
Tidak ada sesiapa yang boleh menafikan bahawa zaman kepimpinan Tun Dr. Mahathir, UMNO menjadi parti tulang belakang Barisan Nasional yang kuat dan Malaysia menjadi sebuah negara yang disegani di dalam dan luar negara. Tidak ada sesiapa juga yang boleh menafikan ekonomi negara berkembang dengan pesat di bawah kepimpinan Tun Dr. Mahathir. Hubungan antara kaum juga begitu erat di bawah kepimpinan beliau. Semua itu kini seolah-olah telah runtuh dengan rapuhnya hubungan antara kaum dan caca merbanya politik negara. Kita seolah-olah hilang arah....
Sehubungan dengan ini, C-bOk harap perkara ini akan menjadi realiti dalam masa yang terdekat ini. Hanya seorang yang mempunyai kaliber dan kekuatan seperti Tun Dr. Mahathir yang mampu untuk "membetulkan" arah kita yang tersasar.
2 comments:
Tun masih boleh lagi memberi khidmat untuk beberapa tahun lagi sekurang-kurangnya sebagai penasihat. Banyak yang belum kita habis pelajari darinya. Sehubungan dengan itu, ahli-ahli UMNO perlu fikir mengenainya. Ingat, beliau telah menjadi ahli UMNO semenjak awal penubuhannya.
TAPI TUN DR M ADA TULIS PADA PR 1999 ORANG MELAYU TAK SOKONG BN. TAPI 2008 NAMPAKNYA CINA, MELAYU DAN INDIA TAK SOKONG BN. HARAP TUN ADA IDEA LAH....
Post a Comment