Tuesday, June 10, 2008

Nak Cakap Apa?

Semalam Perdana Menteri mengumumkan untuk memotong 10% elaun keraian Menteri Kabinet sebagai langkah berjimat cermat berikutan dengan kenaikan harga minyak yang membebankan sejak kebelakangan ini.

C-bOk tak tahu nak cakap apa.

Masalahnya ialah kenaikan harga minyak telah menyebabkan kesan rantaian yang mengakibatkan harga barangan dan perkhidmatan lain turut naik. Rakyat mahukan tindakan yang lebih kongkrit yang boleh membantu mereka (rakyat) untuk menghadapi situasi yang mencabar ini. Rakyat hendak tahu apakah langkah untuk menghadapi masalah kenaikan harga barang dan perkhidmatan khususnya oleh mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab menaikkan harga sesuka hati.

Jadi, bagaimanakah pemotongan elaun keraian Menteri Kabinet ini memberi impak kepada usaha untuk mengatasi "masalah sebenar rakyat?" Rakyat mahukan tindakan penyelesaian atau cara-cara mengatasi masalah mereka. Contohnya penguatkuasaan ke atas mereka yang menaikkan harga sesuka hati. Penguatkuasa di peringkat pusat dan negeri perlu dikerah untuk menguatkuasakan kawalan ke atas kenaikan harga barangan.

Ini bukan masanya untuk menjadi popular dengan memotong elaun yang seciput itu!!

2 comments:

mn said...

Salam brader,

1. Dengar kata bulan depan harga barang nak naik 10%?

2. Walhal dalam minggu ini dah naik dekat 10%.

3. Tempat saya Sg Petani hujan 'turun' lebat bang.

http://sukj.blogspot.com

Zainal A. Kasim said...

Bro su-kj,

Memang harga dah naik dah mingggu ni. In some area, ada yang lebih 10%.