Monday, December 29, 2008

Thai! Bila Nak Aman? Lulusan Oxford Pun Kantoi

Thai! Bila nak aman?

Kejayaan parti pembangkang Thailand menjatuhkan Kerajaan yang dipilih melalui Pilihanraya baru-baru ini tidak berjaya meredakan gelodak di negara berkenaan.

Di sebalik kejayaan parti pembangkang menumbangkan Kerajaan dan melantik seorang anak muda lulusan Oxford bernama Abhisit menjadi Perdana Menteri belum mampu untuk menjamin kedamaian di negara berkenaan.

Perlantikan Abhisit membuatkan ada rakyat Malaysia yang begitu teruja sehingga membuatkan penyokong "menantu" yang juga lulusan Oxford perasan. Malah ada yang mengatakan rakyat Malaysia bodoh monyet kerana tidak menyokong lulusan Oxford itu.

Namun menjadi lulusan Oxford bukanlah lesen untuk menjadi pemimpin terbaik. Buktinya di Thailand itu sendiri - walaupun Abhisit anak muda graduan dari Universiti tersohor dunia itu tidak bermakna dia mampu untuk menyediakan satu suasana yang mampu untuk menyatukan rakyat di negaarnya. Dalam politik, bukannya dari universiti mana anda belajar. Sebaliknya keupayaan untuk diterima menjadi pemimpin rakyat adalah resepi utama untuk menjadi pemimpin yang terbaik dan diterima ramai walaupun pemimpin itu hanya lulusan sekolah pondok.

Tuesday, December 23, 2008

Berkempen Melalui Blog Salah? Siapa Gunakan Blog Untuk Berkempen?

Menggunakan blog untuk berkempen kini adalah menjadi kesalahan di dalam etika pemilihan UMNO. Itulah yang dikatakan oleh Pengerusi lembaga Disiplin UMNO semalam seperti berikut:

KUALA LUMPUR 22 Dis. - Mana-mana calon yang menggunakan blog untuk berkempen sebarang jawatan parti sama ada di peringkat cawangan, bahagian atau Majlis Tertinggi (MT) pada pemilihan UMNO Mac depan boleh dikenakan tindakan disiplin kerana ia melanggar Tataetika Ahli UMNO.

Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Tengku Tan Sri Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail berkata, ahli-ahli parti masih dibenarkan memiliki blog sendiri tetapi ia tidak boleh sama sekali memiliki sebarang unsur yang boleh ditafsirkan sebagai berkempen untuk diri sendiri atau pihak lain.

Lihat perkataan "memiliki sebarang unsur yang boleh ditafsirkan sebagai berkempen". Ayat itu mempunyai pengertian yang amat luas. Kebetulan pula sudah banyak blog dibangunkan oleh calun-calun pemilihan UMNO Mac depan. Ada yang dibangunkan sendiri oleh calun-calun tersebut. Ada juga yang dibangunkan oleh penyokong-penyokong mereka. Bagaimanakah status Khairy Jamaludin, calun ketua pemuda UMNO yang mempunyai blog-blog penyokong "die hard" seperti Suara SUKJ yang terang-terang berkempen untuk KJ dan menjatuhkan maruah calun-calun lain termasuk mengungkit hal ehwal mak-bapak mereka sekali di dalam blog beliau?

Pengerusi dan Ahli Lembaga Disiplin UMNO baca blog tak?

Sementara itu blogawan Politica ada pertanyaan di sini. Kolot?

Blog-blog lain yang berkempen untuk Khairy Jamaludin adalah:

ProKhairy
KJ For Ketua Pemuda UMNO

C-bOk akan cuba menyenaraikan blog-blog lain termasuk dari calun-calun lain untuk memberi gambaran tentang penggunaan blog di dalam berkempen dan samada peraturan terbaru ini wajar atau pun satu tindakan kolot dan terkebelakang Lembaga Disiplin.

Sunday, December 21, 2008

Fakta Salah RPK: Pemimpin Melayu Di Mana?

Rocky Bru telah menulis tentang perkara ini. Jebat Must Die juga telah membuat analisanya. RPK mendakwa penjuang kemerdekaan negara adalah Chin Peng. Dengan kata lain menidakkan sumbangan Melayu di dalam perjuangan kemerdekaan negara. Malahan menaikkan taraf pembunuh polis sebagai pejuang negara. Apa motif RPK?

Komen-komen lanjutan daripada artikel berkenaan pulak menunjukkan ketidak pekaan sebahagian daripada pekomentar. Mungkin kerana tidak arif dengan sejarah negara (anak muda? Penyokong parti...?) atau pun mempunyai semangat perkauman semborono yang kuat.

Mungkin akronim RPK - Raja Pembohong & Kelentong itu betul!

Masalahnya sekarang hanya blogawan yang menganalisa catatan serong RPK ini. Bagaimana pula dengan pemimpin-pemimpin Melayu yang lain? Di mana UMNO, PAS, PKR? Di mana pula pimpinan muda UMNO berjiwa besar? Mukriz, KT, KJ? Inilah masanya untuk menunjukkan tokoh kepimpinan anda. Satu isu yang benar-benar memerlukan pembelaan. Jangan dibiarkan RPK memperkotak-katikkan sejaah, kedaulatan negara dan maruah bangsa.

KDN! Bagaimana?

Saturday, December 20, 2008

Tun Mahathir on IJN

Kepada Pak Lah, Datuk Sri Najib dan sesiapa sahaja yang bakal membuat keputusan terhadap penswastaan IJN kepada Sime Darby, sila baca kenyataan Tun Dr. Mahathir.

"The Barisan Nasional Government is not too popular today. Why do something that may give the opposition another issue to belabour the Government."

Bak kata Nabil, "Lu pikirlah sendiri"

Friday, December 19, 2008

Another Brick in the Wall: Najib Statement On IJN Doesn't Jive

Another Brick in the Wall: Najib Statement On IJN Doesn't Jive

Persoalan yang berbangkit dengan cadangan untuk menjual Institut Jantung Negara kepada Sime Darby. Terlalu banyak persoalan yang belum dijawab dan kelibat Khairy di IJN ketika perkara ini sedang dibincangkan.

Adakah kebetulan? Atau sedang membuat rundingan?

Thursday, December 18, 2008

Hanya PM Yang Berfikir?

Menarik sungguh tajuk berita ini. Patutlah banyak kerja tak jalan. Banyak kerja tak siap. Akta dan undang-undang pun dah nak pencen baru sibuk di bentangkan di Parlimen.

Rupa-rupanya Pak Lah selama ini sibuk berfikir. Malahan orang lain yang sepatutnya berfikir tidak melaksanakan tanggungjawab itu, sehinggakan Perdana Menteri terpaksa membuat kenyataan "cannot just depend on me to think for them"

Bukan saya yang cakap. Tetapi PM yang cakap. Jadi selama ini apa yang berlaku di setiap koridor pembangunan adalah idea yang difikirkan oleh PM. Begitu juga denga pengisian di setiap koridor berkenaan.

Tuesday, December 16, 2008

Toyota CAMRY: Umpama Anak Dara Pinggitan

Bertuah sungguh kereta Toyota CAMRY.

Umpama anak pinggitan idaman ramai. Di intai oleh anak-anak jantan yang tergila-gilakannya. Bezanya di sini anak jantan itu ialah exco-exco Kerajaan negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat. Perak sudah pun mengumumkan pembelian kereta Camry bagi menggantikan kereta Proton Perdana. Selangor dan Kedah dijangka akan mengambil tindakan yang sama.

Atas alasan untuk menjimatkan perbelanjaan penyelenggaraan, maruah negara dipertaruhkan. Segala usaha dilaksanakan untuk memastikan hajat di hati tercapai..., demi untuk memiliki anak dara pinggitan yang menjadi idaman. Puas sudah hati exco negeri Perak. Tidak lama lagi negeri-negeri lain akan menyusul pula.

Sungguh cetek pemikiran orang politik. Usaha murni membangunkan sebuah industri dilihat sebagai usaha politik sehinggakan apa sahaja yang dilaksanakan oleh Kerajaan terdahulu perlu diketepikan. Dangkal sungguh penilaian ahli politik Pakatan Rakyat yang memperjudikan ekonomi negara demi kerana hendak duduk di dalam kereta empuk bernama Camry.

Apakah nasib Perusahaan Otomobil Nasional sekiranya Pakatan Rakyat memerintah negara nanti? Di Perak ianya dibuang. Mungkin juga akan dibuang di Selangor dan Kedah. Kalau Malaysia di perintah PR - mungkinkan Proton akan ditutup?

Monday, December 08, 2008

Blog Menghina Islam

Ada sebuah blog yang menghina Islam di sini. Apa pandangan anda?

Terima Kasih RELA, Polis, Tentera, Palang Merah, Bulan Sabit, AMAN Malaysia dan lain-lain. Mana Bar Council?

C-bOk ingin mengucapkan takziah kepada mereka yang kehilangan keluarga di tragedi tanah runtuh Bukit Antarabangsa dan berharap mereka bersabar dengan musibah yang menimpa ini. Pasti ada hikmah disebaliknya.

Seperti biasa, bila berlakunya musibah seperti ini kita akan melihat ramai mereka yang akan menyumbang tenaga untuk memberikan bantuan. Tidak kira bantuan itu digerakkan oleh agensi-agensi Kerajaan yang terbabit di peringkat pusat mahu pun di peringkat negeri dan juga badan-badan bukan Kerajaan seperti Persatuan Bulan Sabit, AMAN Malaysia dan sebagainya lagi. Musibah kali ini juga melihat restoran dan juga pemilik hotel memainkan peranan mereka dengan menyediakan makanan percuma untuk mereka yang bertugas - lebih-lebih lagi tragedi ini berlaku di musim perayaan aidil adha.

Pasukan sukarelawan RELA juga turut memainkan peranan penting dengan menggerakkan anggota mereka untuk memberikan bantuan khususnya di dalam proses memindahkan penduduk dari kawasan terbabit. RELA? Ya! RELA yang mahu dibubarkan oleh Bar Council tu atas alasan banyak aduan terhadap salah laku RELA [Bagaimana pula aduan terhadap salah laku Peguam? Ada peguam yang melesapkan duit anak guamnya. Ada peguam yang menipu. Apakah BAR Council pun kena bubar kerana salah laku Peguam-Peguam ini?]

Tahniah kepada RELA [dan juga sukarelawan lain] yang menyumbangkan tenaga di kawasan tanah runtuh Bukit Antarabangsa. Di mana sukarelawan BAR Council?

Sunday, December 07, 2008

Selamat Hari Raya Aidil-Adha

C-bOk dan keluarga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil-Adha kepada semua umat Islam di negara ini. Aidil-Adha adalah hari kemenangan khususnya kepada mereka yang menunaikan Haji.

