Thursday, September 25, 2008

Ahli Politik Penipu?

Betul ke orang politik selalu menipu?

Pengakuan Ahli Parlimen Seputih, Teresa Kok ini adalah antara bukti bahawa apabila menjadi ahli politik, tidak kira siapa - penipuan adalah perkara biasa. Menurut Datuk A. Kadir Jasin di dalam catatan terbaru beliau, “the only time politicians tell the truth is when they call each other liars”. (Dalam bahasa Melayu, satu-satunya waktu orang politik bercakap benar adalah ketika mereka memanggil satu sama lain pendusta.) Ringkasnya, orang politik sentiasa menipu (?).

Selalunya pula, apabila sesudah menipu dan diasak dengan pertanyaan susulan, akan keluar kenyataan yang bongkak dan sombong.

Berikut adalah laporan akhbar yang diterbitkan oleh Utusan Malaysia berkenaan pengakuan Teresa Kok tentang kenyataan bercanggah beliau. Lihat juga kenyataan beliau di perenggan akhir yang tidak menghiraukan cadangan saman terhadapnya serta mengaitkan pula dengan pengalaman sebagai tahanan ISA. Dari jawapan yang dibuat, kita dapat membaca yang ianya dibuat oleh orang yang angkuh dan sombong.

Teresa Mengaku Buat Kenyataan Bercanggah
Oleh BORHAN ABU SAMAH

KUALA LUMPUR 24 Sept. – Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok akhirnya mengaku membuat kenyataan bercanggah mengenai makanan yang dihidangkan kepadanya semasa ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Pada 19 September lalu beliau mendakwa makanan itu “sama seperti makanan anjing” tetapi pada 22 September menukarnya kepada “baik sedikit daripada makanan anjing”.
“Okey baiklah. Awak mengesan kesilapan saya dengan bantuan rakaman video dan sebagainya, dan saya boleh terima kritikan,” katanya dalam satu forum mengenai ISA anjuran DAP di sini malam tadi.

Komen Exco Kerajaan Selangor itu yang mendakwa Utusan Malaysia memutarbelitkan kenyataannya disiarkan dalam laman blognya hari ini.

Teresa mendakwa “tersilap membuat kenyataan” dengan alasan ketika itu beliau keletihan berikutan jadual yang padat sebaik sahaja dibebaskan daripada tahanan ISA.
Dalam reaksinya berhubung kontroversi ‘makanan anjing’ yang menimbulkan kemarahan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar, Teresa mencela Utusan Malaysia dengan menuduh ia menjadi isu besar “kerana diputarbelitkan oleh Utusan Malaysia untuk memburukkan imejnya.”

Para pembaca Utusan Malaysia mengecam usaha Teresa untuk memfitnah akhbar itu memandangkan kenyataan “sama seperti makanan anjing” tersebut turut disiarkan oleh portal Internet Malaysiakini, akhbar Sin Chew Daily dan stesen televisyen TV3.

Dalam blog yang sama, Teresa mendakwa, sama ada beliau mengatakan makanan di lokap ISA “sama seperti makanan anjing” ataupun “sedikit lebih baik daripada makanan anjing”, maksudnya adalah sama iaitu makanan di lokap ISA itu teruk sekali.

Teresa turut menafikan tuduhan bahawa beliau pernah membuat dakwaan tidak benar di Parlimen berhubung isu wanita China dibogelkan di pusat tahanan polis, sedangkan siasatan mendapati wanita itu ialah wanita Melayu.

“Tengoklah mereka, orang UMNO memang macam ini, saya tidak pernah berkata bahawa wanita berbogel dalam VCD itu adalah wanita warga China,” katanya.

Teresa juga berkata, beliau tidak takut jika disaman oleh Utusan Malaysia. “Samanlah, ISA pun saya sudah pernah masuk, takut apa lagi saman daripada Utusan Malaysia?,” katanya.

6 comments:

nobisha said...

Teresa Kok ni patut dihantar kursus bagaimana nak jadi Exco Kerajaan Negeri yang baik. She is not qualified to be a member of state administration.

MAHAGURU58 said...

Apakah ini sindrom 'kaduk naik junjung?'

kawaii_desu said...

patut mau bagi duduk lama sikit kat ISA...

heran orang kata mental torture la kejam la apa duduk kat ISA tu tapi tgk minah ni, doing just fine, takde la nampak macam kena torture kemain lagi bercakap seolah2 nak mengundang barang penyapu kat muka

orang cam ni nak jadi wakil rakyat??? bila buat laporan dia kata org UMNO cakap, mmg sah racist

joe said...

salam

sempena hari lembaran akan akan menjelang tiba, izinkan saya mengucapkan selamat hari raya aidilfitri , diharap kemaaafan yang dipohon akan mengeratkan lagi perpaduan supaya kita akan menjadi satu rumpun bangsa yang utuh dan harmoni kerana jika satu bangsa telah mula berfikir, tidak ada satu kekuatan pun yang boleh menghentikannya.

Kemaafan mungkin amat berat untuk diberikan
kepada orang yang pernah melukai hati kita.
Tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita akan dapat mengubati hati yang telah terluka. Kemaafan yang di beri secara ikhlas umpama pisau bedah yang boleh membuang segala parut luka emosi.

Keikhlasan yang dipohon ,keikhlasan jua diberi walaupun keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI UNTUK SEKELUARGA DAN SAYA SEKALI LAGI
MEMOHOF SERIBU KEMAAAFAN

Carcoon
0126179717

mie said...

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin. Kad dari AzmIe_(",)...

Al Zubir Rusinin said...

Teresa Kok putar belit dan batu api. Terus terang aku benci padamu. Mudah2an kau dapat pengajaran..