Dalam sidang media di ibu pejabat PKR sebentar tadi, Datuk Sri Anwar Ibrahim mendakwa telah mendapat majoriti di Parlimen. 32 orang ahli parlimen Kerajaan (yang tidak dinamakan) telah bersetuju untuk menyertai Pakatan Rakyat. Anwar Ibrahim telah meminta untuk berjumpa dengan Perdana Menteri Datuk Sri Abdullah Ahmad Badawi bagi membincangkan proses peralihan kuasa dari BN kepada Pakatan Rakyat.
Sekiranya dakwaan Anwar Ibrahim itu benar, maka kita akan melihat satu Kerajaan baru memerintah negara ini dalam masa yang terdekat ini. C-bOk berharap segala-galanya berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang masalah yang boleh memporak perandakan negara kita.
Tuesday, September 16, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
Mesti ada satu cara senarai itu diketahui umum.
Jika tidak, timbul soal kredibiliti.
kalau dibaca utusan, laporan terbaru mengatakan anwar nak berunding, to me it more like giving kata dua aka ultimatum to PM..
kalau nak aman biar peralihan ini berlaku dgn smooth or else...
tak rasa ka macam rundingan tu berbaur ugutan..
anwar ni, tak habis2 dgn method tepi jalan beliau itu; sukakan kekecohan
En. Zubli,
Ramai yang telah mula mempersoalkan kredibiliti beliau. Kalau sudah ada senarai berkenaan, kenapa tidak diumumkan?
Kawai,
Susah nak kata. Dua-dua orang kampung hang. Tolong habaq sikit kat dia rang tu.., pi main jauh-jauh.
Pun begitu Zainal A. Kasim,
dari senarai yang ada bermula Abdullah Ahmad Badawi, sampailah kepada para pemimpin UMNO dan Barisan Nasional, belum ada yang semampu Anwar Ibrahim dalam aspek kepemimpinan.
Ketika UMNO kini semakin rosak dan Barisan Nasional mula tidak relevan lagi, Pakatan Rakyat semakin menjadi pilihan terbaik.
Abdullah Ahmad Badawi dan kerajaan Barisan Nasional tiada pakej total mengharmonikan Rakyat dan memakmorkan Negara Malaysia.
Contohnya banyak, ambillah satu untuk renungan, yakni kenaikan harga petrol dan diesel, sejak Jun 2008, disertai kemudian rentetan kenaikan harga bahan, produk dan perkhidmatan yang tinggi harganya.
Itu mikro. Makro ialah ekonomi Malaysia yang semakin merudum.
Jadi, adakah kerajaan baru satu realiti?
Rakyat Malaysia boleh realitikannya secara pro-aktif, bukan reaktif dalam menunggu...
Post a Comment