Datuk Sri Anwar Ibrahim (DSAI) di dalam sidang akhbar sebentar tadi sekali lagi mendakwa bahawa beliau telah memiliki sokongan majoriti di Parlimen dan mahukan
sidang Parlimen tergempar diadakan segera selewat-lewatnya pada hari Selasa, 23 September 2008. Sidang Parlimen itu adalah untuk membincangkan
undi tidak percaya terhadap kepimpinan Y.A.B. Datuk Sri Abdullah Ahmad Badawi.
Walaubagaimanapun DSAI masih
belum menamakan Ahli-Ahli Parlimen yang berhasrat untuk menyertai Pakatan Rakyat.
2 comments:
Sekarang ialah masa untuk kita melangkah ke hadapan. Teruskan dengan agenda membangun negara, dan biarkanlah mereka dengan politik tersendiri. Politik BN selama ini ialah politik pembangunan, maka teruskanlah. Apakah BN tidak ada kelemahan? Ya, banyak kelemahan. Perbaikilah. Usaha terpesong dengan permainan politik yang melampau.
Sebenarnya inilah permainan politik. Rasanya eloklah lima negeri yg dapat kepada pembangkang ditunjukkan dahulu progres dia. Kalau banyak kemajuan dan rakyat suka maka senanglah lagi parti pembangkang memenangi pilihanraya tahun 2012 nanti. Perlu ingat, mentadbir negara adalah lebih susah daripada mentadbir negeri. Maka belajarlah dulu mentadbir negeri, dah pandai nanti barulah mentadbir negara. Macam tulah cara yang lebih elok. Parti yang sedang mentadbir negara, buatlah yang terbaik, jangan sombong dan angkuh. Tak kemana perginya, bahkan akan memakan diri sudahnya...
Post a Comment