Thursday, June 12, 2008

Bayar Letak Kereta DBKL Pula NAIK

Berkuatkuasa hari Isnin (16 Jun 2008) ini warga kota Kuala Lumpur perlu membayar lebih untuk meletak kereta di ibu kota.

Datuk Bandar Kuala Lumpur mengumumkan kenaikan bayaran letak kereta sebanyak 35% dengan perlaksanaan Sistem Letak Kereta Elektronik (SLKE) di mana pengguna perlu membayar 80 sen sejam bagi setiap petak berbanding dengan 60 sen sejam sekarang ini.

Sistem ini bukanlah baru di mana beberapa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) lain telah pun menggunakan sistem yang sama seperti MBPJ, MPSJ, MPS dan lain-lain lagi. Penguatkuasaan SLKE ini pastilah bukan pada masa yang sesuai di mana ketika orang ramai bercakap pasal beban kenaikan harga barang dan perkhidmatan akibat daripada kenaikan harga minyak, sebuah agensi Kerajaan membuat keputusan untuk melaksanakan satu sistem baru yang menambah beban rakyat. Sungguh tidak prihatin.

Dalam masa yang sama, C-bOk sudah lama kurang setuju dengan sistem ini dan selalu merungut sendirian di kawasan PJ, Subang Jaya dan Shah Alam di mana setiap petak petak kereta mengenakan harga minimum sejam walaupun kita hanya hendak meletakkan kereta selama 10 minit. Ini adalah rompakan di siang hari.

1 comment:

Wakmasnoor said...

Saya benar2 tidak faham mengapa DBKL perlu menaikkan bayaran meletak kenderaan WALAUPUN sistem yang dicadang-gunakan itu sebenarnya telah dapat mengurangkan kos pengurusan dan buruh yang ditanggung DBKL. Apa rasionalnya kenaikkan ini? Adakah kerana harga minyak naik maka semua harus juga naik? This does not make sense.

Dan pemilihan masa bagi mengadakan kenaikkan tersebut juga adalah amatlah tidak prihatin dikala rakyat sedang menghadapi kesusahan kehidupan pada masa ini. This too is an even bigger thing that does not make sense.