Tuesday, December 02, 2008

Terkini: Tepat Seperti Ramalan - Mereka Juga Perkauman

Sah! Tepat seperti ramalan sebelum ini. Mereka juga perkauman. Sekiranya sebelum ini mereka mempersoalkan Ketuanan Melayu. Mereka mencadangkan kita hapuskan apa sahaja yang ada unsur-unsur Melayu. Apa sahaja yang Melayu tak boleh. Yang boleh ialah yang liberal. Yang saksama. Kata merekalah...

Namun sehari Mukriz bersuara sedikit tentang penghapusan sekolah aliran lain selain daripada aliran Kebangsaan. Atau ringkasnya kita hapuskan sahaja sekolah Cina dan sekolah India, sebaliknya semua pelajar dimasukkan ke dalam satu aliran untuk semua yang pasti akan menjamin satu masyarakat yang bersatu padu di masa hadapan - mereka semua terus melatah dan menunjukkan belang sebenar. Sekiranya dulu mereka anti Akta Hasutan. Kini Akta berkenaan hendak digunakan untuk menutup mulut Mukriz. Menutup mulut Melayu. Sungguh kurang ajar.

Mereka umpama "mengata dulang paku serpih, mengata orang mereka yang lebih". Mereka melenting. Tak boleh sentuh lansung tentang mereka. Jelas mereka plastik. Mereka berlakun lebih. Menuduh orang Melayu perkauman. Tetapi sifat perkauman mereka lebih tebal. Daripada pemimpin parti Kerajaan - mahupun parti pembangkang yang berteraskan kaum itu. Semuanya sama. Ada seorang itu, sungguh celupar. Buka mulut sahaja - kenyataannya menyakitkan hati. Bercakap tanpa jiwa. Angkuh!. Dan mereka ini mengaku sebagai pemimpin. Pemimpin kepala bapak kau!

Monday, December 01, 2008

Untuk CSL, KTK Dan Sesiapa Sahaja Yang Mempersoalkan Ketuanan Melayu Atau Tak Faham Persefahaman Kontrak Sosial

Banyak sangat polemik tentang Ketuanan Melayu ini. Nak cakap pun susah. Salah cakap boleh kena ISA. Kalau kita orang Melayu bercakap biasanya akan dianggap "racist". Kalau orang lain cakap boleh pulak. Cakap-cakap mereka bukan sahaja menyakitkan hati, tetapi mencabar satu-satunya kuasa yang ada pada kita.

Mereka yang mempersoalkan Ketuanan Melayu ini sebenarnya "plastik". Berlakun lebih. Konon mereka sudah tidak lagi memihak kepada kaum dan lebih liberal. Namun, cuba kita cadangkan kepada mereka untuk menutup sekolah-sekolah Cina dan semuanya masuk sekolah wawasan. Merekalah yang akan bermati-matian mempertahankan sekolah-sekolah bangsa mereka. Itu bukan perkauman ke CSL? Atau apakata Kerajaan mengarahkan sekolah-sekolah di tengah-tengah Kuala Lumpur (khususnya di Jalan Ampang) itu berpindah ke kawasan lain untuk mengatasi masalah kesesakan jalan terutamanya di waktu puncak? Mahu roboh Parlimen akibat polemiknya nanti.

Jadi kepada CSL, KTK dan mereka yang seangkatan dengannya, C-bOk ingin menyarankan supaya kita bersyukur dengan apa yang ada. Persefahaman yang kita ada setakat ini sudah sewajarnya mencukupi. Orang Melayu dapat kuasa sedikit, orang Cina dapat menguasai ekonomi lebih sedikit. Matlamat kita sekarang ini adalah berusaha untuk mengagihkan kuasa ekonomi dan politik secara sama rata dengan beransur-ansur. Sebarang tindakan drastik tidak memberi apa-apa kelebihan kepada sesiapa pun.

Cadangan calon Ketua Pemuda UMNO, Datuk Mukhiz Tun Mahathir (satu-satunya calon Ketua Pemuda yang memberi pandangan jelas tentang isu ini setakat ini) adalah jawapan kepada pertanyaan CSL dan KTK tentang sejauhmana orang-orang Melayu juga boleh bertindak di dalam hal ini.

The Star, Dec. 1st, 2008

Mukhriz: Scrap vernacular schools, one system for all
By SA’ODAH ELIAS

KUALA LUMPUR: Umno Youth chief aspirant Datuk Mukhriz Mahathir has called on the Government to abolish the vernacular school system as a means to enhance unity among people of various races.

He said a single school system was the only way to check the racial polarisation that was getting out of control in the country. “The government should consider introducing only one school system with Bahasa Malaysia as the medium of instruction, except for Science and Mathematics which are already being taught in English.

“Of course, pupils should then be given the option to study their mother tongues. Under this system, the Malays will also have the option of studying other languages like Mandarin and Tamil and this will further boost unity among them,” he told reporters at Parliament House on Monday.

The Umno Youth exco member said it was time for Malaysia to do away with the dual school system, which was practised by only a handful of countries in the world, as it had contributed to the problem of disunity in the country. He said over 99% of countries in the world practised a single school system. He expressed hope that leaders of Barisan Nasional component parties would not take his suggestion in a negative light as it was only meant as a suggestion to resolve, once and for all, the problem of racial polarisation affecting the citizenry.

“If they reject this suggestion, then they should explain why they are against it. How is it possible for them on one hand to talk about unity and question Malay rights, while on the other hand still insist on having a different school system for their race?

“If you want equal rights then you cannot have a different school sistem. You cannot have your cake and eat it too,” he added.

He also urged all parties to stop harping on issues that could create tension among Barisan component parties, including on the issue of Ketuanan Melayu or Malay supremacy. Lately, he said, there were many statements made by leaders of component parties that had the potential to create anger among the Malays and Umno members.

“If they insist on making statements on that issue, then do not be surprised if the Malays start talking about the economic supremacy of the non-Malays.

“Despite all that has been said on the issue of Malay supremacy, the Malays do not feel in any way superior or the master when it comes to the country’s economy,” he said.

Friday, November 28, 2008

Chua Soi Lek: Apa Ni?

Chua Soi Lek yang terkenal satu Malaysia kerana rakaman program "realitinya" tidak berapa lama dahulu dan kini diketepikan oleh Presiden partinya sendiri di dalam perlantikan ke jawatan penting parti, membuat kenyataan berkaitan dengan Ketuanan Melayu. Dia tidak menerima konsep Ketuanan Melayu sepertimana yang dilapurkan di dalam Malaysia Kini di sini.

Kenyataan ini sememangnya tidak sesuai dalam suasana masyarakat majmuk negara ini dan juga keadaan politik semasa. Namun sesuai dengan politik beliau sendiri yang umpama melukut di tepi gantang di dalam partinya sendiri. Kenyataan sebegini pasti akan meningkatkan sokongan politik ke atas beliau tetapi akan melaga-lagakan orang Melayu dan orang-orang Cina di negara ini. Tidak ada siapa yang untung dengan gaya politik seperti ini.

Eloklah beliau di disiplinkan segera oleh Presiden partinya. Kita cintakan keamanan dan kita mahu berjalan ke hadapan. Kita tidak ada masa untuk politik seperti ini.

Wednesday, November 26, 2008

Rasuah Politik: Tun M Kena Dedahkan

C-bOk pernah menulis tentang rasuah politik sebelum ini. Rasuah di dalam pemilihan kepimpinan UMNO kini menjadi bahan perbahasan di kedai-kedai kopi, kopitiam, hotel, blog dan macam-macam tempat lagi la.

Kalau ada anugerah "topik tahunan", maka isu rasuah di dalam pemilihan kepimpinan UMNO boleh mendapat anugerah utama.

Tak ada rasuah di dalam pemilihan UMNO?

Mana mungkin.

Kalau tidak ada angin takkan pokok bergoyang. Begitu juga dengan rasuah politik di dalam UMNO ini. Presiden sudah becakap. Timbalan Presiden sudah bercakap. Naib-Naib Presiden juga sudah bercakap. Ahli-Ahli MT juga bercakap. Malahan Lembaga Disiplin UMNO sendiri menerima lebih 900 aduan berkaitan dengan rasuah politik. Kalau dari 900 tu 10% sahaja yang terbukti benar dan disabitkan kesalahan sudah 90 kes. Itu sudah satu kes berat.

Namun di sebalik semua cakap-cakap orang besar di dalam UMNO yang dijadikan bahan di dalam ucapan-ucapan penting mereka, yang menjadi tajuk utama di dalam media-media massa tersohor (?) negara, di perbahaskan setiap hari di kedai-kedai kopi dan juga kopitiam, sehingga ke hari ini ianya kekal sebagai "isu gempak" sahaja. Tidak ada kekuatan politik (political will) untuk betul-betul mengambil tindakan ke atas perasuah-perasuah politik ini. Ya la..., kalau semua orang sudah bercakap - pastilah ada kebenarannya. Tapi disebalik caka-cakap tentang perkara ini, masih tidak ada tindakan ke atas mereka yang dilapurkan melakukan rasuah politik.

Sekiranya isu ini gagal dibenteras, ramalan Tun Mahathir yang UMNO dan BN akan kalah di dalam PRU ke 13 pasti akan menjadi kenyataan. Ini kerana pemimpin yang memimpin membeli kuasa mereka. Mereka menjadi pemimpin bukan kerana mereka sebenar-benarnya layak menjadi ketua, sebaliknya kerana mereka ada banyak duit. Ataupun ada penyokong yang berkepentingan melabur bagi pihak pemimpin berkenaan untuk meletakkan proksi mereka yang kemudian boleh dicucuk hidungnya.

Sehubungan dengan ini, C-bOk berharap Tun Mahahir mengotakan janjinya untuk mendedahkan nama calon-calon kepimpinan UMNO yang menggunakan duit untuk mendapat tempat di dalam hiraki kepimpinan UMNO. Pendedaan ini mestilah dengan bukti-bukti yang nyata supaya rakyat boleh menolak mereka.

Tun, rakyat menyokong anda.

Tuesday, November 25, 2008

Pengharaman Yoga: Tidak Kena Masa

Susah nak buat macam ini. Hanya pengamal yoga yang sudah lama berlatih dan mengamalkan seni senaman yoga setiap hari sahaja yang mampu untuk melakukannya.

Hari ini C-bOk bukan hendak bercerita tentang seni senaman yoga berkenaan, tetapi tentang pengharaman yoga yang dibuat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. C-bOk bukanlah seorang yang arif dengan fatwa maka C-bOk tidak akan mempertikaikan kesahihan fatwa berkenaan. Kalau sudah haram maka ianya haram.

