Friday, September 05, 2008

Retreat BNBBC di Luar Negara

Retreat BNBBC di luar negara yang akan diadakan dari 7 - 19 September 2008 ini mengundang banyak tanda tanya. Rata-rata berpendapat ianya diadakan bagi menggagalkan sebarang usaha untuk menjadikan cadangan Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) menubuhkan Kerajaan pada 16 September 2008 sebagai satu realiti.

Dari segi teorinya, apabila Ahli-Ahli Parlimen berkenaan tiada di dalam negara, maka mereka tidak dapat melompat dan menyertai Pakatan Rakyat. (Bagaimana sekiranya mereka membuat pengumuman bertukar pasti semasa di retreat nanti). Namun penganjur menafikan sebarang kaitan dengan usaha DSAI untuk menubuhkan Kerajaan pada 16 September seperti yang digembar-gemburkan.

Walaubagaimanapun, C-bOk melihat perkembangan ini dari sudut yang lain pula:

  1. Sekiranya kesemua ahli BNBBC meninggalkan negara, siapa pula yang akan memantau dan membantu pentadbiran di negara ini sepanjang ketiadaan mereka?;
  2. Dari segi Perlembagaan apakah yang akan berlaku sekiranya DSAI membuat pengumuman tentang penubuhan Kerajaan pada 16 September dan beliau mendapat sokongan secara remote control dari ahli-ahli BNBBC yang berada di luar negara?;
  3. BNBBC di lihat seolah-olah tidak peka dengan kemungkinan pertukaran Kerajaan pada 16 September 2008 - ketiadaan mereka di dalam negara akan memungkinkan pelbagai perkara akan berlaku;
  4. Berapakah kos dan siapa yang akan menanggung kos retreat BNBBC ini? Sekiranya ditanggung oleh Kerajaan, adakah peruntukan yang telah diluluskan untuk tujuan ini?;
  5. Di mana lokasi retreat berkenaan? Rakyat perlu diberitahu memandangkan mereka yang bakal pergi adalah wakil-wakil mereka dan mungkin ada keperluan untuk berhubung dengan wakil-wakil rakyat mereka;
  6. Apakah kebaikan dan kewajaran retreat ini diadakan di luar negara? Kenapa kita hendak memakmurkan negara luar sedangkan hotel-hotel di negara kita menghadapi masalah berikutan dengan pembatalan sebarang majlis rasmi Kerajaan (sudah ditarik balik baru-baru ini) daripada diadakan di hotel-hotel?

Bagi C-bOk, alasan untuk mengadakan retreat ini kurang bernas dan tidak kena pada masanya melainkan, alasan itu adalah strategi untuk menggagalkan usaha DSAI menubuhkan Kerajaan pada 16 September 2008 (yang telah dinafikan oleh penganjur).

BNBBC sepatutnya tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan yang banyak untuk retreat ke luar negara pada masa kita menghadapi banyak masalah di dalam negara dan sepatutnya menggunakan masa yang ada ini untuk mengkaji, mendalami dan membuat persediaan untuk perbahasan bajet (belanjawan) yang akan diadakan sebaik sahaja Parlimen kembali bersidang tidak berapa lama lagi. Bukannya melancong ke luar negara.

4 comments:

Anonymous said...

Saudara Zainal,

Sekiranya rancangan itu diteruskan, saya fikir ahli-ahli parlimen BN tidak sensitif dengan masalah rakyat. Sedangkan rakyat dihimpit dengan kenaikan harga barang, mereka masih mampu untuk membuat lawatan ke luar negara. Alasan, lawatan sambil belajar. Ah, adakah masih belum belajar lagi dalam PRU12 lalu?

http://www.nobisha.wordpress.com

Zainal A. Kasim said...

Sdra. Nobisha,

Saya ingatkan lama menghilang. Rupa-rupanya dah bertukar ke wordpress. Tukar blog tak apa.., jangan tukar (lompat) parti. He he...

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) said...

mereka boleh lompat puas2 di luar negara. bila masuk parlimen tak de ler nak lompat lagi. sebab gian lompat dah tak der

Anonymous said...

Marah lagilah rakyat apabila dapat tahu wakil rakyat yang mewakili kawasan mereka pergi ke luar negeri. Selama lebih 10 hari pejabat wakil rakyat mereka akan kosong. Kat mana mereka nak mengadu masalah jika wakil rakyat tak ada. Yang ada hanyalah office boy dan kerani yang memang tak boleh keputusan. Masa pilihanraya dulu bilik operasi sanggup di buka 24 jam, siap tidur di pejabat. Sekarang ni lain pulak jadi. Hai... jangan bagi para pengundi yang lompat parti dulu dari MP. Menangis kau orang nanti.