Tuesday, September 16, 2008

Siapa Yang Lebih Penting Kepada UMNO/BN?

Ketika Mantan Presiden UMNO, tun Dr. Mahathir Mohammad meninggalkan UMNO tidak ada sesiapa pun yang nak memujuk beliau supaya pergi bercuti 2 minggu untuk memikirkan keputusan beliau. Fakta sejarah yang tidak boleh dinafikan ialah Tun Dr. Mahathir menerajui UMNO selama 22 tahun dan meletakkan Perdana Menteri di tempatnya sekarang dan juga membentuk dan mendidik sebahagian besar ahli Kabinet sekarang ini. Ketika beliau pergi, bukan sahaja "mereka" bertepuk sorak, malahan di ulas dengan gembiranya oleh beberapa orang pencacai (pembodek) kepimpinan UMNO.

Namun apabila Zaid hendak meninggalkan kabinet, Perdana Menteri mengarahkan beliau pergi bercuti 2 minggu untuk berfikir semula keputusan beliau. Wah..., Zaid nampaknya lebih penting dan lebih bernilai kepada UMNO/BN daripada Tun Dr. Mahathir?

1 comment:

Gelombang Rakyat said...

Pemerhatian yang amat tajam.

Terima kasih kerana mengingatkan kita betapa politik kepemimpinan hari ini begitu rupanya...