Cuma C-bOk rasa masa yang diambil untuk membuat pengumuman menimbulkan rasa kurang senang banyak pihak dan juga polemik politik yang jika tidak dikawal akan menyukarkan kita. Kita semua dapat melihat gelombang "makkal sakti" yang dibawa oleh Hindraf. Walaupun pertubuhan ini telah diharamkan, namun mereka masih lagi tegar (degil) dengan pelbagai aktiviti yang menggugat kenterteraman awam. Mereka merasakan mereka terpinggir di negara ini walaupun hakikatnya tidak begitu. Bagi mereka mereka dinafikan hak, semua yang mereka buat tidak betul, dipinggirkan di dalam sektor awam, dihalangan daripada berpersatuan (Hindraf diharamkan) dan sebagainya lagi. Untuk menyuarkan pandangan mereka maka dianjurkan perhimpunan sana-sini dengan alasan demokrasi.

Jadi bagi C-bOk, dengan mengharamkan yoga yang begitu rapat dengan masyarakat India pada masa ini bukanlah satu tindakan yang bijak. Dalam masa yang sama juga pihak-pihak yang berwajib sendiri temasuk Raja-Raja tidak sepakat dalam hal ini. Tidakkah pihak-pihak berkenaan terfikir bahawa pengharaman ini akan dijadikan isu politik dan alasan bahawa Kerajaan meminggirkan masyarakat India?

Apa-apa pun wallahualam.

Thursday, November 20, 2008

Berita Harian: 5 Kementerian Patut Selaras Kajian Herba


MUSTAPA (tengah) bersama Zainal Azman dan Mahadzir (kiri) melancarkan Laman Web e-Dagang dan Taklimat Program Pengiklanan Media Internet Industri Herba di Kuala Lumpur, semalam.

Setiap agensi laksana fungsi hampir sama: Mustapa

KUALA LUMPUR: Pertindihan fungsi dalam aspek pelaksanaan tugas lima kementerian perlu disusun semula bagi memastikan pengeluaran bahan mentah herba negara yang ketika ini dianggarkan bernilai lebih RM400 juta terus berkembang.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mustapa Mohamed berkata, selain kementeriannya, kementerian terbabit ialah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi; Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi; Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pengajian Tinggi.

"Setiap agensi kementerian itu menjalankan tugas yang hampir sama. Contohnya, penyelidikan oleh Mardi, Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Kementerian Kesihatan adalah untuk meningkatkan kualiti industri herba."Namun, langkah bersepadu membolehkan tongkat ali, misai kucing, kacip fatimah, serai dan pelbagai jenis herba diberi perhatian sewajarnya kerana kegunaannya sudah mendapat tempat di kalangan masyarakat, sama ada bagi tujuan penjagaan kesihatan atau kecantikan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan majlis Pelancaran Laman Web e-Dagang dan Taklimat Program Pengiklanan Media Internet Industri Herba di sini, semalam. Hadir sama, Pengurus Besar Kumpulan Malaysian Herbal Corporation, Zainal Azman Abu Kasim dan Pengerusi DagangAsia Net Sdn Bhd, Mahadzir Mohd Isa.

Mustapa berkata, perubatan herba ditawarkan di tiga hospital terpilih iaitu Hospital Kepala Batas di Pulau Pinang, Hospital Pandan di Johor dan Hospital Putrajaya. "Ia memperlihatkan perkembangan industri herba negara yang semakin mendapat permintaan daripada masyarakat. "Justeru, kerajaan kini turut mengkaji usaha meningkatkan pengeluaran bahan mentah herba kerana ketika ini negara mengimport 65 hingga 70 peratus bahan mentah dari Indonesia dan India," katanya.

Sementara itu, Zainal berkata, keluaran industri herba tempatan akan meningkat kepada RM8 bilion tahun ini berbanding RM7.5 bilion tahun lalu

Wednesday, November 19, 2008

Komen Orang Singapore Terhadap Pakatan Rakyat

Opp state chiefs under fire
Pakatan dogged by weak governance and internal bickering

By Carolyn Hong, Malaysia Bureau Chief

Penang's government has been embarrassed by the cancellation of a touted tennis exhibition. Eight months after the election, leaders of opposition states have come under critical media scrutiny. -- PHOTO: THE STAR/ASIA NEWS NETWORK


KUALA LUMPUR: The Penang government must have winced each time the local newspapers splashed photographs of bleachers being dismantled along its Esplanade last week.

The stands were being taken down after a much-trumpeted tennis exhibition that was to have featured big names like Pete Sampras flopped as the organisers could not raise the funds.
The state government was embarrassed as it had promised to forgo the RM200,000 (S$84,600) rental fee if the event was successful, and had waived a RM2 million damage deposit.
But Penang Chief Minister Lim Guan Eng was defensive. 'We were neither the organiser nor co-organiser of the event. So why blame the state government?' he said on Sunday.
His critics say that the government could have collected the RM200,000 fee earlier. Mr Lim, who used to be a harsh critic of the former government, has suddenly found himself in the unfamiliar position of having to defend official decisions.

He is not alone in his predicament. Leaders of the four states won by the opposition Pakatan Rakyat in the March general election have also taken flak in the media recently. The sudden spate of bad news sits in stark contrast with the more forgiving reports of the early months following the election. And while some of the 'controversies' are petty, others highlight the real problems facing Pakatan.

The problems appear to be twofold - issues of governance due to inexperience, and issues of negotiations within the Pakatan coalition.

Penang's tennis exhibition fiasco is clearly one of a misstep in governance, exacerbated by poor damage control when the government attempted to shift blame to the local council.
There will be more such fiascos but these are less serious than the fundamental problem of Pakatan cohesion. It is evident that eight months after the election, it has yet to work out a cooperation mechanism, especially for resolving sticky issues arising from its promised multiracial platform.

'Pakatan still does not have any mechanism to resolve high-level disputes,' said political analyst Ong Kian Ming.

This has left the three component parties - each with its own communal interests - squabbling openly over new policies of the Kedah and Selangor governments in recent weeks. Selangor Chief Minister Khalid Ibrahim, from Parti Keadilan Rakyat (PKR), was criticised by his Parti Islam SeMalaysia (PAS) colleagues for promoting a Chinese woman to head the state economic development board.

Kedah Menteri Besar Azizan Abdul Razak, of PAS, drew anger from his Democratic Action Party (DAP) and PKR partners after his government reserved 50 per cent of new houses in the state for Malays.

These squabbles go to the heart of Pakatan's promise of racial justice, and are of greater public concern. Open quarrelling does not inspire confidence, especially when it takes on a belligerent tone.

Mr Azizan has chided his opposition colleagues and even his party's supporters club president Hu Pang Chaw for giving their views on the Malay housing quota. 'I know who he (Mr Hu) is...If he is really concerned about the policy and is a true PAS supporter, he should voice his opinion or suggestion properly,' Mr Azizan said yesterday.
He clarified that the ruling applied only to new developments on Malay reserve land converted to freehold status.

It is clear from these episodes that Pakatan has a rough road ahead. Mr Ong believes the onus is on opposition leader Anwar Ibrahim to build a more concrete coalition, but notes that the former deputy premier has shown little interest in this.

He points out that Datuk Seri Anwar has not set up a shadow Cabinet for the same reason that it would quickly reveal the rifts within Pakatan.

An opposition MP told The Straits Times that he, too, felt there should be more focus on building up the coalition's cohesion. 'I think there's a loss of focus after the first few months,' he said.
Mr Anwar has expended much energy on wooing lawmakers from the ruling Barisan Nasional coalition to defect, in a bid to topple the federal government. He had earlier claimed to have the support of enough defectors, but, after missing several self-declared deadlines, he has dropped the issue.

Some observers point out that the Perak government helmed by PAS' Nizar Jamaluddin is the only one to have escaped serious controversies, apart from the petty issue of his demand that a photographer delete pictures of him being served a lawsuit.

Credit, analysts say, must be given to Mr Nizar, who seems to have managed coalition politics effectively with the DAP, which holds the majority of the seats in the state.
carolynh@sph.com.sg

Komen C-bOk:
Pandangan ini adalah dari luar. Pastinya tanpa sebarang prejudis. Realitinya bila berpolitik bukan mudah untuk menjadi pemimpin. Mudah bercakap bila kita membangkang.

Tuesday, November 11, 2008

Wanita Silap Membuat Pencalunan?

Ketegasan Datuk Kamilia untuk menolak pelan peralihan kuasa Wanita UMNO serta hasrat beliau untuk terus bertanding jawatan Naib Ketua seperti yang dilapurkan hari ini menunjukkan kualiti pemimpin yang selama ini tersembunyi. Seseorang pemimpin mestilah berani bersuara, mempunyai prinsip, tidak menjadi pak turut dan yang pentingnya tegas. Kualiti ini tersembunyi selama ini kerana mainan politik mereka yang mempunyai kuasa.

Kesemua ciri-ciri ini terserlah apabila Datuk Kamilia dengan tegas menolak pelan peralihan kuasa Wanita UMNO yang direncanakan oleh Tan Sri Rafidah Aziz. Walaupun TS Rafidah berkata kepimpinan wanita menyokong pelan berkenaan, namun umum mengetahui Shahrizat tidak mempunyai kekuatan untuk berhadapan dengan TS Rafidah yang lebih garang dan hanya percaya kepada suara hatinya sahaja. Shahrizat kalah dengan anak Anwar Ibrahim yang masih hingusan. Inikan pula dengan TS Rafidah. Manakala exco yang lain hanya ikut-ikutan sahaja.

Ketegasan Datuk Kamilia hanya menyerlah akhir-akhir ini apabila beliau menunjukkan rasa tidak senang dengan pelan peralihan kuasa yang pada beliau tidak selari dengan Perlembagaan UMNO. Mungkinkah perwakilan Wanita UMNO telah tersilap membuat keputusan? Datuk Kamilia nampaknya mempunyai kualiti sebagai seorang ketua.

Peralihan Kuasa Wanita UMNO: Berkorban Atau Terkorban?

Satu Malaya sudah tahu adanya sokongan terhadap kedua-dua tokoh wanita iaitu Rafidah dan Shahrizat. Kedua-duanya layak bertanding jawatan Ketua Wanita UMNO. Namun Rafidah tidak mahukan pertandingan. Beliau mahu mengekalkan kuasa dan kemudian menyerahkan tampuk kuasa wanita kepada Shahrizat pada bulan Jun 2009 iaitu 3 bulan selepas perhimpunan agung UMNO.

Perbincangan di kalangan EXCO Wanita semalam sebulat suara untuk mengekalkan pelan peralihan kuasa yang telah dipersetujui sebelum ini. Dengan kata lain, Shahrizat tidak mencabar Rafidah untuk jawatan Ketua.

Walaubagaimanapun dalam masa yang sama, Shahrizat yang telah layak untuk mencabar Rafidah juga dalam masa yang sama layak untuk mempertahankan jawatan Timbalan Ketua Wanita. Malangnya, Datuk Kamilia Ibrahim (Ketua Wanita Kuala Kangsar) juga layak untuk bertanding/mencabar Shahrizat sebagai Timbalan Ketua. Datuk Kamilia tidak hadir di dalam mesyuarat semalam di samping beberapa orang lagi exco Wanita yang menyokong Shahrizat. (Jadi bagimana pula keputusan semalam di katakan sebulat suara...?)

