Monday, June 23, 2008

ADUN Bentayan: Kenapa Berdiam Diri?

C-bOk ada menyentuh beberapa kali tentang kelakuan ADUN Bentayan, Gwee Tong Hiang (DAP) di dalam blog ini dan juga membuat komen berkaitan dengan kelakuan beliau berkaitan dengan pakaian rasmi di dalam dewan khususnya yang berkaitan dengan songkok.

ADUN ini adalah merupakan ADUN kali pertama dan mungkin kurang arif tentang peraturan yang berkaitan khususnya tentang sistem kesultanan/beraja di negara ini. Namun "kurang arif" bukanlah alasannya. Sekiranya kurang arif boleh belajar. ADUN ini sebenarnya "kurang ajar" kerana tidak mahu memahami sistem yang sudah lama diguna pakai di negara ini khususnya di negeri di mana beliau dilantik menjadi ADUN. Takkan beliau tidak arif dengan keprihatinan Sultan Johor tentang adat istiadat yang telah lama termaktub di dalam undang-undang tubuh negeri. Kalau orang lain boleh, kenapa beliau tidak boleh?

Kini Sultan Johor telah murka. Namun adun kali pertama ini masih nampak menunjukkan kedegilan beliau. Beliau kini memilih untuk berdiam diri. Sekiranya beliau benar-benar berpegang kepada prinsip (sepertimana yang dikatakan oleh beliau sendiri sebelum ini), eloklah berdepan dengan Sultan Johor dan tegakkan prinsip beliau di depan ke Bawah Duli Sultan. Sekiranya takut, maka adun kali pertama ini hanyalah seorang pengecut yang cuba mencari populariti sahaja dengan alasan menegakkan prinsip tanpa mengetahui apa yang sebenarnya beliau lakukan.

C-bOk berpendapat, pengundi di Bentayan telah membuat kesilapan kerana memilih orang macam ini sebagai wakil mereka.

1 comment:

Zainal A. Kasim said...

Kepada "Bumi-Non-Racist"

Kenyataan anda tidak boleh diterbitkan di blog ini selagi saya menjadi Presiden seumur hidup blog C-bOk. Sebelum anda memberi komen, sila rujuk balik Rukun Negara yang berbunyi:

"Kesetiaan Kepada Raja dan Negara"