Friday, June 20, 2008

Pak Lah Tidak Merasa Tertekan

"Tidak Merasa Tertekan"

Itulah antara kenyataan Pak Lah ketika mengulas tentang usul undi tidak percaya yang diumumkan oleh Presiden SAPP. Beliau membuat kenyataan di atas selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Kuala Lumpur. Kenyataan itu berbentuk keyakinan diri yang tinggi dalam menghadapi kemelut ketika ini.

Itu juga pertanyaan C-bOk ketika mengulas tindakan yang diambil oleh Datuk Yong Teck Lee beberapa hari yang lalu.

Tertekan atau tidak bukan isunya di sini. Maksud disebalik pertanyaan dan kenyataan itu yang C-bOk tekankan. Keupayaan Pak Lah untuk mengawal situasi adalah soal pokoknya. Sudah banyak kenyataan yang menggambarkan bahawa situasi adalah terkawal tetapi dalam masa yang sama keluar kenyataan yang sensitif dari kalangan orang-orang kanan BN sendiri seperti ahli MT UMNO dan kini dari Presiden SAPP pula yang menggambarkan situasi di luar kawalan.

Wujudnya kenyataan-kenyataan yang berbentuk mempersoalkan kewibawaan ini sewajarnya diberikan perhatian serious dan juga memerlukan tindakan tegas/segera oleh tuan empunya diri. Tanpa kawalan secara total, kenyataan dan tindakan serupa mungkin akan berlaku lagi. Ia memberi kesan kepada masyarakat dan ekonomi negara. Umpama gajah sama gajah bergaduh, pelanduk yang duduk di tengah-tengah yang mati. Kita melihat imej yang lemah. Kita melihat kesan terhadap ekonomi negara. Kita melihat kesan terhadap kepimpinan negara.

C-bOk menyeru semua ahli politik negara ini agar segera membuat keputusan. Kalau nak sokong, sokong betul-betul. Kalau nak tukar, tukar cepat-cepat. Jangan lah terus main politik. Rakyat menyampah.

1 comment:

Anonymous said...

Dah banyak kiasan rakyat dah bagi tapi message macam tak sampai jer atau buat-buat tak debgar. Jangan sampai rakyat terus hilang keyakinan...