Dengan melihat kepada perkembangan ini, masa depan politik Shahrizat dan Kamilia dipertaruhkan oleh Rafidah yang lebih bijak berpolitik. Semua orang tahu dengan gaya politik Rafidah yang lebih keras dan tegas berbanding dengan gaya lembut Sharizat yang kalah dengan anak Anwar Ibrahim yang masih hingusan. Sekiranya salah langkah, kedua-dua Shahrizat dan Kamilia akan tersungkur.

Alasan untuk memperkukuhkan parti oleh Rafidah boleh diperdebatkan. Demi perpaduan Wanita, Shahrizat dan Kamilia di minta berkorban. Namun kalau silap perhitungan mereka mungkin terkorban.

Monday, November 10, 2008

Politik Wang. Betul ke Tidak?

Bercakap tentang politik wang khususnya di dalam pemilihan kepimpinan UMNO sekarang ini bukan calang-calang topik. Semua bercakap tentangnya. Daripada ahli cawangan, bahagian, negeri dan juga pusat. Yang bercakap pun handal-handal belaka. Ahli Majlis Tertinggi, Naib Presiden, Timbalan Presiden, calun-calun jawatan utama dan juga Presiden sendiri.

Hari ini, Presiden parti, Datuk Sri Abdullah Ahmad Badawi juga bercakap mengenainya. Cakap-cakap beliau seolah-olah mengesahkan apa yang berlaku. Apabila yang bercakap itu seorang yang duduk di hiraki tertinggi kepimpinan, tentulah maklumatnya bukan calang-calang maklumat. Hanya maklumat yang telah ditapis dan disahihkan ketulenannya sampai ke Presiden (sepatutnya). Pastinya beserta dengan bukti-bukti yang jelas. Kalau tidak pastilah Presiden tidak bercakap dengan nada yang begitu sedih. Siap dengan muka-mukanya menunjukkan kesedihan dan kemarahan.

Namun disebalik cakap-cakap ini sejak beberapa bulan/tahun yang lepas, ianya kekal sebagai cakap-cakap sahaja. Tidak ada tindakan yang benar-benar berkesan untuk mengatasi masalah ini. Maka cakap-cakap itu hanya akan kekal sebagai cakap-cakap atau pun digunakan kelak untuk mengungut mana-mana calun yang cuba nak lawan tokey (?)

Sunday, November 09, 2008

Pencalunan Khairy Di Rembau.

Membaca akhbar Sinar Harian hari ini berkaitan dengan pencalunan Khairy Jamaludin sebagai calun untuk jawatan Ketua Pemuda UMNO di Rembau semalam mengundang rasa gelihati dan juga kecewa.

C-bOk gelihati kerana suara ramai yang menjerit-jerit meneriakkan nama KJ di anggap sebagai restu untuk membolehkan beliau menang tanpa bertanding sebagai calun daripada Rembau.

Kecewa kerana KJ atau sesiapa sahaja daripada Rembau yang tidak membenarkan ahli dari Rembau untuk mencalunkan nama lain dan membolehkan KJ untuk membuktikan beliau benar-benar anak jantan dan mengalahkan sesiapa sahaja yang bertanding melawan beliau. Sekiranya pertandingan itu dibenarkan dan KJ menang, hatta dengan satu (1) sekali pun - dia tetap menang akan diingat sebagai anak jantan yang berjuang secara "gentleman".

Apabila pencalunan beliau dilaksanakan sepertimana yang dilaksanakan di Rembau semalam - maka pandangan negatif orang ramai terhadap beliau tidak dapat dielakkan. Perlu diingat dan tidak boleh dinafikan oleh sesiapa sahaja khususnya mereka yang hadir di Rembau semalam bahawa sememangnya ada permintaan untuk megemukakan nama-nama lain juga selaras dengan prinsip demokrasi untuk dipertandingkan tetapi ditolak oleh Pengerusi Tetap (Besarnya kuasa Pengerusi Tetap)

Friday, November 07, 2008

ex-Gratia: Kenapa Banyak Sangat?

C-bOk tidak minat nak masuk campur dengan perkara ini pada mulanya. Tetapi apabila membaca akhbar hari ini berkaitan dengan jumlah pembayaran ex-gratia (bonus/duit raya?) yang diberikan oleh Kerajaan (Baca: Zaid Ibrahim) kepada bekas Ketua Hakim Negara dan lima orang hakim kanan yang berjumlah RM10.5 juta mengundang rasa amarah di dalam hati. Banyak persoalan yang timbul.

Kenapa banyak sangat? Apa asas yang dijadikan perkiraan di dalam menentukan jumlah bayaran kepada mereka? Kenapa ada yang dapat lebih dan kenapa ada yang dapat kurang? Apa peruntukan undang-undang yang digunakan di dalam memberikan ex-gratia tersebut? Benarkah mereka layak? Banyak lagilah soalan..........

C-bOk membangkitkan soalan ini kerana tiga perkara:

  1. Hukuman ke atas mereka sebelum ini dibuat oleh sebuah tribunal yang sehingga kini keputusannya masih belum tercabar;

  2. Kesemua mereka menerima pencen (kalau pegawai kecil biasanya tak dapat pencen sekiranya di dapati bersalah oleh mana-mana mahkamah atau tribunal. Double standard?);

  3. Duit yang digunakan adalah daripada peruntukan dana awam.

Ini bukanlah satu keputusan yang tepat atau hebat daripada kabinet kita yang membuat keputusan berdasarkan kepada cadangan menteri yang bertanggungjawab ketika itu yang kemudiannya telah meletak jawatan ketika cap jari pun masih belum kering. Nasib baik la RM10 juta. Kalau RM100 juta?

Wednesday, November 05, 2008

Presiden Barrack Obama

Calon dari Parti Demokrat terpilih menjadi Presiden Amerika Syarikat yang baru. Kemenangan beliau mencatat sejarah sebagai rakyat kulit hitam pertama menjadi Presiden dan merupakan yang termuda di dalam sejarah.

Tahniah Presiden Obama.

Insentif Perangsang Ekonomi Negara

Ketika meneliti pakej-pakej rangsangan yang diumumkna di Parlimen semalam oleh Y.A.B. Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, C-bOk teringat dengan kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim beberapa hari yang lalu.

"Disebabkan masalah ekonomi semakin teruk, kita mesti bekerjasama dengan Kerajaan untuk memastikan negara selamat."

Namun langkah yang diambil beliau dan semua Ahli Parlimen pembangkang yang lain keluar daripada dewan ketika TPM membuat ucapan penggulungan, tidak menggambarkan sikap beliau untuk bekerjasama dengan Kerajaan "untuk memastikan negara selamat". Hanya kerana TPM tidak memberi ruang kepada mana-mana Ahli Parlimen pembangkang mencelah, semuanya merajuk dan berpakat untuk keluar dewan.

Kalau sudah orang politik, semuanya akan dipolitikkan. Sudah menjadi kiblat politik untuk mencari ruang bagi mendapat perhatian dari segala tindakan mereka. Malangnya politik seperti ini bukanlah satu tindakan yang sesuai dengan suasana ekonomi semasa yang memerlukan penggembelingan semua untuk memastikan negara kita (diulang: Negara Kita) tidak tersungkur ketika ekonomi dunia semakin menguncup.

Antara pakej-pakej rangsangan yang telah diumumkan semalam di samping Bajet 2009 yang telah diumumkan sebelum ini dijangka akan menyokong pertumbuhan yang berterusan kepada ekonomi negara. Di dalam memastikan ekonomi terus berkembang, langkah terbaik ialah menggalakkan perbelanjaan. Ini boleh dilaksanakan melalui peruntukan yang ditambah di dalam pembinaan insfratruktur. Strategi ini terbukti berkesan ketika kemelesetan ekonomi tahu 1997 - 1998 di mana Malaysia ketika itu meningkatkan perbelanjaan di dalam projek-projek insfrasruktur yang telah merancakkan aktiviti ekonomi melalui pembinaan pelbagai keperluan seperti lapangan terbang, bangunan pejabat, jambatan, sekolah, lebuhraya dan sebagainya.

Sehubungan dengan ini, peruntukan sebanyak RM7 billion untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang memberi impak besar kepada ekonomi seperti pembinaan 25,000 buah rumah kos rendah, pembinaan sekolah, lebuhraya, penambahbaikan sistem pengangkutan awam, menaikkan kadar kelayakan pinjaman kereta kakitangan Kerajaan, memanjangkan tempoh bayaran balik pinjaman perumahan kerajaan dan lain-lain lagi adalah langkah bijak di dalam memastikan kecairan di dalam ekonomi negara. Kesemua projek-projek yang diumumkan ini dijangka akan membolehkan kontraktor dan usahawan tempatan melaksanakan pelbagai projek yang memberi peluang pekerjaan serta mewujudkan kecairan (liquidity) di dalam ekonomi.

Kecairan ekonomi akan membolehkan matawang bertukar tangan dan melalui proses ini semua pihak seperti pekerja, kontraktor, penjual runcit, pemberi perkhidmatan dan orang awam boleh menjana pendapatan. Apabila pendapatan di jana, maka Kerajaan boleh mengutip hasil melalui cukai-cukai yang telah ditetapkan oleh pelbagai akta dan peraturan sedia ada. Hasil ini kemudian dibelanjakan semula untuk memantapkan pembangunan negara dan meneruskan pusingan hayat ekonomi. Kitaran ekonomi ini akan memberi kesan positif kepada ekonomi negara. Dan semestinya ianya baik untuk rakyat.

Oleh itu, C-bOk berpendapat sekarang ini bukanlah masa untuk beretorik atau berpolitik. Segala kudrat dan tenaga kita perlulah digembeling untuk memastikan negara kita tidak menerima kesan yang ketara kepada penguncupan ekonomi dunia. Kita perlu bekerjsama dengan memberikan pandangan-pandangan bernas serta cadangan-cadangan yang boleh dipertimbangkan untuk memastikan Malaysia sekali lagi boleh berhadapan dengan krisis ekonomi dunia dengan cara kita sendiri.

Tuesday, November 04, 2008

Pembangkang Keluar Dewan. Pengecut Atau Budak-Budak?

Ini bukanlah kali yang pertama, tetapi insiden yang serupa telah berlaku beberapa kali. Ahli Parlimen Pembangkang yang diketuai oleh Datuk Sri Anwar Ibrahim keluar dewan apabila permintaan (gangguan?) mereka untuk mendapatkan penjelasan daripada Timbalan Perdana Menteri (TPM) semasa penggulungan perbahasan belanjawan 2009 dibuat. TPM mahu menghabiskan ucapan beliau dahulu sebelum memberi ruang kepada soalan, manakala pembangkang pula meminta ruang untuk mengemukakan soalan dan memohon penjelasan segera.

