macam lalang! Kejap sokong. Lepas tu tak sokong. Kalau Zaid tidak bersetuju dengan Perdana Menteri di dalam hal ini eloklah beliau meletakkan jawatan sepertimana cadangan beliau kepada TSMY kerana jelas beliau tidak bersetuju dengan Perdana Menteri.

2 comments:

shaydflin said...

Kut kut dia tengah minum minum kut, mana tau teh tarik dah kena lambung.

apisfires said...

takkan taktau kot...
zaid tu budak suruhan majlis peguam, majlis peguam bdk suruhan karpal, so zaid ni org karpal la....