Tuesday, September 16, 2008

Siapa Yang Betul?

Anwar kata dia telah mempunyai jumlah Ahli Parlimen yang mencukupi untuk menubuhkan Kerajaan. Pak Lah kata itu semua mengarut.

Apa-apa pun hari ini adalah harinya di mana Anwar menjanjikan penubuhan sebuah Kerajaan baru. Bukan dengan cara demokrasi tetapi dengan cara membawa ahli-ahli Parlimen BN melompat menyertai Pakatan Rakyat. Hari ini akan menentukan siapa yang bercakap benar dan siapa yang mengarut. C-bOk berharap apa pun yang berlaku, kita sebagai rakyat kena banyak-banyak bersabar. Jangan timbulkan apa-apa kekacauan. Mereka tu orang politik. Kita rakyat boleh menolak mereka kalau mereka terlebih politik sehingga menggugat kestabilan negara dan ekonomi kita.

5 comments:

Gelombang Rakyat said...

Betul.

Apa pun, keamanan negara dan kesejahteraan Rakyat didahulukan...

Anonymous said...

Bagus betul strategi Sdr Anwar tu sampai dapat mengoncangkan kerajaan yang sedia ada ni. Macam nilah cara org berpolitik, kena banyak berfikir dan pandai menyusun strategi tapi tak tahulah samada cara ini pernah digunakan oleh ahli-ahli politik luar negara atau ia sebagai satu konsep seni berpolitik terbaru yang direka oleh Anwar. Harap BN boleh mengkaji sedalamnya cara terbaru ini dan diadaptasi serta mengadakan penambahbaikan teori ini dengan cara memasukkan sifat-sifat mahmudah seterusnya dijelmakan
dalam perbuatan. Baru boleh
mencabar semula Anwar. Anwar pun belajar dr Tun juga dulu serta dari pemimpin terdahulu.

Anonymous said...

Pagi tadi keluar rumah pi kerja, terasa aman damai bumi Malaysia ku ini. Paling jelas tiada perubahan kerajaan dan cakap2 anwar sebelum ini hanyalah membazir masa rakyat dan paling rugi adalah negara dimana jutaan ringgit dibazirkan oleh orang bernama Anwar Ibrahim.

Anonymous said...

Siapa yg betul?Anwar Atau Pak Lah?

Zainal A. Kasim said...

Anon 10:00 PM,

Tidak ada siapa yang betul. Namun saya rasa amat "terganggu" dengan usaha membelakangkan demokrasi DSAI untuk menubuhkan Kerajaan.

Walaupun dengan kelebihan 1 undi, Kerajaan BN masih mempunyai mandat. Membelakangkan mandat ini akan menjadikan demokrasi negara kita bahan cemuhan.

Sekiranya ada yang melompat, mereka bukan sahaja telah membelakangkan pengundi yang mengundi mereka dan kemungkinan wujudnya unsur-unsur rasuah yang wajar di siasat oleh pihak berkenaan.

DSAI sewajarnya bersabar dan menunggu giliran mengikut amalan demokrasi.