Wednesday, June 18, 2008

Laporan Perbelanjaan Petronas

Beberapa hari dahulu Menteri Kewangan Kedua (MK2) membuat kenyataan bahawa Petronas akan membuat penjelasan tentang butir-butir perbelanjaannya secara terperinci. Kenyataan itu dibuat selepas Naib Ketua Pemuda UMNO, YB Khairy Jamaluddin (KJ) menggesa supaya Petronas berbuat demikian.

Sebelum ini sudah ramai Ahli Parlimen pembangkang dan juga Kerajaan yang membuat permintaan serupa tetapi tidak ada apa-apa kenyataan daripada MK dan juga MK2. Timing kenyataan MK2 itu memberi kekuatan kepada kenyataan yang dibuat oleh KJ. Seolah-olah KJ menjadi hero di dalam perkara ini.

Namun, selepas itu barulah kita tahu bahawa rupa-rupanya Petronas sudah menerbitkan secara terperinci laporan kewangannya sejak 18 tahun yang lalu. C-bOk beranggapan mereka yang bising-bising ni tidak membuat homework mereka berkaitan dengan laporan yang sebenarnya sudah sedia ada di depan mata mereka. Kenyataan yang dibuat itu hanya usaha untuk menjadi hero dan popular sahaja. Bagi seorang yang dipilih dan dibayar untuk menjadi wakil kepada rakyat, ini adalah satu tindakan yang kurang bijak.

Sebagai rakyat, C-bOk kecewa dengan tindakan semborono wakil rakyat macam ini. Ya lah..., yang bertanya tak tahu bahawa adanya laporan tahunan Petronas sejak 18 tahun yang lalu. Yang berkuasa (MK2) pun nampaknya tidak tahu kerana turut sama bermain politik dengan ahli Parlimen yang bertanya seolah-olah sebelum ini semuanya tentang Petronas adalah rahsia.

Sesiapa yang berminat untuk meneliti butir-butir perbelanjaan Petronas boleh menyemak laporan tahunan tersebut yang juga diterbitkan di dalam laman web Petronas. Jadi apa yang heboh-heboh pasal butir-butir perbelanjaan Petronas ini? Seolah-olah Petronas begitu berahsia dengan perbelanjaan yang dibuat.

Kini ada pula gesaan (dari KJ lagi dan juga Lim Guan Eng) supaya Petronas memberikan butir-butir perbelanjaan secara detail atas alasan Laporan Tahunan hanya memberikan ringkasan perbelanjaan sahaja. Jadi selepas ini, Petronas kena senaraikan berapa pensil yang dibeli setahun, berapa bayaran cuci tandas di KLCC, berapa, berapa, berapa?

C-bOk ingin menyarankan kepada KJ dan Lim Guan Eng (dan sesiapa sahaja yang suka bertanya) supaya meneliti laporan tahunan berkenaan dahulu dan barulah membuat pentanyaan secara detail dan bukan bertanya secara umum.

2 comments:

Anonymous said...

Nampak nya semua telah terkeluar tajuk dan berjaya nyer mereka divert public (bukan semua) attention. Perkara pokok adalah harga minyak naik dan semua harga barang naik. Kenapa semua org nak menyibuk account Petronas. Rumah yg terbakar dan kita menyibuk menerangkan kenapa dan bagaimana terbakar. Kenapa tak padam kebakaran tersebut ?
Tekanan perlu berterusan utk memaksa pemerintah menkaji kembali masaalah pokok "harga minyak naik menyebabkan harga barang naik".By Hook or by-crook , segala minda dan jentera kerajaan perlu focus kesensaraan rakyat. Bukan nya PM dan menteri tak tau detail pasal 'account Petronas'. Ok andaikata kita dapat mentafsif account Petronas, kita akan dapat new 'reason' fabricated.Dan harga barang tetap naik dan naik Terasa diperbudo kan.-Jantan Giler-

zeme said...

Salam saudara,

Saya lagi berminat untuk mengetahui perbelanjaan terperinci kerajaan Malaysia daripada hasil kewangan PETRONAS dan bukannya perbelanjaan PETRONAS.

Wasalam.