TPM berhak untuk meneruskan ucapan beliau dan dibenarkan oleh peraturan mesyuarat. Namun Ahli Parlimen pembangkang berpendapat sebaliknya.

Berdasarkan kepada peraturan mesyuarat, TPM berada di pihak yang benar. Jadi sikap pembangkang di dalam hal ini agak kebudak-budakan. Sikit-sikit nak merajuk. Bila merajuk, terus keluar dewan. Sebagai rakyat dan pembayar cukai, C-bOk harap pemimpin kita dari parti pemerintah serta barisan pembangkang - gunakanlah kuasa mereka dengan bijak. Membuat bising, menjerit dan keluar dewan tidak bermakna anda hebat.

Thursday, October 30, 2008

Keperluan Untuk Bersuara Ke Atas Isu Yang Relevan

C-bOk berpendapat kepimpinan dan calun kempimpinan UMNO di semua peringkat wajar memberikan pandangan mereka tentang gesaan yang dibuat oleh Naib Presiden MCA, Datuk Liow Tiong Lai tentang penghapusan 30% ekuiti Bumiputra di dalam ekonomi. Pendirian mereka terhadap isu-isu yang menyentuh kebajikan orang-orang Melayu sebagaimana yang telah dipersetujui melalui kontrak sosial artikel 153 Perlembagaan Persekutuan wajar mencorakkan pendirian dan arah tuju pemimpin di dalam menjadi ketua.

Sehubungan dengan ini, kenyataan yang dibuat oleh Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir terhadap isu ini kena pada tempatnya. Kenyataan ini adalah lebih bermakna daripada cadangan untuk berdebat sebagaimana yang di sibukkan oleh KJ dan KT (calun-calun Ketua Pemuda UMNO). Berikut adalah kenyataan Datuk Mukhriz sebagaimana yang dilapurkan oleh BERNAMA.

Bukan masa hapuskan 30 peratus ekuiti bumiputera dalam ekonomi, kata Mukhriz
29/10/2008 12:18pm


ALOR STAR 29 Okt. — Penghapusan dasar pemilikan 30 peratus ekuiti bumiputera dalam syarikat-syarikat senaraian awam akan hanya melemahkan lagi ekonomi orang Melayu, kata Anggota Exco Pemuda UMNO, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Menurutnya, sekarang bukan masa untuk mencadangkan 30 peratus ekuiti orang Melayu dihapuskan sebaliknya ia masa bagi meningkatkan ekonomi mereka.

“Pencapaian mereka paling hebat pun baru 22 peratus tetapi kini merosot kepada 18 peratus. Jadi wajarkah dasar itu dihapuskan atau dilonggarkan?," katanya bagi mengulas kenyataan Naib Presiden, MCA Datuk Liow Tiong Lai yang mahu syarat itu dihapuskan.

Mukhriz, yang juga Anggota Parlimen Jerlun, berkata, banyak lagi matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB) belum tercapai dan usaha perlu dilakukan bagi memantapkan daya saing mereka dengan kaum lain yang maju dalam bidang ekonomi.

“Selagi golongan bumiputera belum selesa dan yakin dengan kemampuan mereka, dasar ini tidak boleh dihapuskan,” katanya. - Bernama

Tuesday, October 28, 2008

Haramkan Sahaja Pekerja Dari Lombok Indonesia

Satu Nusantara sudah tahu dengan kes ini. Hari ini, sebagaimana yang dilaporkan di dalam akhbar-akhbar utama negara, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, Ketua Putera Pemuda UMNO dan ibu serta bapa Noor Fadelah tiba di Selaparang, Lombok untuk membawa kembali anak mereka yang dilarikan orang.

Kerajaan kedua-dua negara melalui jabatan Kerajaan berkaitan dan juga parti-parti politik terpaksa di gerakkan untuk menyelamatkan anak gadis rakyat Malaysia, Noor Fadilah Ahmad, 18 tahun yang dilarikan oleh seorang pemuda dari Lombok Nasrudin Dahrom.

Ketika kedua ibu bapa Noor Fadilah sedang berduka di negara ini mengenangkan nasib anak mereka yang dilarikan, keluarga dan penduduk Nasrudin meraikan anak jantan mereka yang menunjukkan "kejantanan" dengan melarikan anak gadis orang. Bagi mereka, sudah mejadi budaya mereka melarikan anak orang untuk dinikahi. Mereka yang berjaya umpama hero di dalam masyarakat.

Kes ini bukanlah satu kes yang terpencil. Ada beberapa kes yang serupa berlaku sebelum ini. Masalah sosial seperti ini dan masalah jenayah yang dikaitkan dengan pendatang tanpa izin dari Indonesia sudah menjadi nanah dalam masyarakat kita. Untuk menghalang sama sekali kedatangan mereka ke negara ini tentulah sukar kerana kita masih bergantung dengan tenaga kerja luar untuk aktiviti pembangunan negara.

Namun Kerajaan perlulah mengambil tindakan yang tegas untuk mengatasi masalah jenayah dan sosial yang dibawa oleh PATI ini. C-bOk ingin mencadangkan salah satu langkah proaktif kita ialah mengharamkan kedatangan pekerja daripada LOMBOK Indonesia.

Friday, October 24, 2008

Oh! Anwar

Sekiranya apa yang diterbitkan di dalam akhbar-akhbar tempatan hari ini adalah betul, maka Anwar Ibrahim telah sekali lagi menukar tarikh penubuhan Kerajaan baru pimpinan Pakatan Rakyat. Kenyataan beliau yang dipetik Sinar Harian berbunyi [juga di laporkan oleh akhbar-akhbar lain - tempatan dan antarabangsa]


Disebabkan masalah ekonomi semakin teruk, kita mesti bekerjasama dengan Kerajaan untuk memastikan negara selamat
Sekiranya C-bOk jadi Presiden PAS ataupun DAP, pasti C-bOk sudah pening kepala tahap gaban kerana cakap Anwar Ibrahim yang terbaru ini. Nampaknya Anwar Ibrahim bukan sahaja telah menukarkan tarikh pengambil alihan Kerajaan, dalam masa yang sama beliau kini mahu bekerjasama dengan Kerajaan pula untuk memastikan negara selamat. Pening! Pening!

Sekiranya kerjasama itu boleh diwujudkan, kenapa perlunya penubuhan Pakatan Rakyat dan juga cakap-cakap untuk menubuhkan Kerajaan baru? Kenapa perlu berarak ke sana ke mari membuat kenyataan dan mengumumkan tarikh penubuhan Kerajaan baru sebelum ini? Sekiranya Anwar Ibrahim yakin bahawa kerjasama dengan kerajaan sedia ada akan menjamin negara selamat dan juga merancakkan eknomi negara - apa perlunya beliau menentang Kerajaan?
Apa yang rakyat mahukan ialah sebuah negara yang aman, ekonomi yang berkembang dan semua rakyat boleh hidup gembira. Sekiranya itu boleh dicapai melalui kerjasama Anwar Ibrahim dengan Kerajaan kenapa kita perlu berhadapan dengan saat sukar seperti sekarang ini?

Apakah kerana beliau kini sendiri sudah tidak yakin dengan kekuatan beliau sendiri untuk mengambil alih Kerajaan dan menjadikan ekonomi dunia sebagai alasan untuk melindungi kegagalan penubuhan sebuah kerajaan baru? Bagaimana dengan pandangan ahli-ahli gabungan di dalam Pakatan Rakyat? Apa pandangan mereka? Adakah Anwar selama ini menipu dan ahli-ahli Pakatan Rakyat telah ditipu?

Kenapa Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat membuang masa kita?

Wednesday, October 22, 2008

Ketua Hakim Negara

Tan Sri Azmi Tun Zaki telah diperkenankan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong sebagai Ketua Hakim Negara yang baru berkuatkuasa 18 Oktober 2008. Tahniah diucapkan kepada Tan Sri Azmi. Kerajaan yang membuat keputusan untuk melantik Tan Sri Azmi di sebalik "tentangan" terhadap cadangan berkenaan pasti mempunyai sebab-sebab mereka yang tersendiri dan sewajarnya mempunyai jawapan terhadap apa-apa persoalan dan tentangan yang bakal timbul.

Apa-apa pun C-bOk ingin mengucapkan tahniah kepada Tan Sri Azmi.

Sunday, October 19, 2008

"Abdullah Bidas Mahathir": Saya Nak Beri Pandangan

Abdullah Bidas Dr Mahathir

Oct 18, 08 11:27pm

[Versi Kemas kini]

[Perdana Menteri membuat kenyataan ini sebagai membidas kenyataan/pandangan Tun Dr. Mahathir. Sebagai Presiden parti, Perdana Menteri berhak menyuarakan pandangan beliau. Sebagai bekas Presiden parti - Tun Mahathir juga berhak bersuara. Dan sebagai ahli parti, C-bOk juga ingin memberikan pandangan C-bOk berkaitan dengan hal ini. Kenyataan C-bOk adalah berwarna merah]

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi membidas bekas perdana menteri Datuk Seri Dr Mahahir Mohamad yang menurutnya berlagak seolah-olah pengarah pilihan parti yang menentukan "siapa yang perlu berada dalam parti Umno dan siapa yang perlu dikeluarkan".

- Sesiapa sahaja berhak untuk menentukan siapa yang berada di dalam parti dan juga mereka yang patut dikeluarkan. Pemilihan kepimpinan UMNO sebagai parti tunjang negara sememangnya menjadi perhatian ramai. Siapa yang dipilih menjadi pemimpin akan menentukan hala tuju negara. Kejayaan negara adalah tertakluk kepada keupayaan pemimpin yang dipilih memimpin parti dan menyatukan negara untuk menjadi sebuah negara yang maju dan harmoni. Sehubungan dengan ini, sesiapa sahaja berhak memberi pandangan siapa yang patut mempimpin UMNO dan siapa yang tidak patut. Yang tidak patutnya ialah menggunakan kuasa dan pengaruh untuk menentukan siapa yang menjadi pemimpin. Keputusan walaubagaimanapun adalah tertakluk kepada ahli-ahli UMNO sendiri.

Perdana Menteri berkata Umno tidak pernah memerlukan arahan daripada pemimpin yang tidak berada dalam parti itu.

“Siapakah Tun yang dah keluar parti Umno itu nak cuba membuat arahan kepada orang Umno apa yang patut dilakukan? Dia berlagak seolah-olah menjadi pengarah kepada pemilihan parti, menentukan orang itu memegang jawatan itu...orang ini pula memegang jawatan ini, siapa yang perlu ada dalam parti, siapa yang perlu dikeluarkan. Apa hak dia buat begitu?," katanya dalam sidang di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, malam ini.

- Tun Dr. Mahathir mempunyai hak sebagai bekas pemimpin UMNO yang berpengalaman dan masih mempunyai pengaruh yang kuat untuk memberikan pandangan. Namun ahli-ahli UMNO perlu membuat keputusan sendiri berdasarkan pertimbangan yang bijak bagi menilai pandangan beliau. Sekiranya pandangan Tun Dr. Mahathir itu salah, maka mereka boleh menolaknya dengan baik.

