Sunday, September 28, 2008

Penangguhan Perhimpunan Agong UMNO

Sah sudah. Perhimpunan Agong UMNO di tangguhkan sehingga ke bulan Mac 2009. Ini adalah kerana bulan Mac 2009, genap 18 bulan penangguhan dibuat sejajar dengan Perlembagaan parti yang membenarkan penangguhan berkenaan selama 18 bulan. Nasib baik ada klausa ini di dalam Perlembagaan UMNO. Sekiranya tidak, mungkin Perhimpunan Agong UMNO akan diadakan dalam tahun 2020 atas alasan untuk memberikan penumpuan kepada usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju. Ringkasnya, alasan boleh dibuat untuk menghalalkan apa juga keputusan yang memihak kepada mereka yang berkepentingan di dalam UMNO.

Najib berkata bahawa "ada kebijaksanaan" ketika keputusan penangguhan ini dibuat. Tengku Razaliegh pula berpendapat keputusan tersebut adalah "childish". Manakala KJ merasakan cadangan penangguhan ini akan "menyukarkan calon-calon yang bertanding mana-mana jawatan pimilihan berkenaan untuk berkempen - kerana terlampau lama".

Namun pada pandangan C-bOk keputusan penangguhan ini hanyalah melambatkan lagi usaha untuk menyelesaikan masalah di dalam UMNO. Kita sudah melihat penyelesaian menjelang bulan Disember 2008 ini. Kini masalah di dalam UMNO dilanjutkan selama 3 bulan lagi sehingga ke bulan Mac 2009. Maka kita akan melihat politiking yang sama selama 6 bulan lagi.

C-bOk tidak melihat adanya kebijaksanaan di dalam membuat keputusan penangguhan ini. malahan tidak ada keikhlasan di dalam membuat keputusan yang dibuat oleh elit kepimpinan Melayu yang seolah-olah tidak boleh hidup tanpa kuasa dan meletakkan kuasa memimpin sebagai hak mutlak peribadi. Rasanya pandangan Tengku Razaliegh adalah pandangan yang paling tepat di dalam menilai keputusan terbaru MT UMNO ini.

4 comments:

Hasbullah Pit said...

Apa akan jadi jika ia ditangguh lebih drd 18 bulan?

UMNO bubar?

Zainal A. Kasim said...

Sebol..,

Soalan yang bagus. Tetapi dengan kepimpinan skearang segala-galanya boleh berlaku. Yang haram di halalkan. Yang halal di haramkan.

MA ZN Enterprise said...

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin

Gelombang Rakyat said...

Zainal A. Kasim

Pada saya, penangguhan ini memberi peluang kepada Ahmad Zahid Hamidi, naik ke jawatan nombor 2 dalam parti dan kerajaan.

Khabarnya atas kehendak akar umbi.

Mungkin juga usharan dari kehendak akar betul.

Sebagaimana Zainal sebut, suaranya terhadap Muhyiddin Yassin, menunjukkan ampuan kepada Pak Lah.

Pun begitu, Najib lebih selesa jika timbalan lebih junior, maka akan terdapat no check and can balance.