Monday, September 08, 2008

MB Selangor Tidak Mempunyai Rasa Kemanusiaan?

C-bOk pernah menulis tentang Tan Sri Khalid Ibrahim , Menteri Besar Selangor bulan lepas tentang mulutnya yang selalu mendahului otak di dalam blog ini. Ketika itu beliau membuat kenyataan yang menyakitkan hati berkaitan dengan cadangan untuk membuka UiTM kepada bukan Melayu/Bumiputra sehingga menimbulkan polemik hebat di seluruh negara. Memandangkan UiTM sudah sinonim dengan Melayu/Bumiputra selaras dengan objektif penubuhannya, maka membuka instituusi itu kepada orang lain sememangnya mengundang rasa tidak senang Melayu/Bumiputra.

Ketika isu itu masih lagi belum ada noktahnya (Tan Sri Khalid masih belum menarik kenyataannya dan juga meminta maaf), kita dikejutkan pula dengan satu lagi kenyataan beliau bahawa adalah Membuang Masa beliau untuk melawat rakyat negeri Selangor yang sedang dilanda bencana (turun padang). Sepertimana kita sedia maklum, kira-kira 1,000 orang penduduk di Kampung Sungai Udang dan Kampung Sungai Bertek di Teluk Pulai, Klang serta Kampung Rantau Panjang di Kapar dilanda ribut pada 1 September 2008 yang lalu.

Kenyataan terbaru beliau ini sungguh bertentangan dengan tindakan-tindakan beliau sendiri. Sebagai contohnya, beliau sanggup membatalkan mesyuarat mingguan exco Kerajaan Negeri Selangor semata-mata hendak ke Permatang Pauh (jauh dari Selangor) semata-mata hendak berkempen di sana. Ketika pembatalan ini dibuat, tidak pula timbul soal membuang masa beliau dan Kerajaan Negeri Selangor sedangkan beliau sepatutnya memberi keutamaan kepada kepimpinan negeri Selangor berbanding dengan negeri lain ketika Pilihanraya Kecil Permatang Pauh diadakan.

C-bOk melihat kenyataan terbaru beliau ini sebagai satu lagi tindakan beliau yang tidak berfikir (mendahulukan mulut daripada otak?) atau boleh juga ditafsirkan sebagai satu tindakan yang tidak berperikemanusiaan. Sebagai pemimpin, Tan Sri Khalid perlu sentiasa perlu menunjukkan sikap kemanusiaan kerana itu adalah lebih penting dari menghantar wang ringgit dan harta benda kepada mangsa-mangsa ribut berkenaan. Bagi mangsa, kata-kata perangsang sebenarnya adalah lebih afdal daripada kata-kata yang menghina tanpa rasa kasihan seperti yang disebut oleh Tan Sri Khalid.

Dalam masa yang sama, Tan Sri Khalid menyatakan bahawa sekiranya beliau pergi, maka kos akan bertambah kerana terpaksa membawa 15 - 20 orang pegawai tambahan. Ini lagi satu kenyataan yang menunjukkan Tan Sri Khalid tidak berpijak di bumi nyata selepas menjadi Menteri Besar. Kalau dahulu boleh ke mana-mana seorang diri kenapa sekarang kena ada pengikut (macai) sampai 15 - 20 orang pula? Adakah seorang MB tidak boleh ke mana-mana seorang diri? Kalau perlu pengiring pun, seorang pemandu dan seorang pegawai khas sudah mencukupi. Impaknya kepada orang yang dilanda bala adalah lebih besar.

Bagi C-bOk ini adalah kenyataan yang cuba memberi alasan sahaja. Sepatutnya apabila kita sudah melakukan kesalahan, jalan terbaik ialah mengakui kesalahan kita dan meminta maaf ataupun jangan kita membuat kenyataan lain yang seolah-olah menyalahkan orang lain. Sebaliknya, Tan Sri Khalid seolah-olah tidak boleh meneima teguran dan mengambil keputusan untuk membuat kenyataan seolah-olah tindakan beliau betul. Ini satu tindakan macam budak-budak. Budak-budak, kalau di marah oleh ibu, selalunya ada sahaja alasan yang diberikan walaupun alasan itu hanyalah sekadar alasan. Kadang-kadang alasan bohong.

Sehubungan dengan ini, C-bOk menggesa Menteri Besar Selangor supaya lebih menunjukkan sifat kemanusiaan apabila berurusan dengan rakyat. Janganlah bercakap manis di mulut semasa Pilihanraya sahaja. Sedar sikit peranan dan tanggungjawab sebagai wakil rakyat dan pemimpin.

3 comments:

Anonymous said...

cuba click

http://muslimeen-united.blogspot.com/2008/09/sapa-kata-yab-mb-selangor-tak-turun.html

Anonymous said...

Terdapat banyak perbezaan antara Tokoh Korporat dan Tokoh Politik. Rasanya elok jika Tan Sri kembali semula menjadi Tokoh Korporat yang pada masa lalu banyak membawa perubahan dalam membantu ekonomi orang Melayu melalui PNB dan GUTHRIE. Bantu orang Melayu dengan cara itu lebih bagus sekali kerana pada pendapat saya, beliau lebih arif tentang selok-belok ekonomi dari politik.

Anonymous said...

Bro,

Bukan membatalkan mesyuarat exco saja, tetapi membatalkan SIDANG DEWAN UNDANGAN NEGERI SELANGOR kerana nak pergi permatang pauh.

Honestly, i dont think he has a cut to be MB. TQ