Menurut Bernama, Abdullah mengulas kenyataan Mahathir yang mahu perwakilan Umno "mengusir orang-orang Abdullah" dalam pemilihan parti itu Mac depan.

- Bagaimana dengan orang-orang Tun Dr. Mahathir yang diusir dan dipinggirkan?

"Sebenarnya beliau mahu menimbulkan pergolakan, kemarahan dan kebencian. Apakah salah sangat orang-orang yang bekerja dengan saya. Apakah kalau mereka itu tidak bercakap atau tidak riuh-rendah maka itu mesti dianggap sebagai orang yang tidak baik...orang yang tidak pernah membuat baik untuk Umno dan kerajaan."Siapa dia yang membuat penentuan seperti itu. Ini akan menimbulkan kebencian sesama ahli Umno, mengajar ahli Umno bergaduh sesama sendiri," katanya.

- Sebagai rakyat dan ahli UMNO, C-bOk melihat mereka yang menyokong secara membabi buta itu tidak mempunyai pemikiran yang tersendiri. Mereka menyokong kerana ingin kekal dengan jawatan dan habuan. Contohnya tempoh kempen yang terlalu lama mengundang banyak masalah. Ramai yang tahu tetapi semuanya tidak mahu atau tidak berupaya untuk memberi pandangan walaupun itulah yang sebaik-baiknya. Apabila ada yang memberi pandangan - mereka akan di cop sebagai anti MT dan anti PM. Keputusan MT atau PM tidak semestinya yang terbaik dan langsung tidak boleh dbahas. Kini wujud usaha untuk menggambarkan mereka yang memberi pandangan bernas sebagai "orang yang tidak diingini di dalam UMNO atau pun pengacau". Ini tidak adil.

Abdullah berkata beliau mengambil keputusan untuk tidak bertanding jawatan presiden Umno bagi mengelakkan perbalahan sesama anggota parti.

"Oleh sebab adanya pertandingan sebagaimana yang biasa berlaku terutama di peringkat atasan berpecah belah. Kita patut belajar daripada apa berlaku dulu.

"Cakap macam ini akan menimbulkan kemarahan kepada mereka yang dianggap tidak boleh terima, mesti diketepikan.

"Saya menganggap apa yang Tun telah lakukan sebenarnya menimbulkan perkelahian di dalam Umno," kata Abdullah.

- C-bOk beranggapan perkelahian itu tidak wujud dan tidak akan wujud di kalangan mereka yang ingin melihat pembaharuan dan kemajuan di dalam UMNO. Yang hendak berkelahi ialah di kalangan yang hendak mengekalkan status kuo dan mengekalkan tempat pergantungan mereka.

Menurut perdana menteri, gesaan Mahathir itu tidak akan mendatangkan kebaikan.

- I beg to differ Mr. Prime Minister. Hanya apabila ada yang berani bersuara seperti Tun Dr. Mahahir, barulah kita melihat adanya usaha untuk membaiki kepincangan di dalam UMNO. Selama ini tidak ada yang berani bersuara dan kita melihat kejatuhan BN, UMNO dan parti-parti lain. Gesaan Tun Dr. Mahathir itulah yang telah membawa kebaikan kepada BN/UMNO.

"Inikah "reform" yang diharapkan...Kita ada kebebasan, tiap-tiap ahli Umno ada kebebasan untuk bertanding.

- Setuju. Sepatutnya Tun Dr. Mahathir dibenarkan oleh Bahagian beliau sendiri untuk bertanding sebelum ini. Kebebasan itu mestilah dibuktikan, Bukan sekadar bercakap sahaja.

"Saya dengar kata Ali Rustam (Ketua Menteri Melaka) yang nak bertanding timbalan presiden dicuba orang tertentu memaksa dia untuk tarik balik...Mengapa suruh Ali tarik balik? Apa tak eloknya Ali?.

- Semua calon elok. Semua boleh bertanding. Tetapi elok juga kita mengukur baju di badan sendiri. Pemimpin yang hendak diangkat bagi menjadi pemimpin kanan UMNO tidak cukup dengan sokongan pak cik dan mak cik di kampong-kampong sahaja. Pemimpin yang dipilih hendaklah berupaya untuk mendapat sokongan semua peringkat termasuk mempunyai kredibiliti di peringkat pusat dan juga antarabangsa. Siapa sahaja yang kita pilih akan memainkan peranan penting di peringkat antarabangsa untuk memartabatkan negara ini. Kebolehan berbahasa Inggeris serta keupayaan perundingan yang tinggi adalah antara kriteria penting.

"Tak boleh diberi saja kebebasan untuk bertanding....tentu ada orang yang mahu sokong mahupun yang tak sokong. Jadi biarlah dia bertanding dan biarlah orang Umno menentukannya," katanya.

- Orang-orang UMNO perlu membuat keputusan bijak. Seperti dinyatakan di atas, sokongan pak cik dan mak cik di kampong sahaja tidak cukup untuk memilih pemimpin. Kita perlu pastikan bahasa pemimpin yang dipilih mempunyai keupayaan dan memenuhi kriteria tertentu bagi membolehkan pemimpin berkenaan memainkan peranan yang berkesan.

Dalam hal ini, anggota Umno tidak perlu orang daripada luar untuk memberi arahan.

"Adalah lebih baik Tun tak cakap langsung pada hari ini," katanya.

Friday, October 17, 2008

Peringatan Raja-Raja Melayu

PERINGATAN Raja-Raja Melayu berkaitan dengan beberapa perkara yang berhubung dengan Perlembagaan Persekutuan sepertimana yang diterbitkan di dalam akhbar-akhbar utama hari ini sewajarnya diambil perhatian oleh semua pihak.

Namun C-bOk berpendapat perhatian yang lebih wajarlah diberikan oleh orang-orang politik [atau mana-mana kumpulan yang menjalankan aktiviti berkaitan dengan politik] di mana di dalam usaha mereka untuk mendapatkan kuasa atau mengekalkan kuasa - sentiasa berpijak di bumi yang nyata dan meletakkan Perlembagaan Persekutuan sebagai panduan di dalam tindak tanduk mereka.

Sebarang usaha yang memperjuangkan kuasa berdasarkan emosi dan fahaman perkauman yang sempit sewajarnya di ketepikan untuk menjamin cucu cicit kita bleh terus hidup aman dan damai di negara ini. Setiap pemimpin politik - tidak kira Melayu, China, India dan lain-lain suku kaum hendaklah sedar bahawa mereka berkuasa kerana diberikan mandat oleh rakyat. Rakyat berhak meletakkan mereka di takhta kekuasaan dan dalama masa yang sama rakyat berhak menurunkan mereka semula. Jadi janganlah jadi "kaduk naik jungjung" apabila diberikan "kuasa" yang hanya bersifat sementara itu.

Tuesday, October 14, 2008

Pengumuman: Pelajar Kajian Sebaran Am UiTM

Khas untuk graduan "Masscommites" [Kajian Sebaran Am] UiTM.

Satu laman web untuk bekas-bekas pelajar Mass Comm telah diwujudkan di sini [http://masscommuitm.ning.com/]. Pendaftaran adalah percuma. Sekiranya anda graduan Mass Comm (tidak kira dari generasi 70an - hingga kini), anda dijemput untuk mendaftar dan berkongsi maklumat terkini di laman web ini.

Mana Suara Menyokong Utusan Malaysia?

C-bOk tertarik dengan isu yang dibangkitkan oleh Saudara Mansor bin Putih di dalam suratnya kepada Rocky (Rocky's Bru) yang mempersoalkan kenapa tiada orang, kumpulan, persatuan atau parti politik yang bangun untuk mempertahankan Utusan Malaysia sepertimana kumpulan/individu yang sanggup berhujan/berpanas menganjurkan "candle light vigil", menyerang pemimpin (ambush) dan sebagainya.

Beliau mempersoalkan di mana Presiden NUJ (National Union of Journalist) yang menyerbu Menteri ketika 3 orang di tahan di bawah Akta ISA baru-baru ini, tetapi diam menyepi apabila Utusan Malaysia di saman RM30 juta oleh Theresa Kok? Bukankah inilah masa yang sesuai untuk Presiden itu mempertahankan hak dan kebebasan akhbar serta kebajikan para wartawan yang bernaung di bawah NUJ?

C-bOk juga ingin bertanya di mana pemimpin-pemimpin politik khususnya dari UMNO di dalam mempertahankan Utusan Malaysia dan editor Saudara Mohd. Zaini Hassan yang kini berdepan dengan saman tersebut? Selain daripada UMNO Bahagian Cheras dan ketuanya Syed Ali Alhabshee, pemimpin-pemimpin lain hanya berdiam diri. Dalam masa yang sama, hanya beberapa orang blogger sahaja yang membuat catatan bagi membangkitkan kesedaran terhadap apa yang dihadapi oleh Utusan Malaysia dan wartawannya seperti C-bOk sendiri dan juga Saudara Akhiruddin Attan (Rocky).

Tidak ada kenyataan menyokong perjuangan Utusan Malaysia dan tidak ada usaha untuk memulakan satu inisiatif bagi membantu Utusan Malaysia di dalam menghadapi saman yang dikemukakan oleh Theresa Kok. Sedangkan kepimpinan Melayu boleh dikatakan berhimpun setiap hari di seluruh pelusuk negara kerana mesyuarat Bahagian-Bahagian UMNO ketika ini.

Semuanya seakan terlupa dengan kebajikan Utusan Malaysia dan wartawannya. C-bOk harap Presiden NUJ dan pemimpin-pemimpin Melayu segeralah bangun mempertahankan Utusan Malaysia yang merupakan salah satu daripada institusi keMelayuan kita. Janganlah harapkan blogger sahaja yang melakukannya.

Monday, October 13, 2008

Tabung Azan

Tabung ini telah dilancarkan oleh UMNO Bahagian Cheras untuk menyokong perjuangan menegakkan kebasan melaungkan azan di masjid dan surau di seluruh negara bersama dengan akhbar Utusan Malaysia.

Hasil kutipan tabung ini akan digunakan untuk membantu mana-mana masjid dan surau di negara ini untuk membeli peralatan pembesar suara selain keperluan lain yang berkaitan. Selain daripada itu, tabung ini akan digunakan untuk melahirkan muazin muda sebagai pelapis kepada golongan tua di masjid dan surau di seluruh negara.

Dalam masa yang sama, tabung ini sewajarnya memberi kesedaran kepada semua umat Islam di negara ini terhadap usaha pihak-pihak tertentu yang mempersoalkan azan dan juga agama Islam sebagai agama rasmi negara.

Saturday, October 11, 2008

Apa Cerrrrrr....?

C-bOk rasa kita ada masalah di dalam mencari identiti diri kita. Ini terbukti di dalam tindakan memberikan anugerah Datuk kepada Shah Rukh Khan sempena dengan Hari Jadi Yang Di Pertua Negeri Melaka. Apa jasa Shah Rukh Khan kepada kerajaan Negeri Melaka dan Malaysia sehingga beliau layak diberikan anugerah yang bergelar Datuk?

Adakah kita tidak mempunyai artis, pelakon atau penggerak seni yang layak untuk menerima anugerah berkenaan? Bukankah ramai lagi artis kita yang telah berjasa kepada negara. Rosyam Nor misalnya banyak menyumbang kepada pembangunan industri seni negara. Nak tunggu dia mati dulu ke baru sibuk nak beri anugerah? Bukan setakat Rosyam Nor sahaja. Bagaimana pula dengan Fauziah Nawi, M. Nasir, Habsah Hassan, Allahyarham LoloQ dan ramai lagi? Apa....., mereka tidak layak?

Memberi hanya sekadar memberi tanpa kriteria jelas - inilah jadinya. Sudah lah ramai sangat budak-budak muda yang diberikan anugerah yang membawa prestige ini. Kini di beri pula kepada orang luar yang tidak jelas sumbangannya kepada negara (ada ke?). Janganlah kita menggadaikan maruah dan budaya kita untuk sesuatu yang hanya mereka yang mencadang dan meluluskan anugerah ini sahaj yang tahu.

Apa cerrrrrr....?

Thursday, October 09, 2008

Memilih Pemimpin

Pemimpin yang berwibawa selalunya nampak karismanya. Ianya terserlah tanpa perlu menyatakan bahawa dia adalah "pemimpin yang dicari".

Ketika membuat keputusan beliau biasanya tidak terburu-buru. Suasana semasa dan persekitaran diambil kira sebelum satu-satu keputusan dibuat.

Setelah keputusan dibuat, dia tidak akan berganjak (mengubah keputusan) atas alasan apa sekali pun. Contohnya sekiranya sudah membuat pengumuman untuk bertanding jawatan A, tidak bertukar fikiran untuk bertanding jawatan B pula selepas beberapa hari. Pemimpin yang berubah-ubah fikirannya tidak layak menjadi pemimpin kerana tidak mempunyai prinsip yang jelas dan tegas.

Dia berdiri di atas kaki sendiri dan tidak bergantung kepada mana-mana tokoh lain. Pemimpin yang bersandar kepada tokoh lain, anak, menantu atau isteri bukanlah tokoh yang berwibawa.

Tidak takut kepada siapa jua - tidak kepada pengundi, tidak kepada rakyat, tidak kepada anak, tidak kepada menantu, tidak kepada isteri. (Pengundi mengundi calun untuk menjadi pemimpin mereka. Pengundi tidak mengundi isteri, anak atau menantu).

Kepada semua yang terlibat, buatlah keputusan bijak dalam memilih pemimpin anda.

9 Oktober 2008: Leganya...

Alhamdulillah.

C-bOk bangun hari ini 9 Oktober 2008 dengan rasa lega sekali. Ada dua sebab penting kenapa C-bOk merasa amat lega.

Pertamanya, Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi telah membuat pengumuman semalam untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden UMNO dan seterusnya melepaskan jawatan Perdana Menteri pada bulan Mac 2009 nanti. Pengumuman ini yang dinanti-nantikan oleh ramai, membuka jalan kepada usaha untuk membina semula kekuatan UMNO sebagai parti tunjang utama kepimpinan negara dan dalam masa yang sama membuka jalan kepada satu corak baru di dalam arah tuju kepimpinan negara.

Siapa yang bakal menggantikan beliau tidak penting. Yang pastinya Dato' Seri Najib Tun Razak tidak akan secara automatik menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri. Beliau masih perlu membuktikan yang beliau "diterima" oleh akar umbi dengan melalui proses pencalunan sebagai Presiden UMNO dan seterusnya memenangi pertandingan (sekiranya ada) di perhimpunan agong UMNO yang akan diadakan pada bulan Mac 2009. Setakat ini, Tengku Razaliegh Hamzah adalah satu-satunya calun yang telah mengumumkan untuk bertanding jawatan Presiden UMNO.

Keduanya, rancangan untuk mengubah Kerajaan dengan cara tidak "gentleman" Anwar Ibrahim masih lagi belum menjadi kenyataan (setakat ini). C-bOk tidak dapat membayangkan betapa teruknya keadaan dalam negara dari sudut sosial dan ekonomi sekiranya berlaku peralihan kuasa secara "melompat" dan bukannya secara demokrasi melalui peti undi. Adalah menjadi harapan C-bOk perkara ini tidak akan berlaku sehinggalah kita bersedia untuk membuat perubahan pada Pilihanraya Parlimen ke 13 kelak.

Cubaan untuk menukar kerajaan dengan cara melompat seperti mana yang dicadangkan oleh Pakatan Rakyat adalah menidakkan suara majoriti dan bersifat khianat kepada mandat yang diberikan oleh rakyat.

Jadi C-bOk rasa amat gembira dan lega sekali dengan perkembangan kedua-dua senario di atas. Semoga kita akan melalui hari-hari yang lebih baik selepas ini dan kepimpinan negara kita lebih menumpukan perhatian kepada usaha untuk membangunkan negara bagi menjadikan negara ini lebih baik.

Namun sekiranya mereka masih tidak berubah - maka bersedialah untuk terus di belasah khususnya di blog-blog.

Wednesday, October 08, 2008

Keputusan Bijak

Sah! Pak Lah membuat keputusan bijak dengan tidak mempertahankan jawatan Presiden UMNO dan seterusnya melepaskan jawatan Perdana Menteri pada bulan March 2009.

Tuesday, October 07, 2008

"Ukur Baju Di Badan Sendiri"

Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim, Ahli Parlimen Jelebu (C-bOk orang Jelebu) merangkap Menteri Luar adalah antara pemimpin lama yang berpengalaman. Budi bahasanya tinggi. Percakapannya penuh dengan isi yang mantap dan kiasan yang bernas. Pengalamannya meluas.

Tun Dr. Mahathir pernah mencadangkan nama beliau sebagai salah seorang calon yang layak mengambil tempat Presiden UMNO. Ramai yang bersetuju dengan pandangan Tun tersebut. Namun beliau menolak kerana "mengukur baju di badan sendiri" adalah prinsip penting di dalam menilai keupayaan diri.

Semalam Datuk Rais membuat kenyataan yang C-bOk rasa wajar diambil perhatian oleh semua ahli-ahli UMNO yang bercita-cita besar untuk menjadi pemimpin selaras dengan prinsip kepimpinan beliau yang "mengukur baju di badan sendiri" sebelum membuat apa-apa keputusan penting politik. Anak-anak muda di dalam UMNO dan juga pemimpin lama yang tidak cukup syarat wajar meneliti kenyataan beliau ini dengan bermuhasabah diri.

“Bagi saya, Tan Sri Muhyiddin adalah pesaing (jawatan Timbalan Presiden) yang awal dan lebih terasas. Jadi, orang yang bukan daripada kalangan Naib Presiden, tidak payah sibuk dulu.” Datuk Sri Utama Dr. Rais Yatim

Monday, October 06, 2008

Nur Jazlan? Masih Muda! Terlalu Awal! Terburu-buru?

Selepas Zahid Hamidi dan Ali Rustam, kini Nur Jazlan pula yang menawarkan diri untuk menjadi orang no. 2 UMNO. Kebiasaannya orang no. 2 UMNO juga akan menjadi orang no. 2 Kerajaan (Timbalan Perdana Menteri).

Berbanding dengan kedua-dua calun yang lebih dahulu menawarkan diri, Nur Jazlan tidak mempunyai pengalaman sebagai pemimpin di peringkat pusat. Beliau tidak duduk di dalam Majlis Tertingi UMNO atau memegang jawatan kabinet pusat dan negeri berbanding dengan calun-calun lain. Sememangnya sesiapa sahaja layak untuk bertanding atas alasan demokrasi - namun pemimpin perlulah melalui hiraki kepimpinan dengan membuktikan keupayaan mereka mengikut peringkat sebelum diangkat ke peringkat tertinggi.

Bagi C-bOk, "keinginan" Nur Jazlan untuk menjadi pemimpin no. 2 UMNO (dan seterusnya negara?) terlalu awal. Beliau masih muda. Kenapa perlu terburu-buru? Atau "gelombang menawarkan diri" ini adalah merupakan sandiwara yang mempunyai agenda-agenda lain yang kita tidak tahu? Kalau begitu, C-bOk pun ingin menawarkan diri lah. Seperti kata MB Pahang dahulu - "Kalah belum tentu, menang tidak mustahil". Manalah tahu boleh mempopularkan diri. Nanti senang nak jolok-jolok proposal (he he...)

C-bOk melihat ramai pemimpin kanan yang layak untuk mengisi jawatan no. 2 itu. Malahan ada yang mempunyai kualiti untuk jawatan no. 1. Kenapa diam sahaja? Mahukan dipimpin oleh anak-anak muda ini?

Apa-apa pun, kartun Senyum Kambing hari ini di Utusan Malaysia mungkin berkaitan dengan suasana semasa.

Friday, October 03, 2008

Terlalu Awal! Masih Junior!

Apa percaturan politik yang dimainkan oleh Zahid Hamidi? Dalam kita sibuk bergembira di hari raya aidil fitri ini, beliau membuat pengumuman tidak rasmi untuk bertanding jawatan no. 2 UMNO. Jawatan yang ketika ini disandang oleh Datuk Sri Najib Tun Razak.

Sememangnya jawatan tersebut boleh dipertandingkan. Ketika amalan demokrasi seolah-olah dipermainkan oleh kepimpinan tertinggi UMNO, sebarang hasrat untuk bertanding sememangnya di alu-alukan. Lagi ramai bertanding lagi bagus.

Namun C-bOk terkedu apabila dalam membuat pengumuman, Zahid "membelasah" Muhyiddin dengan mengatakan yang beliau "agak keras" apabila menyuarakan pandangannya terhadap kepimpinan parti. Beliau juga mengatakan ahli-ahli parti yang mahukan beliau bertanding untuk jawatan itu.

C-bOk rasa bahawa beliau mungkin tidak sedar apabila beliau "mengata" Tan Sri Muhyiddin Yassin (TSMY), beliau juga nampak "agak keras" terhadap seorang yang lebih senior daripada beliau. Bagi kebanyakkan orang, khususnya ahli-ahli UMNO, TSMY adalah satu-satunya pemimpin UMNO yang "ada telor" kerana berani berkata benar walaupun pahit. Orang seperti ini yang kita mahukan menjadi pemimpin. Berani bercakap dan berani mengambil tindakan. Bukannya sekadar "menyokong" untuk menjamin kesinambungan karier politik diri.

Lagi pun, rasanya Zahid Hamidi masih junior dalam hiraki kepimpinan parti dan masih terlalu awal!

HINDRAF Keterlaluan!

Tindakan HINDRAF menyerbu dan membuat "perangai" di majlis terbuka hari raya perdana di PWTC pada hari Rabu yang lalu adalah keterlaluan. Ada banyak lagi forum terbuka untuk mereka menyuarakan rasa tidak puas hati mereka kepada Perdana Menteri dan Kerajaan. Bukannya di majlis hari raya di mana kita sepatutnya memanjatkan kesyukuran terhadap kejayaan kita (umat islam) berpuasa sepanjang bulan Ramadhan. Dengan kata lain, sambutan hari raya adalah merupakan salah satu daripada acara berkaitan dengan keagamaan orang-orang Islam.

Kegagalan HINDRAF untuk memahami konsep hari raya menunjukkan sikap kepimpinan kumpulan haram ini (tidak berdaftar) yang tidak peka dengan struktur sosial negara dan budaya kaum lain. Apa kata mereka sekiranya kita ke majlis Deepavali dan Thaipusan dan membuat onar seperti mereka? Pasti mereka juga tidak suka.

Jelasnya mereka keterlaluan dan kurang ajar.

Sudah sah HINDRAF ini sebuah perkumpulan yang haram kerana tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (R.O.S). Malahan pernah dikaitkan dengan pengganas LTTE. Sampai bila lagi kita hendak memberi muka kepada kumpulan ini?

Monday, September 29, 2008

Salam Aidilfitri

Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua rakan-rakan blogger, pembaca, dan pembahas blog ini.

Sunday, September 28, 2008

Penangguhan Perhimpunan Agong UMNO

Sah sudah. Perhimpunan Agong UMNO di tangguhkan sehingga ke bulan Mac 2009. Ini adalah kerana bulan Mac 2009, genap 18 bulan penangguhan dibuat sejajar dengan Perlembagaan parti yang membenarkan penangguhan berkenaan selama 18 bulan. Nasib baik ada klausa ini di dalam Perlembagaan UMNO. Sekiranya tidak, mungkin Perhimpunan Agong UMNO akan diadakan dalam tahun 2020 atas alasan untuk memberikan penumpuan kepada usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju. Ringkasnya, alasan boleh dibuat untuk menghalalkan apa juga keputusan yang memihak kepada mereka yang berkepentingan di dalam UMNO.

Najib berkata bahawa "ada kebijaksanaan" ketika keputusan penangguhan ini dibuat. Tengku Razaliegh pula berpendapat keputusan tersebut adalah "childish". Manakala KJ merasakan cadangan penangguhan ini akan "menyukarkan calon-calon yang bertanding mana-mana jawatan pimilihan berkenaan untuk berkempen - kerana terlampau lama".

Namun pada pandangan C-bOk keputusan penangguhan ini hanyalah melambatkan lagi usaha untuk menyelesaikan masalah di dalam UMNO. Kita sudah melihat penyelesaian menjelang bulan Disember 2008 ini. Kini masalah di dalam UMNO dilanjutkan selama 3 bulan lagi sehingga ke bulan Mac 2009. Maka kita akan melihat politiking yang sama selama 6 bulan lagi.

C-bOk tidak melihat adanya kebijaksanaan di dalam membuat keputusan penangguhan ini. malahan tidak ada keikhlasan di dalam membuat keputusan yang dibuat oleh elit kepimpinan Melayu yang seolah-olah tidak boleh hidup tanpa kuasa dan meletakkan kuasa memimpin sebagai hak mutlak peribadi. Rasanya pandangan Tengku Razaliegh adalah pandangan yang paling tepat di dalam menilai keputusan terbaru MT UMNO ini.

Thursday, September 25, 2008

Ahli Politik Penipu?

Betul ke orang politik selalu menipu?

Pengakuan Ahli Parlimen Seputih, Teresa Kok ini adalah antara bukti bahawa apabila menjadi ahli politik, tidak kira siapa - penipuan adalah perkara biasa. Menurut Datuk A. Kadir Jasin di dalam catatan terbaru beliau, “the only time politicians tell the truth is when they call each other liars”. (Dalam bahasa Melayu, satu-satunya waktu orang politik bercakap benar adalah ketika mereka memanggil satu sama lain pendusta.) Ringkasnya, orang politik sentiasa menipu (?).

Selalunya pula, apabila sesudah menipu dan diasak dengan pertanyaan susulan, akan keluar kenyataan yang bongkak dan sombong.

Berikut adalah laporan akhbar yang diterbitkan oleh Utusan Malaysia berkenaan pengakuan Teresa Kok tentang kenyataan bercanggah beliau. Lihat juga kenyataan beliau di perenggan akhir yang tidak menghiraukan cadangan saman terhadapnya serta mengaitkan pula dengan pengalaman sebagai tahanan ISA. Dari jawapan yang dibuat, kita dapat membaca yang ianya dibuat oleh orang yang angkuh dan sombong.

Teresa Mengaku Buat Kenyataan Bercanggah
Oleh BORHAN ABU SAMAH

KUALA LUMPUR 24 Sept. – Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok akhirnya mengaku membuat kenyataan bercanggah mengenai makanan yang dihidangkan kepadanya semasa ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Pada 19 September lalu beliau mendakwa makanan itu “sama seperti makanan anjing” tetapi pada 22 September menukarnya kepada “baik sedikit daripada makanan anjing”.
“Okey baiklah. Awak mengesan kesilapan saya dengan bantuan rakaman video dan sebagainya, dan saya boleh terima kritikan,” katanya dalam satu forum mengenai ISA anjuran DAP di sini malam tadi.

Komen Exco Kerajaan Selangor itu yang mendakwa Utusan Malaysia memutarbelitkan kenyataannya disiarkan dalam laman blognya hari ini.

Teresa mendakwa “tersilap membuat kenyataan” dengan alasan ketika itu beliau keletihan berikutan jadual yang padat sebaik sahaja dibebaskan daripada tahanan ISA.
Dalam reaksinya berhubung kontroversi ‘makanan anjing’ yang menimbulkan kemarahan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar, Teresa mencela Utusan Malaysia dengan menuduh ia menjadi isu besar “kerana diputarbelitkan oleh Utusan Malaysia untuk memburukkan imejnya.”

Para pembaca Utusan Malaysia mengecam usaha Teresa untuk memfitnah akhbar itu memandangkan kenyataan “sama seperti makanan anjing” tersebut turut disiarkan oleh portal Internet Malaysiakini, akhbar Sin Chew Daily dan stesen televisyen TV3.

Dalam blog yang sama, Teresa mendakwa, sama ada beliau mengatakan makanan di lokap ISA “sama seperti makanan anjing” ataupun “sedikit lebih baik daripada makanan anjing”, maksudnya adalah sama iaitu makanan di lokap ISA itu teruk sekali.

Teresa turut menafikan tuduhan bahawa beliau pernah membuat dakwaan tidak benar di Parlimen berhubung isu wanita China dibogelkan di pusat tahanan polis, sedangkan siasatan mendapati wanita itu ialah wanita Melayu.

“Tengoklah mereka, orang UMNO memang macam ini, saya tidak pernah berkata bahawa wanita berbogel dalam VCD itu adalah wanita warga China,” katanya.

Teresa juga berkata, beliau tidak takut jika disaman oleh Utusan Malaysia. “Samanlah, ISA pun saya sudah pernah masuk, takut apa lagi saman daripada Utusan Malaysia?,” katanya.

Tuesday, September 23, 2008

Penasihat

Jawatan "Penasihat" adalah jawatan yang kebiasaanya diberikan kepada mereka yang mempunyai kepakaran dan juga pengalaman yang bersesuaian dengan sesuatu perkara. Antara contoh kewujudan jawatan-jawatan penasihat ini adalah seperti berikut:


  1. Penasihat Ekonomi: Tun Dr. Mahathir pernah melantik beberapa orang menjadi penasihat seperti Tan Sri Zaharudin sebagai penasihat sains (science advisor) dan Tun Daim Zainuddin sebagai penasihat ekonomi (economic advisor);

  2. Setiap Kementerian mempunyai Penasihat undang-undang (legal advisor);

  3. Persatuan Ibu bapa Guru (PIBG) kebiasaannya melantik Guru Besar sekolah sebagai penasihat;

  4. Bank yang mengamalkan sistem perbankan Islam juga mempunyai penasihat syariah yang dilantik dari kalangan pakar agama Islam. Mereka mempunyai kelayakan dan latar belakang agama yang lengkap sebelum dilantik sebagai penasihat agama.

Ringkasnya, lantikan ke jawatan penasihat adalah kebiasaannya dibuat terhadap mereka yang mempunyai kepakaran melalui latar belakang pendidikan dan juga pengalaman. Mereka yang dilantik sebagai penasihat kebiasaannya adalah seorang profesional dan pasti akan menjalankan tugas mereka tanpa sebarang rasa takut atau kaitan rapat dengan idealogi serta pegangan politik mereka. Mereka juga telah terbukti menunjukkan kejayaan di dalam bidang mereka seperti seorang penasihat sains adalah pada dasarnya seorang saintis. Penasihat ekonomi pula kebiasaannya adalah ahli ekonomi yang terlibat secara aktif di dalam aktiviti ekonomi dan kewangan.

Meneliti latar belakang serta kelayakan seseorang sebelum dilantik menjadi penasihat adalah penting untuk menjamin kemampuan penasihat berkenaan memberikan nasihat yang berkesan. Dengan itu, jawatan berkenaan akan terjamin tahap profesionalismanya.

23 September 2008

Hari ini adalah 23 September 2008. Tarikh yang ditetapkan oleh Datuk Sri Anwar Ibrahim (DSAI) kepada Perdana Menteri untuk memanggil satu persidangan khas di Parlimen bagi membincangkan usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri dan seterusnya "membentuk" Kerajaan baru Pakatan Rakyat.

Selepas beberapa tarikh yang ditetapkan oleh DSAI untuk membentuk Kerajaan baru tersasar, adakah hari ini ianya akan menjadi kenyataan? Pastinya tidak, kerana Perdana Menteri telah menolak permintaan Ketua Umum PKR berkenaan untuk mengadakan sidang tergempar Parlimen.

Bagi C-bOk, "rakyat" yang diwakili oleh BN dan PR sebenarnya sudah bosan dengan politik keterlaluan mereka. Sememangnya perkembangan-perkembangan ini menjadi topik yang seronok dibahaskan. C-bOk sendiri seronok membuat ulasan. Namun apabila ianya sudah menjadi umpama kudis buta dalam kehidupan seharian kita, ianya umpama "beban" kepada kita.

Dalam sistem demokrasi berparlimen, pilihanraya adalah tempat di mana rakyat membuat keputusan untuk menentukan siapa yang menjadi pilihan mereka untuk menjadi pemimpin. Jangan perkara ini diketepikan semata-mata politik peribadi. [Ingatan ini adalah untuk semua pemimpin politik baik di barisan pemerintah mahu pun di barisan pembangkang]